Skip to content

Love+Money is a scary thing

December 26, 2009

Alhamdulillah.

Baru lepas kemas satu rumah. Nak sambut ummi&ayah nanti. Excited tak terkira. Walaupun ummi&ayah dijangka tiba 31hb ni. Ya Allah mudahkanlah perjalanan mereka ke sini nanti. Rindu yang amat pada mereka dan seluruh ahli keluarga. Kalau boleh diimport semua sekali termasuk Ummi&Abah, dah import dah. Tapi hanya ummi&ayah yang dapat datang. Terima kasih sangat-sangat buat mereka kerana sanggup berkorban duit+masa untuk datang ke sini. Masa ayah cakap dia nak datang juga akhir bulan ini, saya macam tak percaya. Terus menangis. As usual. Hampir setahun lebih tak jumpa mereka. Sempat saya mohon maaf kata tak dapat nak balik Malaysia. Ayah kata “tak apa, angah belajar, duit pun bukan ada sangat, biar kami datang sana..at least ummi boleh tolong masak untuk angah..”. Huu..saya rindu masakan ummi. Ummi bila dengar khabar saya dari along lagi best, siap terus telefon cakap kalau boleh mereka nak datang minggu ini teman saya, tapi mereka dah beli tiket untuk bercuti sekeluarga ke Sarawak. Hanya lepas 30hb baru mereka boleh datang. Dengan keadaan adik-adik yang nak masuk sekolah, adik kecik nak masuk asrama, ayah yang kerja, ummi&ayah kata tak apa, itu biar mereka uruskan nanti. Saya tak perlu risau. Alhamdulillah.Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Beberapa hari sebelum itu saya mesej along. Cakap betapa saya tertekan dengan peperiksaan yang hampir datang sedangkan banyak benda nak belajar. Macam-macam dah saya buat nak hilangkan perasaan yang menghimpit diri ini. In the end along juga yang faham, along kata baliklah Malaysia. Saya cakap mana ada duit. Along kata tak apa, along akan support,cakap je bila (duit dia skrg dah melimpah ruah agaknye,hihi). Along kata carilah masa balik jumpa family cari kekuatan. Tapi macam mana nak balik. Exam dah semakin hampir.

Kelmarin my housemate kesayangan sudah pulang ke Malaysia bercuti. Sunyinya duduk sorang-sorang. Rumah rasa kosong sangat. Kalau ada dia, ada teman yang boleh diajak tengok ‘macam-macam benda’…hihi. Ada teman boleh ajak borak. Sama-sama fikir nak makan apa setiap hari. Walaupun hakikatnya kami sentiasa order delivery dari luar. Tak masak pun. Masing-masing malas. ;p. Sebelum ini saya banyak kali tinggalkan dia lama-lama sebab saya ke Jordan. Agaknya macam ni dia rasa bosannya tanpa saya yang best ini. Haha. ^_^.

Maaflah, sepatutnya nak cakap pasal tajuk di atas. Tapi melalut pula cerita benda lain. Ada apa dengan cinta?. Macam familar je kan quote tu. Apa lagi kalau bukan tajuk drama Indon yang femes suatu ketika dulu. Baru-baru ini, saya menjelajah blog seorang akhawat di bangalore. Post pasal saya sedang bercinta.

Mula-mula baca, dalam hati terdetik..apa ini?..Tapi lepas habis baca, baru saya tahu. Rupanya dia sedang cakap pasal bercinta dengan Allah. Ayat yang puitis. Ayat yang memang mencairkan. Bagusnya. Hakikatnya bila kita bercinta dengan Allah sahaja barulah hati takkan tertekan, hati takkan sedih, hati tenang etc etc. Bercinta dengan manusia, peritnya hanya Allah yang tahu. Kalau Allah tarik manusia yang kita sayang itu bila-bila, kita dah tak ada siapa untuk bermanja. Tapi Allah swt eternity, walaupun tak berjumpa, tapi kita tetap dapat ‘dating’ dengan Allah bila-bila masa kita suka. Dapat luahkan segala-galanya pada Allah swt setiap masa. Bukankah Allah makin sayang hambanya yang sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri padaNya. Kalau dengan manusia, adakah akan selalu begitu? jawab sendiri.

Semalam saya tengok satu drama bersiri yang panjang. Pasal duit. Duit lagi scary. Manusia sanggup buat apa sahaja demi duit. Saya punya geram tengok cerita itu sampai mesej hazimah di Malaysia cakap saya geram. Hazimah gelak-gelak je. Sebab dia dah tengok cerita itu sebelum saya. Masa dia tengok cerita itu, dia asik jerit je depressed katanya jahat sangat orang tu. Saya tak faham. Tapi saya tak mahu tengok lagi masa itu since exam bulanan dah dekat. Betapa duit itu mampu membuat manusia jadi keji dan hina. I would admit yang kadang-kadang saya materialistik. Mungkin sebab duduk di India ini. Elaun pun dapat banyak. Tapi apa yang saya tengok dalam drama itu memang boleh jadi pengajaran. Mungkin itu hanya cebisan kejahatan manusia berkaitan duit yang ditonjolkan. Walhal lebih banyak dari itu sebenarnya. Kita hidup bukan untuk mencari duit, tapi memang untuk hidup kita memerlukan duit. Moga Allah jauhkan saya dari kabur mata kerana duit.

Wallahualam

-Ummu Thana’-Mangalore,India

12 Comments leave one →
  1. December 26, 2009 5:38 pm

    Salam,,
    k.mus…huhuhu bestnye family dtg…
    erm bia betol k.mus dh setahun x blik msia??
    agak terkejut..
    erm x pe la k.mus..
    insyaALLAH perjalanan family k.mus ke india selamat..
    1 family lawat k.mus ek??
    ke parents je???

  2. rihlatulwujud permalink*
    December 26, 2009 7:05 pm

    wassalam..
    hihi..parents akak je dtg..^_^

  3. December 26, 2009 9:11 pm

    oh ye ke??
    hehhe..
    erm kimslm kt mak ek..
    ok take care

  4. December 29, 2009 10:43 am

    kisah realiti, kerana duit. kawan sanggup makan kawan. bila agama tidak didahului. hancurlah semuanya.

  5. hajima permalink
    December 29, 2009 12:57 pm

    dah rindu saya yg best ni ke??kirim salam kat parents mus.. sorry sgt x dpt tlg mus kemas rumah…😦
    saket ati tgk cite tu.. seb baik ada org comel~~~~ ^^

  6. rihlatulwujud permalink*
    December 29, 2009 1:08 pm

    hajima..kajima!!..haha..^_^..mus dah wat bilik zimah cam bilik mus sniri..xpe ek..nnt mus kemas blk..;p

  7. December 29, 2009 2:54 pm

    sy pn mata duitan. apa mau buat heh?

  8. rihlatulwujud permalink*
    December 29, 2009 6:07 pm

    awak anak org kaya..xpe..pak cik rahim tak marah anak dia nak mintak duit salu..dengan syarat kena belanja kita la..dia mesti happy kan kan kan..^_^..kite london pun xsampai lg sejak umor 4 tahun..walaupun lahir kat UK..ekeke..anak mak cik hafsah dah sampai dah!..;p

  9. zamzam permalink
    December 29, 2009 7:29 pm

    salam…hihi..nk gelak pon ade ngan post akak nih…cute2…macam-macam ada…hihi..s0ry la lmbt update sket…btw….sonok la akak,nnt ummi akak msk….huhu..blk kls je dh ade ummi masak…waaaaaaa…..jeles2..@_@..jgn terkezut kalo zam terjengul kt pintu nk rase ummi akak masak…hahaha^_^

  10. rihlatulwujud permalink*
    December 29, 2009 7:50 pm

    hahaha..zam..akak dah takde kelas skrg..dah study leave..zam dtg je nnt wiken ni ngn mun bila2 free..^_^..

  11. hajima permalink
    December 29, 2009 8:49 pm

    mcm x biasa lak wat bilik saya yg comel ni cam bilik dia.. hahah.. no problemo..
    xyah kemas pun tape.. bukannya zimah kemas pun bilik tu b4 balik…

    macik!g baca buku laaaa!!

  12. rihlatulwujud permalink*
    December 29, 2009 8:52 pm

    saya bukak laa buku..(tapi mata depan lepi laa..hihi..;p)…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: