Skip to content

Kerana Allah swt..

January 1, 2010

Alhamdulillah

Pagi ini ummi kejut bangun subuh. Kantoi terbangun lambat. hihi. ^_^. Alhamdulillah lama tak berjemaah dengan ummi&ayah. Terus hilang rasa ngantuk lepas subuh lepas jemaah. Kalau tidak, selalunya pasti terlelap balik lepas subuh sebab subuh awal di sini. Kelas pukul 8 pagi. Alasan nak tido balik. Antara benda yang saya sangat hargai & rindui adalah bila dapat solat jemaah dengan Abu Thana’ dan juga ummi&ayah. Since kami berjauhan, peluang macam ini dapat dirasai sekali -sekala je. Ayah sampai sekarang kalau solat mesti nak tunggu ummi, kalau dia tak sempat ke masjid. Qudwah kami adik-beradik nampak di situ. Kalau tidak, dia akan ajak adik-adik saya ke masjid. Selalunya kami semua pasti kena ‘paksa’ ikut jemaah sekali. Hihi.

Bercinta kerana Allah swt

Semalam seorang adik yang saya kenali ajukan satu persoalan pada saya. Terkejut juga dapat soalan macam itu. Saya bukanlah orang yang mahir dalam alam rumahtangga. Nikah dengan Abu Thana’ pun baru setahun setengah. Tapi mungkin dia segan nak tanya orang lain, maka dia bertanya pada saya.

XX (12/31/2009 10:17:47 PM): salam,,,
XX (12/31/2009 10:17:49 PM): kmus…
XX (12/31/2009 10:17:51 PM): *k.mus
musfirah ishkandar (12/31/2009 10:18:04 PM): wslm
musfirah ishkandar (12/31/2009 10:18:05 PM): ye
XX (12/31/2009 10:18:12 PM): bz ke?
musfirah ishkandar (12/31/2009 10:18:19 PM): xdelah..ok je
XX (12/31/2009 10:18:34 PM): erm kalau saya nk tny sesuatu pada k.mus boleh x?
musfirah ishkandar (12/31/2009 10:18:47 PM): oh..boleh je
musfirah ishkandar (12/31/2009 10:18:49 PM): apa dia?
XX (12/31/2009 10:19:24 PM): erm ,,mcm ne kn,,kite nk bina sesuatu perhubungan itu sentiasa bahagia??tanpa ada rase bosan,benci,
musfirah ishkandar (12/31/2009 10:19:46 PM): haha..perhubungan macam mana tu?
XX (12/31/2009 10:19:59 PM): erm perhubungan suami ngn isteri
XX (12/31/2009 10:20:20 PM): kalau gadoh tu mccm biasa la asam garam dlm rumah tangga..
XX (12/31/2009 10:20:48 PM): tpi masalah tidak mmbnci untuk satu sama lain,,tidak rasa bosan..
XX (12/31/2009 10:22:35 PM): secara general nye,,,mcm ne kite nk bina suatu perhubungan yg harmoni dlm sesuatu perhubungan…lbh kurg mcm tu la persoalannye
musfirah ishkandar (12/31/2009 10:22:58 PM): emm..kalau ikut akak..senang je..permulaan perhubungan kena betul lah..kena tahu apa niat kita..
musfirah ishkandar (12/31/2009 10:23:17 PM): lepas dah tahu apa niat kita..setiap masa kena remind itulah niat kita hingga ke akhirnya..
musfirah ishkandar (12/31/2009 10:23:47 PM): mmg akan ada ketikanya kita lupa niat kita itu..time tuhla syaitan datang nak jadikkan bencilah..bosanlah..nak gaduhlah..macam2..
musfirah ishkandar (12/31/2009 10:24:09 PM): tapi bila kita igt balik niat kita..InsyaAllah hubungan itu akan terjaga..
XX (12/31/2009 10:25:06 PM): tapi,,katakanlah kite dh niat,,dari mulanya..tpi bile kt pertengahan dlm perhubungan,,timbullah asa benci..
musfirah ishkandar (12/31/2009 10:25:11 PM): lainlah bila kita memulakan sesuatu perhubungan itu sebab suka-suka, atau kita nak kebaikan dari pihak lagi satu..maka itu sahajalah yang kita akan dapat..hubungan yang suka-suka..hubungan yang hanya dapat kebaikan dari pihak lagi satu..tapi tak bahagia pun
XX (12/31/2009 10:25:13 PM): rasa dh mule bosan..
XX (12/31/2009 10:25:21 PM): kite still masih sayang,cinta kt die..
musfirah ishkandar (12/31/2009 10:26:07 PM): niat kena betul cik adik..kalau sayang,cinta..takkan timbul istilah bosan atau benci..kan dua benda tu opposite from the other..mana boleh benci dan sayang dalam masa sama..
musfirah ishkandar (12/31/2009 10:26:14 PM): itu dalam drama melayu je ada..
musfirah ishkandar (12/31/2009 10:26:26 PM): realitinya..kalau sayang..sayanglah..kalau benci..maka dah tiada sayang
XX (12/31/2009 10:26:34 PM): oh,,,
XX (12/31/2009 10:27:21 PM): erm kirenye,,,niat adalah amat penting dlm sesuatu perhubungan tu
XX (12/31/2009 10:28:05 PM): erm,,selain niat..ade cara lain??bg pendapat akk la…
musfirah ishkandar (12/31/2009 10:28:13 PM): ye betul..hadis pertama2 yang kita belajar dalam semua kita hadis pun adalah pasal niat kan..semua amalan adalah berlandaskan niat..
musfirah ishkandar (12/31/2009 10:28:34 PM): tak ada cara lain..semua kena berbalik niat kerana Allah..nak dapat keredhaan Allah..
musfirah ishkandar (12/31/2009 10:29:03 PM): kamu cuba cari hadis pertama-niat itu..insyaAllah kamu akan lebih faham betapa pentingnya niat dalam setiap amalan kita sebagai seorang muslim..
musfirah ishkandar (12/31/2009 10:29:15 PM): tak kiralah apa pun..termasuklah dalam perhubungan
musfirah ishkandar (12/31/2009 10:29:44 PM): dan selalunya, org yang mudah ada rasa benci ini..mudah ada rasa bosan..sebab masa memulakan perhubungan..niat bukan kerana Allah swt..
musfirah ishkandar (12/31/2009 10:30:02 PM): bukan untuk dpat keredhaan Allah swt..
musfirah ishkandar (12/31/2009 10:30:29 PM): kalau semuanya kerana Allah swt..akak sangat yakin..Allah akan pelihara hubungan tersebut dari perasaan benci,bosan,etc2..
XX (12/31/2009 10:31:34 PM): oh ok..insyaALLAH saya akan cari hadis tesebut..
XX (12/31/2009 10:32:01 PM): terima kasih banyak2 atas pendapat dan nasihat akk..
musfirah ishkandar (12/31/2009 10:33:01 PM): sama2
XX (12/31/2009 10:33:53 PM): sbb ini berlaku pada kawan saya..
XX (12/31/2009 10:34:09 PM): dan die menceritakan pada saya,,yg die dh mula rase bosan pada suami die..
XX (12/31/2009 10:34:21 PM): n die mntak pendapat dan nasihat pada saya..
XX (12/31/2009 10:34:47 PM): tpi saya x dpt nk bgtau sbb saya x tau nk nasihat ape..
musfirah ishkandar (12/31/2009 10:35:37 PM): oh..yeke..cakaplah pada dia..masih belum terlambat untuk betulkan niat kerana Allah swt..kahwin sebab nak dapat redha Allah swt..sebab nak masuk syurga..
XX (12/31/2009 10:36:03 PM): erm die dh ade anak sorg
musfirah ishkandar (12/31/2009 10:36:08 PM): sebab tiket syurga isteri hanya ada pada suami..kena taat pada suami selagi suami tak melanggar peraturan Allah swt..
musfirah ishkandar (12/31/2009 10:36:26 PM): dah ada anak pun masih boleh betulkan niat..
musfirah ishkandar (12/31/2009 10:36:37 PM): kalau dia betul-betul nak masuk syurga..
musfirah ishkandar (12/31/2009 10:36:57 PM): tapi dalam hal ini..kedua suami dan isteri kena sama-sama mempunyai niat yang sama..
musfirah ishkandar (12/31/2009 10:37:07 PM): dia takkan jadi kalau sorg niat baik..sorg niat lain..

XX (12/31/2009 10:39:56 PM): erm,,,oh ok..

XX (12/31/2009 10:40:14 PM): saya akn cube smpaikn seperti mana yg akk smpaikn kt saya
XX (12/31/2009 10:40:36 PM): terima kasih banyak2 krana mmbntu
musfirah ishkandar (12/31/2009 10:40:46 PM): no problem

Tak dinafikan, dalam setiap alam rumahtangga pasti akan ada turun-naiknya. Pasti akan ada ketikanya tegang umpama sedang bermain tarik tali yang hampir nak terputus. Tapi semua berbalik kepada betapa kuatnya kita berpegang dan berpaut pada tali Allah swt. Bak kata Abu Thana’ ” HasbunAllah wa nikmal wakeel[Allah alone is sufficient for us and He is the Best Disposer of affairs for us]. Sebab itu pentingnya dalam memilih calon suami/isteri kriteria utama adalah pada agama.

“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyyah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurniaNya kamu menjadi bersaudara, sedangkan ketika itu kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk.” [3:103]

Walaupun ayat di atas mungkin lebih reliable untuk konsep ukhuwwah Islamiyyah, tapi applicable juga dalam hubungan suami-isteri. Bukankah ayat-ayat Allah itu universal?. Banyak sahaja contoh baik yang boleh dijadikan teladan dalam membina rumah tangga yang aman sejahtera dari perasaan benci atau bosan antara satu sama lain. Yang pasti Abu Thana’ dan saya masih belum layak untuk memberikan contoh terbaik. Kami zuriat pun belum ada lagi. hihi. ^_^.

Dan lazimnya soalan macam ini, perempuan yang akan keluarkan bila dia rasa ‘something is wrong somewhere‘ atau bila dalam kesedihan. Tapi InsyaAllah semua akan kembali ok bila si suami buat benda simple sahaja untuk pujuk. Provided masing-masing sama dan betul niatnya untuk menjaga rumahtangga yang terbina itu sehingga ke syurga Allah swt.

Perkongsian ini mungkin untuk mereka yang bakal melangkah ke ‘alam baru’ supaya sentiasa menjaga niat kita tak kira apa sahaja yang kita lakukan.

Akhir sekali, Selamat Pengantin Baru kepada rakan saya Farah dan pasangannya Firamir yang akan melangsungkan pernikahan mereka pada hari yang penuh barakah ini, Jumaat. Farah kata sekarang tengah hujan di Terengganu. Moga Allah mudahkan majlis mereka dengan hanya sekali lafaz. Amin. Sedih sebab tak dapat balik Malaysia tengok mereka akad nikah.

Wallahualam

-Ummu Thana’-Mangalore, India

6 Comments leave one →
  1. January 1, 2010 10:09 am

    ‘kahwin sebab nak dapat redha Allah swt..sebab nak masuk syurga..’ awww! itu lah yg sy mau. huhuh. doakan sy oke?🙂

  2. rihlatulwujud permalink*
    January 1, 2010 10:42 am

    ehh..kite selalu doa awak dapat suami soleh..kesian kite tgk awak single and available..hehehe..;p..tapi kene pandai masak laa..makcik arfah kata, die tak suka menantu dia tak reti masak..makcik hafsah pasti berpendapat sama..ekeke..sila jgn bakar biskut sampai hangus okeh!..^_^

  3. rihlatulwujud permalink*
    January 1, 2010 10:43 am

    ohh..by the way..nama awak memang sedappp pun..sesedapp nama kite laa..;p

  4. January 3, 2010 8:03 pm

    salam..
    k.mus,,,kalau org tu x berpuas ati dgn pendapat k.mus yg menyatakan,,
    semuanye bermula dgn niat…
    die kate pasti ade cara lain utk mmbina sesebuah perhubungan yg harmoni..
    aduh..
    sy pon dh x tau nk explain mcm ne kt die..
    sy ni buknnye pandai dlm bab2 mcmni…

  5. rihlatulwujud permalink*
    January 4, 2010 12:20 am

    wslm

    kalau macam tu..dia kena usahalah untuk mengharmonikan rumah tangga dia..byk je cara yg boleh dilakukan, contoh;

    1.keluar dating berdua aja ke,imbau kembali kenangan2 manis suatu ketika dahulu
    2.banyak berbual dengan pasangan, byk luahkan perasaan
    3.masak untuk suami dengan kasih sayang,
    4.bagi hadiah pada suami,surprise
    5.ajak suami beli barang dapur sama-sama,
    6.banyak buat benda bersamalah basically..

    janganlah duduk diam tak buat apa-apa tapi berharap rumah tangga itu bahagia dan harmoni..ataupun berharap suami yg buat semua usaha..isteri menerima sahaja..bak motto ust Hasrizal, hidup untuk memberi, bukan untuk menerima..disamping itu,bykkan berdoa..moga Allah tiupkan perasaan kasih sayang dalam diri masing-masing. InsyaAllah everything will be fine..Itu sahaja akak boleh tolong. Selebihnya, kamu kena cakap pada dia, tawakkal pada Allah dan byk dekatkan diri pada Allah swt. Barulah Allah ‘berselera’ nak tiupkan perasaan kasih sayang dalam diri mereka suami isteri.

    Wallahualam..=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: