Skip to content

Sayang isteri tinggal-tinggalkan

January 3, 2010

Membina rumahtangga ketika alam pengajian mahasiswa merupakan cabaran yang mampu membangun pemikiran seseorang, lantas meluaskan ufuk pandangnya terhadap pelbagai sisi kehidupan. Aspek keluarga, masyarakat, dakwah, kelayakan sosial, dan pelbagai lagi isu kehidupan akan sentiasa berlegar di kotak mindanya kerana dia sekarang sedang memikul tanggungjawab. Ini benar apabila keputusan untuk mendirikan rumahtangga itu dilakukan atas dasar ke arah membina peribadi yang lebih mulia berbanding sebelumnya, bukan atas faktor ikutan atau dorongan. Perkara ini perlu difahami oleh kedua-dua pasangan pelajar yang ingin mencapai kata sepakat dalam  membuat keputusan, dan ia juga perlu disemat di hati masing-masing sejak dari awal mula perhubungan.

Baru-baru ini saya disoal melalui facebook oleh seorang sahabat karib saya sejak dari sekolah rendah. Beliau bertanyakan beberapa pandangan saya dalam isu membina rumahtangga ketika masih di alam kampus, mungkin sebagai penguat semangat beliau dalam membuat keputusan untuk bernikah. Terus-terang saya katakan saya bukanlah orang yang layak untuk bercakap tentang bait muslim, memandangkan usia pernikahan saya bersama Ummu Thana’ baru saja mencecah setahun setengah (and still counting), dan tak banyak pun pengalaman bersama pasangan saya kerana kami berhubung long distance. Apa pun, menjawab persoalan sahabat saya tersebut, saya turunkan beberapa pandangan saya mengenai definisi rumahtangga bagi seorang mahasiswa:

1. Rumahtangga dalam erti kata yang sebenar, di mana pasangan pelajar berkeluarga dan mempunyai cahaya mata. Pasangan tersebut seolah-olah mahu terus settle down, meski beban akademik masih menghimpit.

2. Rumahtangga dalam erti kata hidup berpasangan, dan tidak lebih dari itu. Masing-masing bertolong-bantu dalam mencapai taraf akademik yang lebih cemerlang, di samping masing-masing berjiwa tenang dengan adanya pasangan tersayang di sisi mereka. Studi masih menjadi keutamaan yang pertama, dan emosi mereka lebih stabil berbanding sebelumnya.

3. Rumahtangga yang tidak ada rumah dan tangga, dalam erti kata lain pasangan yang long distance. Studi tetap menjadi fokus utama masing-masing sepanjang tahun pengajian, di samping faktor emosi yang agak stabil meskipun tidak tinggal sebumbung. Perhubungan sesama mereka tidak perlu dirisaukan lagi kerana semuanya telah halal, tidak seperti pasangan-pasangan yang masih belum bernikah. Dan yang menarik, waktu cuti-cuti mereka digunakan untuk bertemu pasangan masing-masing (honeymoon period), melepaskan rindu di dada, seolah-olah bertemu boyfriend/girlfriend bagi pasangan-pasangan yang masih tidak punyai ikatan.

Sejarah mahasiswa zaman-berzaman menunjukkan bahawa mana-mana pelajar yang memilih salah satu dari definisi-definisi di atas boleh berjaya, meskipun dari luarnya kita lihat sangat berat dan mencabar. Ianya terpulang kepada kebijakan mengurus dan merancang, kematangan dalam mengawal emosi, dan kemahiran dalam memberikan keutamaan.

Bagi saya, saya lebih selesa untuk memilih definisi kedua atau ketiga, for no apparent reason. Istilah lain yang barangkali lebih tepat, ‘berkahwin tapi tidak berumahtangga’. Kemungkinan faktor akademik yang banyak mempengaruhi saya dalam memilih definisi dan merancang hidup saya dan pasangan. Mungkin juga satu masa nanti saya lebih tenang untuk memilih definisi pertama, Wallahu’Alam.

Apa pun definisi yang anda pilih, saya ucapkan syabas kerana anda telah berani membuat keputusan yang tidak ramai pelajar mampu membuatnya. Ianya lebih mulia dari membiarkan diri anda terikat dengan perhubungan yang tidak halal, lebih-lebih lagi dengan budaya couple yang sangat mendesak jiwa kita saban hari. Berdoa dan bertawakkallah, dan mohon pada Allah agar Dia akan sentiasa bersama kita dalam apa jua keputusan yang kita pilih. Andai badai-gelora menimpa setelah kita mantap dalam keputusan kita, hadapilah ia dengan jiwa yang tenang kerana Allah cinta pada orang yang bertawakkal pada-Nya (Ali-Imran: 159)

Semoga sukses dunia akhirat!!

p/s: Saya link kan di sini audio Anis Matta (Setiausaha Agung PKS) dalam perkongsiannya tentang pernikahan…menarik untuk didengar.


~Abu Thana’, Irbid~

3 Comments leave one →
  1. January 3, 2010 9:47 pm

    sedang berkira-kira ni mel.ahaks

  2. sahabat karib yg bertanya permalink
    January 4, 2010 9:28 am

    patut la tersedak, dah masuk dlm blog rupenye,ehehe..neway, teruskan menulis dan berkongsi mel..smoga bermanfaat utk semua, insyaAllah..

  3. rihlatulwujud permalink*
    January 4, 2010 7:56 pm

    semoga dikurniakan BARAKAH dalam perjalanan kehidupan anda…..

    Abu Thana’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: