Skip to content

Sindrom

December 20, 2009

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah.

Pagi tadi terbangun disebabkan miscalled dari Ummi sebanyak tiga kali. Punyalah mata dan kepala berat sampai tiga kali rupanya ummi call tak sedar. Kali keempat baru tersedar dan angkat phone. Ummi call sebab saya dah lama tak call rumah. Hihi. Selalunya saya rajin call rumah. Ummi risau. Seperti biasa, dengar sahaja suara umi ayah terus bergenang air mata. Rindunya pada mereka. Ramai tanya saya macam mana saya tahan tak balik Malaysia lebih setahun?(soklan macam ni orang belajar India je dapat kut). Saya gelak je. Dah ‘kesayangan‘ saya di Jordan, macam mana nak bali Malaysia. ^_^. Pergi Jordan pun sama macam balik Malaysia juga. Tujuan utama kita keluar dari India ni adalah sebab nak release tension dan jumpa mereka yang kita sayang kan. Tak kisah lah ada cuti ke, tak ada cuti ke, buat cuti sendiri ke, asalkan keluar dari India.

Along pulak lepas kaya dah kerja ni, rajin msg saya. Haha. Kalau masa dia belajar dulu, saya yang call dia sebab elaun saya lebih sikit dari dia di Malaysia. hihi. Along pun msg tadi juga, saya reply lepas cakap dengan ummi. Alhamdulillah, semua risaukan saya. Seronok dapat perhatian. Saya memang suka pada perhatian. Tapi terhad pada perhatian family sahaja. Lepas cakap dengan ummi tadi, lama saya berfikir..Sindrom anak kedua. Saya dan Abu Thana’ dua-dua anak kedua. Tak pasti ciri-ciri anak kedua ni ada ke tak pada Abu Thana’, tapi pada saya mmg ada kut. Hihi. Makanya, saya pun kaji sedikit kat internet je pun pasal sindrom anak kedua ini. Sebabnya, masyarakat Melayu kita kadang-kadang memandang enteng perkara ini. Sedangkan masyarakat barat terkedepan dalam masalah psychology anak-anak. Dalam buku yang kita belajar pun, teori pasal sindrom anak kedua ini dah tak asing lagi. Cuma bezanya, mereka yang barat beri ciri-ciri berdasarkan kajian atau survey, dan kita sebagai seorang Islam sepatutnya tahu cara mengatasinya dan bagaimana nak berdepan dengan perkara ini lebih lagi.

Dibawah ini petikan dari apa yang saya baca..

Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi

“ Sindrom anak kedua ini terjadi kerana berlakunya kehamilan yang tidak diduga atau tidak dirancang. Secara idealnya, kehamilan yang dirancang, dikehendaki dan dihajati menjadikan seseorang ibu itu berada pada tahap yang sangat baik,” Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi dan Ketua Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Pusat

“Ini dapat dilihat kepada situasi di mana ketika isteri disahkan mengandung cahaya mata sulung yang begitu dinanti-nanti selepas perkahwinan. Kebanyakan pasangan suami isteri akan lebih teruja dan tidak sabar-sabar menunggu kehadiran orang baru. Bagi isteri, inilah masa dirinya begitu disayangi oleh suami dan ibu mentua. Sehinggalah tiba detiknya, kelahiran anak pertama disambut dengan persediaan yang selengkapnya, penuh meriah dan begitu diagung-agungkan.

“Wanita mengandung memerlukan persediaan bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga dari sudut emosi dan spiritual. Ini kerana mereka akan berhadapan dengan proses kehamilan yang lebih panjang dan juga proses kelahiran. Dengan membekalkan diri dengan persediaan sebaiknya dapat membantu para ibu menghadapi situasi lebih tenang dan bersedia.

“Masalah hanya akan timbul apabila pasangan yang tidak mengehendaki anak dalam tempoh tertentu terutamanya selepas kelahiran anak pertama disahkan mengandung terpaksa menerimanya dalam keadaan yang tidak bersedia. Sayangnya pula, sebelum itu mereka tidak pula melakukan perancangan yang sebaiknya bagi mengelakkan diri daripada mengandung. Akibatnya, ibu ini akan melalui tempoh mengandung dengan penuh tekanan.

Tekanan pula boleh berpunca daripada pelbagai faktor termasuklah beban kerja yang ditanggung dan kos kehidupan yang membebankan hingga menyebabkan ibu berasa risau dan tidak tenang. Ada juga suami yang tidak begitu bersedia untuk menyambut anak kedua. Malah kajian mendapati kadar penceraian, keganasan rumah tangga dan kecurangan lebih tinggi ketika isteri sedang mengandung atau melahirkan anak.

Ini menimbulkan kebimbangan kepada isteri yang juga menjadi faktor penyumbang kepada perasaan tertekan si isteri.

Anak Kedua Lebih Fleksibel

Dr HM Tuah Iskandar -Pakar Motivasi Three Extra Training & Solutions.

“Terdapat tiga kategori anak iaitu anak sulung, tengah dan bongsu. Anak kedua jatuh dalam kategori anak tengah. Melalui kajian psikologi yang dijalankan mendapati mereka yang berada dalam kumpulan ini merupakan seorang yang fleksibel, pandai membawa diri dan lebih berdikari. Bukan itu sahaja mereka juga mempunyai kepercayaan diri yang tinggi dan keyakinan diri terutamanya ketika membuat keputusan.

Namun di sebaliknya anak kedua ini seorang yang cepat terasa. Dapat dilihat, kebanyakan ibu bapa akan membeli pakaian yang serba baru kepada anak sulung sementara anak kedua akan memakai pakaian yang telah digunakan oleh abang atau kakaknya. Perlakuan ini secara tidak langsung akan membuatkan anak kedua ini berasa tersisih dan terabai.

Sikap ‘sedar diri’ ini membuatkan mereka mudah mengalah. Berbeza anak pertama, mereka adalah individu yang berwawasan, bertanggungjawab tetapi ego. Sikap ini secara tidak langsung boleh mempengaruhi anak kedua menjadikan anak kedua ini lebih degil namun ia masih lagi boleh dikawal.

Percaya atau tidak, persekitaran ini menyebabkan anak dari kelompok tengah ini gemar membuli adik yang lebih muda daripadanya,” jelas Dr HM Tuah Iskandar Pakar Motivasi Three Extra Training & Solutions.

Berdikari dan degil

Sambungnya di sebaliknya itu, kekuatan anak kelompok tengah ini ialah mereka boleh berada dalam pelbagai situasi kerana suasana telah mendidiknya untuk menyesuaikan diri. Malah melalui kajian yang diadakan menunjukkan ramai anak kedua ini lebih berjaya kerana sikap mereka yang fleksibel.

Sikap berdikari dan kedegilan yang ada dalam diri mereka semenjak kecil dibawa sehingga memasuki alam pekerjaan menjadi faktor kepada kejayaan mereka menunjukkan sikap yang sering dipandang negatif oleh masyarakat ini juga membawa kesan positif. Manusia lahir dengan pelbagai karakter.

Misalnya mereka yang lain pada bulan Mac seorang yang mudah terasa, sensitif dan penyedih. Oleh itu, jika ibu bapa boleh memahami, mereka tidak akan mengeluarkan kata-kata keras kepada anak-anak walaupun tujuannya untuk mendidik. Ini menunjukkan kajian psikologi boleh membantu ibu bapa dalam memudahkan mereka memahami anak-anak.

Selain itu, biar bagaimana berbezanya karakter anak-anak; degil, keras kepala dan sebagainya, terima anak anda seadanya kerana setiap anak yang dikurniakan itu mempunyai keistimewaan ter tentu. Secara logiknya juga, setiap manusia akan berubah mengikut tahap perkembangan usia.

Ini pula ciri-ciri mereka yang lahir pada bulan April. Sebab saya lahir bulan April. =)

* Sangat aktif dan dinamik. * Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal. * Sangat menarik dan pandai menjaga diri. * Punya… daya mental yang sangat kuat. * Suka diberi perhatian. * Sangat diplomatik (pandai memujuk ). * Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. * Sangat berani dan tiada perasaan takut. * Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. * Emosi cepat terusik. * Cuba kawal perasaan. * Kecenderungan bersifat pendendam. * Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan. * Kuat daya ingatan. * Gerak hati yang sangat kuat. * Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. * Berpenyakit disekitar kepala dan dada. * Sangat cemburu dan terlalu cemburu *

Abu Thana’ lahir bulan Jun. Ini ciri-ciri beliau. Agaknye.

Berfikiran jauh & berwawasan, mudah ditawan kerana sikap baik, berperangai yg lemah lembut, mudah berubah sikap, perangai idea @ mood, idea yg terlalu banyak dikepala, bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dengan segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik, cepat marah & cepat sejuk, suka bercakap & berdebat, suka buat lawak & bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan, org yg sangat tertib, pandai mempamerkan sikap, mudah kecil hati, mudah kena selsema, suka berkemas, cepat rasa bosan, sikap terlalu memilih & cerewet, kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, mudah menjadi eksekutif, suka kepada barang yang berjenama, kedegilan yg tidak terkawal, sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.

Dulu saya rasa benda ciri-ciri/peribadi mengikut bulan ini mengarut. Kenapa entah. Childish. Mungkin sebab saya rasa kajian umpama ini ibarat percaya pada zodiak sign. Tapi bila dah semakin membesar ini, mungkin ada kebenarannya pada kajian seumpama ini. Bukan untuk merendahkan atau melebihkan mana2 individu, tapi untuk merubah apa yang dirasa negatif dan untuk meneruskan apa yang dirasa positif. Juga sebagai motivasi pada diri sendiri.Afterall, tak semua yang dinyatakan applicable kepada semua individu. Adjuct pada ayat2 Allah lah kiranya.Supaya kita sebagai manusia tak hidup dalam dunia fantasi kita sendiri yang hanya inginkan semuanya ideal, yang baik semua datang pada kita. Sedangkan kalau nak difikirkan, saudara-saudara seagama kita di Palestin terutamanya yang sibuk mempertahankan tanah suci kedua orang Islam, tak pernah ada masa untuk melemakkan diri mereka dengan kajian seumpama ini. Terus tabah, terus positif, terus kuat, terus semangat etc. Cinta mereka hanyalah kerana Allah, tindak-tanduk mereka hanyalah kerana Allah. Hatta pemikiran mereka hanya untuk mendapat keredaan Allah. Hebatnya.

Apa-apa pun ingin diingatkan disini. Tak kira hebat macam mana pun kajian manusia yang pelbagai, takkan sama dengan hebatnya Allah Yang Maha Mengetahui tentang setiap manusia itu. Makanya, jalan terbaik kepada setiap masalah psychology ke, masalah rumahtangga ke, masalah keluarga ke, masalah belajar ke, masalah dengan kawan-kawan ke, masalah apa-apa sekalipun adalah bila kembali pada Allah. Kembali mengingati Allah, kembali muhasabah diri sejauh mana kita cinta pada Allah swt.Kerana manusia akalnya terhad. Kesudahannya kepada Allah swt juga kita akan kembali.

p/s: Mari sama-sama berusaha untuk ‘mencipta’ Salahuddin Al-Ayyubi the second! Sumbang tenaga, harta atau apa sahaja untuk melahirkan ummat yang berkualiti.

Wallahualam

-Ummu Thana’-Mangalore,India

7 Comments leave one →
  1. December 20, 2009 3:30 pm

    “sy mmg suka pada perhatian”. tertinggal perkataan SANGAT kot? :p

    p/s: lupa nak bitaw. rantai persahabatan (which urs, dah putus lama gila kan?) kita dah putus. beberapa minggu sebelum arwah kazen meninggal. oh sedih.

  2. rihlatulwujud permalink*
    December 20, 2009 3:36 pm

    huda..huda..saya mmg SANGAT suka perhatian..u know me right!

    rantai yang kite beli sekali ngn hanis tuh ke?..kita punya dah lama putus..hihi..xpe..nnt kite bg awak rantai baru..tp kite suh suami awak belikan laa..xyah kite kuar duit kene beli..susah lagipun nak penuhi citarasa org materialistik neh..haha..kidding!

    Hopefully itu bukan tanda persahabatan kita terputus ditengah jalan..cewah..kite sayang awak dunia akhirat!..^_^

  3. December 20, 2009 6:35 pm

    Salam kak~

    Kadang2 bila baca kajian2 ni mmg terkena pada btg hidung sendiri. kebanyakannya pulak tu. ish ish. tapi kena sentiasa ingatkan diri, dan perbaiki diri tu yg penting. errks, anak kedua juga akak rupanya! hehe. oh ye, ape pendapat akak, ada org kata , kalau kawen dengan sama2 anak tengah ,yg ada org kata anak tengah ni api, bila kawen dengan api, akan lagi membara lah api tu. lebey kuranglah,xreti nak explain.hehe.

    p/s: knape ade yg highlight,font italic?hehe:P

  4. December 20, 2009 6:55 pm

    ceh. tataw kenapa. baca komen awk rasa nak hentak laptop je. haha. rantai tu KITA YG BELI YE. SATU UTK AWK DAN SATU UTK KITA. AWK NYE WANE BIRU. KITA NYE WANE TURQUOISE (BETUL KE EJA NEH?). HANIS TAK TERMASUK DALAM CERITA INI. DAN RANTAI AWAK PUTUS SEBAB DIPUTUSKAN OLEH IMRAN (KALAU TAK SILAP). oh ter caps lock rupenya. baru perasan. haha. okeh. tak ssh. sng je. yg pnting mahal. bahaha. i luv u too (AUWW. GELI BETUL)

  5. rihlatulwujud permalink*
    December 20, 2009 6:56 pm

    Wassalam..

    Betul tu, moga jadi salah satu cara untuk kita muhasabah diri sendiri.

    Hehe, itu org kata kut..tapi apa-apa hal pun berbalik pada Allah. Macam mana kriteria yang Allah dah beri pada kita untuk pilih pasangan. Paling utama adalah agama kan? baru datang keturunan, harta dan rupa. Sebab apa? Sebab agama yang akan atasi segala-galanya. Tak kiralah berbeza peribadi ke, berbeza ciri2 ke, berbeza apa-apa pun secara zahir, sekiranya agama itu kuat, InsyaAllah rumahtangga akan selamat hingga ke syurga.

    p/s: font tu saje je, highlught untuk diri sendiri..hihi..

  6. rihlatulwujud permalink*
    December 20, 2009 7:15 pm

    hudaaaaaaaa!!!…sori-mori..kite lupeeee…skrg baru ingat..hehehehe…
    jahat kan kite putuskan rantai tu dulu dari awak?..huhu..nnt kite beli baru ek..kite rindu kat awak!!

  7. December 20, 2009 7:41 pm

    haha. tak jahat. keji sahaja. oke oke. saya faham awk rindu sama saya. tak perlu jerit-jerit :p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: