Skip to content

Di Antara Politik & Tarbiyyah

December 29, 2009

Di sana ada lagi satu penyelewengan yang boleh menjauhkan kita dari jalan yang sihat iaitu kita memandang ringan terhadap proses tarbiah, pembentukan dan perlunya beriltizam dengan ajaran Islam dalam membentuk dasar dan asas yang teguh. Lantas kita seolah-olah melatah lalu menggunakan cara dan uslub politik menurut sikap dan telatah parti-parti politik. Kita akan mudah terpedaya dengan kuantiti anggota yang kita ambil yang dianggap menguntungkan tanpa mewujudkan iltizam tarbiah. Ini adalah satu jalan dan cara yang sangat merbahaya yang tidak dipercayai akibatnya. Ini mungkin menyediakan anasir yang kukuh yang mampu memikul hasil kemenangan, kekukuhan dan kekuasaan untuk Islam.

Sebenarnya kita tidak kekurangan kuantiti, tetapi kita kekurangan kualiti. Kita kekurangan bentuk dan contoh Islan yang kuat imannya yang membulatkan dirinya untuk dakwah, rela berkorban pada jalan dakwah dan jihad fi-sabilillah dan yang sentiasa istiqamah hinggalah bertemu Tuhannya. Oleh kerana itu marilah kita beriltizam dengan tarbiah dan janganlah kita redha menukarkannya dengan cara yang lain.

Penyelewengan Di Atas Jalan Yang Kita Peringatkan – Jalan Dakwah

Mustafa Masyhur

~Abu Thana’, Irbid~

4 Comments leave one →
  1. abufarhat permalink
    December 30, 2009 2:03 pm

    Salam abu Thana

    Saya pernah berada ditengah tengah mereka, bekerja dan menempuh tarbiyah yang sama. Tanpa menolak isi dari peringatan Asy Syahid Mustafa Masyhur, ilustrasi Partai Keadilan Sejahtera yang tidak tepat dapat memberikan gambaran yang kurang baik terhadap sesuatu yang mungkin diluar pengetahuan kita. Sebagaimana kehati hatian kita dalam menjaga perasaan objek dakwah, selayaknya untuk mereka yang sama sama bergerak di Jalan yang lurus ini untuk dihormati, setidaknya sama seperti mereka yang belum mendapat hidayah Islam.

    Wallahua’lam

  2. rihlatulwujud permalink*
    December 31, 2009 12:22 am

    Wassalam Abu Farhat

    Terima kasih di atas komen anda.

    Dalam posting ini, tujuan saya meletakkan ilustrasi PKS adalah sebagai contoh baik yang perlu kita teladani dari aspek kesimbangan dalam menekankan peri penting tarbiyyah dan politik, dan bukanlah sebagai objek tohmahan. Boleh rujuk posting saya yang terdahulu.

    Wassalam

    Abu Thana’

  3. abufarhat permalink
    December 31, 2009 10:08 am

    Salam Alaik…
    Saya tahu akh, sebab itulah saya memilih istilah “ilustrasi Partai Keadilan Sejahtera yang tidak tepat “, sebab sebagai pmbaca yang turut melihat gambar, kesan yang saya dapat seolah olah seperti itu…=)…technical aspect, nothing more than that

  4. rihlatulwujud permalink*
    December 31, 2009 7:01 pm

    Oh..begitukah maksud abu farhat…..tp rasenye setelah abu farhat komen…pembaca lain x keliru dah insyaAllah

    Abu Thana’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: