Skip to content

Excited..

December 31, 2009

Gambar dari Airport Mangalore

Alhamdulillah, ummi dan ayah selamat tiba di Mangalore jam 0820 pagi tadi. Sebenarnya dah standby kamera nak tangkap gamba mereka turun dari kapal terbang, tapi makcik jaga tiket tu kata tak boleh keluar dari kawasan menunggu. So dapat tangkap gamba kapalterbang je lah instead of gambar ummi&ayah. Hihi. Anyway muka ummi&ayah nampak sangat kepenatan. Lama sungguh tak peluk mereka. Lepas nampak je mereka, tak heran dah ‘arahan’ makcik tiket tak boleh keluar kawasan menunggu, saya terus pergi pada ummi&ayah peluk mereka. Tapi tak ada liputan ‘jejak kasih tv3‘ laa..cuma orang kiri-kanan je tgk apasal la kami ni peluk2 sambil nangis. Haha..^_^..

Masuk je teksi dalam perjalanan pulang ke rumah saya, ayah cakap, suasana betul-betul macam kampung ummi dulu-dulu. “Macam on the way nak pergi layang-layang,johor ziarah sedara masa baru-baru kahwin dengan ummi dulu”. Hihi. Tak pasti pembaca boleh bayang ke tak betapa outdatednya tempat kami di sini. What ever it is, sebenarnya Mangalore dah banyak22 improve compared to the 1st time saya jejak kaki ke sini. Jalan raya pun dah tak tanah merah fully. Half jalan tar dan half tanah merah. Still under construction sebenarnya. Ummi pula kata, “Ni kalau along datang sure dia tak berenti gelak je mamanjang sebab India sooo jauh beza dengan UK..”. Dan ummi tambah, dia nak adik saya yang lelaki,Muas datang India at least sekali sebelum saya balik Malaysia, sebab nak suruh budak itu belajar susah. Kalau tidak, duduk Malaysia hidup mewah, tak biasa susah. Manja+pemalas. hihi..=). Apa-apa pun I really hoped that seluruh adik-beradik saya dapat datang sini tengok sendiri India macam mana. Cerita lain dengan merasai pengalaman sendiri. Tengok gamba pun tak sama. Kena datang baru tahu.

By the way, bukan Abu Thana’ seorang sahaja fobia dengan cara orang India memandu di sini. Sampai nak tercabut jantung katanya. Ayah dan ummi pun mengalami benda sama. Saya cakap pada ayah,“ayah relax je duduk depan, jgn tengok sangat diorang bawak kereta” sebab ayah duduk depan sebelah pemandu. Kiri kanan kereta ada lori+bus bawak kenderaan diorang umpama mereka cuma motorsikal sedangkan kami kereta ini adalah lori!.

Paling best adalah bila ummi bukak beg dia. Penuh dengan barang saya sahaja. Hehe. Alhamdulillah dan terima kasih ummi. Ummi kata dia berkejar-kejar untuk beli semua itu sebab mereka balik dari sarawak malam 29hb, malam 30hb dah kena berlepas ke India. Walaupun berkejar-kejar, ummi sempat je pergi Kajang masuk kedai itu ini beli barang saya. ^_^. Terima kasih juga untuk adik saya Muas yang jadi driver umi yang dah tak mampu nak drive sebab penat sgt. Ummi kata lepas dia balik shopping je, dia dah tak larat pack barang. Akhirnya ayah dan Muas yang tolong pack kan! Ummi terbaring. Muas letak botol kicap dalam kotak kasut sambil dia balut dengan suratkhabar dan letak dalam gumpalan suratkhabar sebab takut pecah!..haha. Tak mahu sejarah berulang dua kali. Dulu saya pernah bawa kicap dari Malaysia, letak dalam botol air mineral, pastu ‘bijak’ balut dengan plastik sahaja, sampai India pecah dan seluruh beg kena kicap manis cap kipas udang!..adoii..

Along kirim tudung Munawwarah. Katanya tengah trend org pakai tudung macam itu di Malaysia. Terima kasih along!. Adik kecik saya yang perempuan itu ummi kata, masa di KLI airport dia tiba-tiba hilang. Rupanya pergi beli Brownies Famous Amos untuk saya guna duit dia sendiri!..sangat terharu sebab dia igt lagi saya dan Abu Thana’ suka makan biskut Famous Amos. Tak dapat biskut, dapat brownies pun jadilah. Saya call dia tanya, “adik, mana biskutnya?..adik kata: Adik dah makan dah biskut dia. Sebab adik beli pek kecik je”. Sungguh comel adikku ini.^_^

Kecik je..tapi sangat berharga..=)

Insyirah Ishkandar (12/31/2009 8:08:36 AM): dpt x brownie yg adek beli kt femes emes 2?
musfirah ishkandar (12/31/2009 9:14:29 AM): assalamualaikum adik, ayah ngan ummi dah sampai umah angah alhamdulillah. baru aja masuk rumah. nanti kita chat ehh sebab kita orang tgh penat tak cukup tidur. Brownies tu ummi dah bagi kat angah.
[Ayah tulis, sebab tu ayat skema..hihi]
Insyirah Ishkandar (12/31/2009 2:05:03 PM): Hello? Hello? Anybody there? Echo!
Insyirah Ishkandar (12/31/2009 2:33:07 PM): helo
musfirah ishkandar (12/31/2009 2:33:12 PM): kite baru balik kelas
Insyirah Ishkandar (12/31/2009 2:33:16 PM): angah da mkn ke kek 2?
Insyirah Ishkandar (12/31/2009 2:33:25 PM): sedap?
musfirah ishkandar (12/31/2009 2:33:42 PM): belum lagi
musfirah ishkandar (12/31/2009 2:33:46 PM): sayang la nak makan adiks
musfirah ishkandar (12/31/2009 2:33:50 PM): comel sgt..
musfirah ishkandar (12/31/2009 2:33:51 PM): hehe
Insyirah Ishkandar (12/31/2009 2:33:52 PM): ?
Insyirah Ishkandar (12/31/2009 2:34:04 PM): biasa je?
Insyirah Ishkandar (12/31/2009 2:34:24 PM): #(x de (?)
musfirah ishkandar (12/31/2009 2:35:06 PM): nnt kite makan ek
Insyirah Ishkandar (12/31/2009 2:35:11 PM): k

musfirah ishkandar (12/31/2009 3:46:24 PM): iman
musfirah ishkandar (12/31/2009 3:46:32 PM): iman sedih ke umi ayah datang sini?
musfirah ishkandar (12/31/2009 3:46:45 PM): nanti xde sapa nak tolong man pack barang ek?
Imran Ishkandar (12/31/2009 3:47:15 PM): ha ah
musfirah ishkandar (12/31/2009 3:47:26 PM): along kan ada..
musfirah ishkandar (12/31/2009 3:47:33 PM): abang helmi pun ada boleh tolong man
Imran Ishkandar (12/31/2009 3:47:39 PM): haah
musfirah ishkandar (12/31/2009 3:47:52 PM): man janganlah sedih-sedih ek..
musfirah ishkandar (12/31/2009 3:48:05 PM): man kena kuat..man dah besar sekarang..nak masuk form 1..
Imran Ishkandar (12/31/2009 3:48:05 PM): tapi skrang nie abang helmi dengan along belum balik kerja lagi
Imran Ishkandar (12/31/2009 3:48:25 PM): umi ade ke?
musfirah ishkandar (12/31/2009 3:48:37 PM): umi tengah mandi
musfirah ishkandar (12/31/2009 3:48:43 PM): man nak cakap dengan umi ke?
musfirah ishkandar (12/31/2009 3:48:50 PM): nanti kita suruh ummi call iman
Imran Ishkandar (12/31/2009 3:48:50 PM): takpe lah
Imran Ishkandar (12/31/2009 3:48:55 PM): ok
musfirah ishkandar (12/31/2009 3:49:01 PM): man tengah buat apa?
Imran Ishkandar (12/31/2009 3:49:22 PM): tengah buat preparation
musfirah ishkandar (12/31/2009 3:49:28 PM): preparation apa?
Imran Ishkandar (12/31/2009 3:51:24 PM): nak masuk asrama dengan ngaji quran
musfirah ishkandar (12/31/2009 3:51:33 PM): wahh..bagus2..
musfirah ishkandar (12/31/2009 3:51:41 PM): man kena cepat2 hafal macam abg syamil
musfirah ishkandar (12/31/2009 3:51:52 PM): dia habis satu quran dalam masa setahun setengah aja taw
Imran Ishkandar (12/31/2009 3:52:01 PM): hmmm.
musfirah ishkandar (12/31/2009 3:52:10 PM): susah ke man?
Imran Ishkandar (12/31/2009 3:52:56 PM): susah gak

Ummi kata adik kecik saya yang laki ini kesedihan menangis di airport masa ummi nak berlepas. Sebabnya dia pertama kali nak masuk asrama, tapi ummi tak ada nak tolong dia pack barang. Sebab kena tengok akak dia yang manja ini. Kesimpulan yang boleh dibuat, kami semua anak manja!..hihi. Kesian ummi&ayah kena berkorban macam-macam untuk kami yang manja-manja ini. ;p

Wallahualam

p/s: Salam sayang dan rindu untuk semua yang berada di malaysia!

-Ummu Thana’-Mangalore, India

4 Comments leave one →
  1. December 31, 2009 5:56 pm

    alhamdulillah dpt jumpa ummi ayah, best sgt baca, cam rasa suasana yg HAPPY SGT3😀

  2. December 31, 2009 6:07 pm

    haha. sian imran. terpkse berkorban demi kakak dia yg super manja neh! hikhik.

  3. rihlatulwujud permalink*
    December 31, 2009 8:28 pm

    to Ummu Ameer..Alhamdulillah..happy sgt2..lama tak jumpa mereka..

    to huda:Welllll…at least kite xdela manja sgt macam anak pompuan sorg pakcik rahim ngn makcik hafsah kan kan kan..sape ek??..;p

  4. December 31, 2009 10:53 pm

    heh. tataw. tak kenal pn. lalalala.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: