Skip to content

Meletakkan target dalam hidup

January 7, 2010

Bismillah.

Alhamdulillah.

Lama saya menjelajah blog orang dari satu blog ke satu blog yang kebanyakannya saya hanya menjadi silent reader.  Macam-macam yang saya jumpa. Bermula dari blog ilmiah, blog politik(ni byk skip baca sebab tak minat, kalau Abu Thana’ lainlah), sehinggalah kepada blog peribadi yang pelbagai. Saya suka baca blog orang. Dahulupun ketika mula saya berjinak-jinak dengan dunia blogging ini, niat di hati simple, hanya sekadar untuk berkongsi ilmu dan pengalaman kepada pembaca. Mana yang baik boleh dimanfaatkan, mana yang buruk boleh dijadikan teladan. Dan kadang-kadang juga bila baca blog orang lain, timbul idea untuk menulis dalam blog sendiri.

Apa matlamat kita hidup di atas muka bumi ini?. Anggap persoalan ini ditujukan kepada peserta-peserta kem Biro Tata Negara. Bukan matlamat yang sering kita perbincangkan dalam usrah, daurah atau mabit etc. Bukan matlamat tarbiyyah, tapi matlamat sebagai manusia yang fleksibel. Matlamat sebagai orang biasa-biasa. Mengejar kekayaan? kejayaan di mata dunia? pangkat? nama yang dikenali ramai? penampilan yang cantik dan bergaya?. Saya pasti ramai antara pembaca biasa dengan perumpamaan-perumpamaan di bawah;

Biar papa asal bergaya

Harimau mati tinggalkan belang, manusia mati tinggalkan nama

Hitam itu bergaya

Pelajar cemerlang SPM,PMR,UPSR

Ratu cantik tempatan, Ratu cantik dunia

Gucci, Prada, Louis Vuitton, Jimmy  Choo, Chanel, Burberry

Top 10 richest people in the world

American Idol, So You Think You can Dance, One in a Million, Anugerah Juara Lagu, Raja Lawak etc etc..

macam-macam lagilah creation manusia untuk dapat nama di mata dunia..nak list satu-satu penuh page ni sambil boring anda baca.

Lama berfikir, andai katalah perkara-perkara di atas menjadi kejaran(ada ke perkataan ni dalam kamus dewan,tak pasti pula) kita, lepas mati nanti agaknya apa jadi ye?Wallahualam.

Atau ada antara manusia yang cukup berpuas hati dengan sekadar satu isteri, anak dalam 3-4 orang, dua lelaki dua perempuan dah ngam lah tu. Gaji rm10000++ sebulan, kereta ada dua biarpun sederhana, rumah dua tingkat, renovate sikit dapur jadi besar, ruang tamu besarkan sikit, ada orang gaji, anak sekolah kerajaan, kumpul duit cukup akhir tahun bercuti satu keluarga. Rotation sama setiap tahun. Dull. Bahagia mungkin, tapi macam tak ada hala tuju. Kosong. Kering kontang. Bila mati nanti hilang macam tu sahaja. Tak ada sumbangan pada masyarakat. Tak ada sumbangan pada agama. Tak ihsan pada diri sendiri.

Pernah tak kita berfikir sejenak, set goal apa akan jadi pada diri kita 10,20,30 tahun akan datang. Tak kisahlah goal itu berkonsepkan akhirat atau pun berkonsepkan dunia ataupun berkonsepkan combination of both. Ini bukan berangan namanya. Ini harapan dan cita-cita yang kita usaha untuk realisasikan. Bukankah dalam Islam itu sendiri, kita diharuskan bekerja umpama ingin hidup seribu tahun lagi dan beribadah umpama kita akan mati esok hari. Dunia ini hanyalah bayangan sedangkan akhirat itu adalah mataharinya.Mana lagi power, dunia ke akhirat? Mana yang akan hilang ditelan waktu dan mana akan kekal? Allah bagi akal, fikir-fikirkanlah.

Contoh paling mudah, kita set kan target sekarang umur dah 24 tahun(oh, tuanya diriku..).10 tahun akan datang ketika berumur 34 tahun (oh..lagi tua  jadinya), masih bekerja dengan kerajaan kah? atau sudah break the bond dan bekerja di pihak persedirian?(kalau orang yang terikat dengan mana-mana pihak lah) Anak dah berapa? Kalau yang belum bernikah, masa tu dah bernikah ke belum? Rumah dah ada? Kereta dah ada? Mampukah untuk bagi elaun duit  gaji kita pada ibubapa setiap bulan walaupun sedikit? Dah sambung belajar ke peringkat lebih tinggi ke atau masih di tahap degree? Atau sudah menjadi umpama Datin-Datin dan Puan Sri-Puan Sri? Dengan rambut terkeluar pakai selendang, kalau yang muslimah sedikit, tudung ala-ala lilit ketat di kepala sampai menampakkan tonjolan ikatan rambut dan sedikit bentuk badan, gelang sampai ke lengan, cincin permata besar macam permata ‘pink panther’ tu, beg tangan, kasut, segala aksesori usah dicakaplah, memang branded je semua. Tak acilah beli di petaling street atau masa mega sale.Sibuk berpersatuan kebajikan itu dan ini. Silap-silap join kelab isteri-isteri muda dato-Dato atau Tan Sri-Tan Sri. (haha..yang ni tak pasti influence drama atau ada dalam realiti)

Sekali lagi, agak-agaklah kan, bahagiakah kita di masa itu nanti dengan tahap pencapaian yang sedemikian? Tenangkah jiwa-jiwa kita? Jawapan standard dan mudah–>Wallahualam. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.Bukankah kita manusia lemah disisi Allah. Tiba masa Allah nak uji, akan datanglah ujian itu tanpa mampu untuk kita tolak. Benar sama sekali, saya tak nafikan.

Orang-orang yang kurang berjaya, atau dull hidup mereka, bukan nak merendahkan, tapi menyuntik semangat, adalah kerana tidak mempunyai target 10 tahun akan datang, atau tidak pernah mempunyai cita-cita. Tak ada gambaran apa akan jadi pada diri sendiri dalam masa beberapa tahun akan datang. Hidup ‘go with the flow’. Orang ambil MBBS, kita pun ambil MBBS. Biar setaraf lah nanti. Tak adalah mak bapak malu bila mereka compare anak-anak masing-masing nanti sekali-sekala bila jumpa time kenduri-kendara. Atau orang masuk persatuan ini, kita masuk persatuan sama. Orang beli barang tu, kita pun nak jugak. Hidup atas dasar cemburulah katakan. Paling best, orang nikah, kita pun sibuk2 nak nikah sedangkan persediaan rohani pun belum cukup padu lagi. Ikut-ikutan.

Percaya tak sekiranya saya sebutkan bahawa bahagia dan tenang itu mampu untuk kita cipta. Mampu untuk kita pastikan dan yakin akan datang. Tak kiralah bila kita set goal untuk 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun. Caranya mudah sahaja. Islam itu mudah dan sederhana. Pastikan dalam setiap goal atau angan-angan atau cita-cita kita, Islam jadi keutamaan. Menuju Redha Allah itu matlamat. InsyaAllah bahagia dan tenang itu akan datang dengan sendirinya.Cubalah. Belum cuba belum tahu.^_^

Saya bukan nak menegah kepada mengejar dunia untuk lari kepada akhirat. Tapi biarlah dalam setiap apa yang kita lakukan, seimbang antara dunia dan akhiratnya.

Wallahualam

p/s:Ummi panggil dah suruh study. Hihi. Skrg tgh study leave.Rasa macam duduk rumah pula bila umi dan ayah ada kat sini. Ummi sibuk kemas macam-macam. Saya goyang kaki study je. Ni sebab study leave exam dah dekat umi bagi chance saya study tak payah tolong. hihi. Oh ye. Ummi saya cukup tak berkenan anak dara pemalas. Kalau dah kawen pun pemalas, apatah lagi.  Memang a big NO for her. Bukan malas belajar, tapi malas masak, malas kemas rumah etc etc. Ummi saya suri rumah sepenuh masa. Kalau nak challenge dia memang tak boleh lah. Bibik Gred A++ pun kalah agaknye dengan ummi. Sebab tuh ummi tak suka ada bibik di rumah. Seminggu sekali datang tuh ok lagi lah. Ummi tetap tiptop dalam kerja-kerja rumah sampailah kepada memasak. Saya yang dah nikah ini pun tak mampu nak tandingi tahap kerajinan umi yang luar biasa menguruskan rumah tangga dan anak-anak. Wuu..Macam mana ni Abu Thana’?.

Bawa ummi ke pasar ikan dan seafood..Ummi teruja walaupun kotor..hihi

Ini di pasar sayur pula..

Ummi and Ayah in 'the heart of Mangalore'

-Ummu Thana’-Mangalore,India

4 Comments leave one →
  1. cimah permalink
    January 8, 2010 7:46 pm

    wah…bhagie parent mus hols cni ek. ayah sy demam sminggu duk cni.+ diorrhea.
    sok sy jengah uma mus..masak sedap2

  2. rihlatulwujud permalink*
    January 8, 2010 8:03 pm

    hahaha..mak bapak saya dah balik dah..awak mai je laa..^_^..teman saya yg kebosanan sorg2 neh..bg semangat sikit sye nak belajar…

  3. khayr al jauhari permalink
    April 4, 2010 3:38 am

    ayat dari awk – Saya bukan nak menegah kepada mengejar dunia untuk lari kepada akhirat. Tapi biarlah dalam setiap apa yang kita lakukan, seimbang antara dunia dan akhiratnya.

    ermm pendapat sy.. boleh ker nak seimbang dunai n akhirat.. dalam sehari ade 24 jam.. so 12 jam utk dunia, n 12 jam utk akhirat.. larat ker kite, hamba yg lemah ini utk beribadat 12 jam sehari.. minta penjelasan…

    kerane pada pendapat sy.. kite kena lebihkan akhirat dari dunia.. sebabnye.. kite akan selama2 nye di akhirat.. n hanye sementare di dunia.. mintak penjelasan ukhti..

    salam dari perantauan..🙂

  4. rihlatulwujud permalink*
    April 4, 2010 10:06 am

    salam khayr al jauhari.

    Seimbang disini bukan bermana 50:50..tapi seimbang mengikut apa yang dikehendaki Allah swt. Kalau kita menafsirkan dengan cara matematiknya dan membahagikan seimbang itu sebagai separuh-separuh, itu bukanlah mengikut apa yang diperintahkan oleh Allah swt.

    Seimbang disini adalah mudah sahaja. Seimbang bila kita melakukan apa yang Allah suruh dan kita tinggalkan apa yang Allah larang. Bukannya melakukan apa yang Allah larang dan meninggalkan apa yang Allah suruh. dan bukan juga beribadah sehingga 12 jam dan membuat kerja-kerja dunia selama 12 jam.

    So apa yang saya cuba tegaskan di sini, dalam setiap amal yang kita lakukan,kita takkan mampu nak mengasingkan antara akhirat dan dunia itu. Setiap apa yang kita lakukan bila diniatkan kerana Allah adalah ibadah. Setiap perkara yang mengear dunia hatta bekerja sekalipun,makan,minum semuanya adalah ibadah bila kita meletakkan Allah swt sebagai tujuan utama dan guideline.

    Permintaan Allah swt supaya kita seimbang dunia akhirat adalah mudah. Macam yang saya cakap tadi, dalam apa sahaja yang kita lakukan, lakukan apa yang Allah minta dan tinggalkan apa yang Allah larang. Harap faham maksud sebenar saya.

    Wallahualam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: