Skip to content

Bagaikan bunga matahari..

December 18, 2009

Bagaikan bunga matahari.

Kenapa entah hari ini tiba-tiba rasa nak bagi tajuk tulisan kali ini pasal bunga pulak. Saya bukannya minah bunga yang ‘gila’ pada bunga. Cuma bila orang beri bunga memang seharusnya saya sangat gembira. Hadiah kan. Siapa tak gembira dengan hadiah yang diberikan orang. Tak kiralah mereka ikhlas ke tak, anggap sahaja semuanya ikhlas.

Hari panas terik diluar mungkin menguatkan pemilihan bunga saya kepada bunga matahari. Panas sampaikan spec yang saya pakai, keluar je  dari kelas terus tukar jadi hitam. Hihi. Kepanasan di luar kadang-kadang menambahkan kepanasan dalam diri sendiri yang memang sudah sedia panas sentiasa. Orang tua-tua kata, orang-orang muda ni berdarah panas. Berdarah panas bukan maknanya darah orang muda bila disukat dengan termometer tu memang boleh mencecah ‘demam sentiasa’, cuma darah panas adalah kiasan kepada senang melenting, kurang matang, mudah buat keputusan melulu, kurang fikir panjang. Ini applicable untuk orang-orang muda zaman sekarang sahaja kut. Orang-orang muda zaman Rasulullah a.k.a para sahabat lain ‘darah panas’nya. Darah panas mereka ke arah yang membawa kebaikan pada agama Islam ketika itu.Merancakkan dunia dakwah.

Mana nak diramaikan orang-orang muda yang ‘darah panas’nya seperti orang-orang muda para sahabat? Yang lantang bersuara, yang bila buka mulut sahaja, maka bergegarlah bumi dan seluruh isinya. Semua gerun dan hormat. Semua rasa tertarik. Apatah lagi untuk mencari orang-orang muda perempuan yang ‘panas darah’nya bila masuk soal menjadi tulang belakang dalam kerja-kerja para lelaki yang ‘panas darah’nya juga. Moga semua ikhwah dan akhawat yang ikut tarbiyyah mempunyai ‘darah panas’ seperti ‘panasnya darah’ para muda-mudi zaman Rasulullah saw. Berjuang hanya untuk Islam.Amin. Muhasabah untuk diri sendiri juga.

Baru-baru ini adik saya tanya macam mana nak tegur sekiranya ada pasangan itu ‘couple’ tapi depa nampak alim. Maksudnya bercinta sebelum berkahwin. Cinta yang orang muda-mudi(sejak nikah ni, selalu rasa diri tua dah..padahal masih muda remaja..hihi) zaman sekarang suka sangat. Hot stuff lah katakan. Cinta yang melalaikan dari mengingati Allah. Memanglah orang couple tu mengucap syahadah, solat,puasa, beri zakat, siap ada yang pergi haji lagi bagi yang mampu, tapi apakah mereka benar-benar melakukannya untuk mendapat keredhaan Allah atau setakat untuk melunaskan yang wajib atas dasar kerana beragama Islam. Ada yang bagus sikit siap puasa sunat Isnin Khamis, puasa sunat2 lain, bangun qiam etc. Bukan nak merendahkan. Tapi matlamat tak menghalalkan cara kan.

Saya bagi contoh pada adik saya, cara yang terbaik untuk menegur mereka yang couple tapi ibadah khusus dan umum ini tak nampak cacat-cela secara zahirnya. Ibarat sebatang pokok. Pokok yang ada akar, ada batang, ada ranting, ada daun dan ada buah/bunga. Akar=Akidah, Pokok+ranting=Ibadah, daun+buah+bunga=Akhlak. Kalau nak dapat daun/buah/bunga yang sedap, cantik mata memandang, enak, masak ranum etc etc, kenalah dibajai sentiasa akar itu. Cara nak baja bukannya dengan melaksanakan apa yang wajib tanpa tinggal. Tapi caranya adalah dengan memahami kenapa kita membaja. Contoh seperti solat, untuk mendapat solat yang berkualiti dan khusyuk, kena faham kenapa kita menunaikan solat. Kalau sekadar solat untuk memenuhi tuntutan wajib, sedangkan apa yang dibaca dalam solat pun tak boleh nak faham, makanya akan lahirlah hasil akhlak yang tunggang-langgang sebab solat pun tonggek-tonggek turun naik je, tapi tak faham pun apa yang dibaca dalam solat. Janganlah orang solat, kita pun solat juga, tapi tak faham kenapa kita kena solat.

Makanya, cara yang terbaik bagi saya, bukanlah dengan menegur mereka supaya jangan couple, sebab bila masuk soal hati dan perasaan yang sangat sensitif ini, memang susah nak ubah. Sebagai seorang perempuan yang sudah bergelar isteri, saya faham sangat perasaan orang-orang couple ini macam mana. Mulakan menegur dari akarnya. Baja dengan baja yang betul, betulkan yang asas, Akidah kena benar. Bukankah dalam ciri-ciri Individu Muslim yang pertama sekali adalah Akidah yang benar/sejahtera?. InsyaAllah bila akidahnya benar/sejahtera, maka yang lain-lain akan ‘ter’benar/sejahtera sekali.

Sekali lagi perkara ini applicable untuk mereka yang rapat dengan kita. Tak sesuailah andai nampak orang yang kita tak tahu nama siapa pun, contoh nampak dalam LRT ke, tengah pegang tangan, cakap macam nak cium muka, tiba2 kita syarah isu akidah kat dia depan-depan tu jugak. Kan ke pelik gayanya tu. Lebih elok andai dapat ditegur dan cuba untuk rapat dengan mereka secara baik, lepas itu baru mula ‘membaja’. Basically, ukhuwwah dalam Islam itu penting, sebelum mula untuk berdakwah. Bukankah Rasulullah saw sebarkan dakwah Islam pada mereka yang rapat dengan Baginda saw dahulu?.

Alhamdulillah, lega sedikit hati ini bila dapat menulis sesuatu di blog. Moga bermanfaat pada semua.

Wallahualam

-Ummu Thana’-Mangalore, India

2 Comments leave one →
  1. Tie2kay permalink
    August 24, 2010 1:39 pm

    Cayalah . .hu3 sokonggg!

  2. asmahanna permalink
    May 25, 2011 10:43 am

    Suka baca entri ni…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: