Skip to content

Post story..

January 9, 2010

” Ngah..alhmd ummi&ayah dah smpai m’sia..sedih btul nak tnggalkn angah..doa umi Allah sntiasa pelihara angah dsana..jga diri baik2..doa jga utk exam angah,tq 4 evrting” [09-01-10,4:56am]

Alhamdulillah. Kesedihan masih berbaki sejak menghantar mereka di airport semalam. Air mata belum lagi nak kering. Semalam pun tidur bertemankan air mata sahaja. Tak ada mood nak buat apa-apa pun. Mengenangkan ummi dan ayah peluk saya umpama tak mahu lepas semalam. Ummi terutamanya sampai dah masuk boarding pun dia lari balik peluk dan cium saya.  Macam drama hindustan pula. Kerinduan masih tak berganjak dari hati. Mungkin takkan berganjak sampai bila-bila kut.

Memang pasti balik Malaysia lepas grad nanti, saya tak mahu duduk jauh dengan family. Ummi pun dah janji nak jaga cucu-cucu dia nanti. Ummi risau kalau kena hantar taska. Nasib baik saya dan Abu Thana’ satu kampung. Dekat-dekat. Senang. Family semua dekat-dekat je.

Maaflah, the thing i treasure the most selain nikmat Iman dan Islam, yang keduanya adalah my family. Buruk baik mereka saya terima. Setiap ahli keluarga pun. Even with saudara-mara belah ayah atau ummi, adik beradik ummi dan ayah, sepupu-sepupu semuanya, we used to be very close to each other masa kecil-kecil dahulu. Ummi ayah didik kami supaya menghargai setiap ahli keluarga. Ummi tak berhenti berpesan, dalam dunia ini, kalau ada ketikanya semua orang berpaling dari kita, semua mencemuh kita, semua membenci kita, tapi ahli keluarga, darah daging sendiri takkan pernah akan begitu. Yang akan menolong, yang akan sentiasa di sisi adalah ahli keluarga sendiri. Fitrahnya begitu. Sebab dulu masa kecil-kecil kami selalu bergaduh sesama adik-beradik. Yang bertumbuk sampai berdarah, yang baling bantal sampai pecah, yang menjerit-jerit marah sampai anak tekak nak terkeluar, yang sebat-sebat dengan hanger baju sampai putus, yang kena jeling menyampah, semua kami buat dulu sesama adik beradik masa kecil lah.  Kalah drama suami-isteri bergaduh. Haha. Bila dah besar ini, semua tu jadi bahan ketawa bila kami bercakap antara satu sama lain. And I guess those memories membuatkan ikatan antara kami semakin rapat bila dah besar ini.

Sampai sekarang saya tak mampu nak hilangkan perasaan cemburu bilamana melihat semua ahli keluarga, gamba saudara-mara bercuti bersama-sama ke, pergi kenduri-kendara yang banyak saya terlepas. Merindui saat-saat bersama mereka semua.

Sekarang dah berdua dengan Abu Thana’, makanya kena juga sesuaikan diri merasakan bahawa keluarga Abu Thana’ adalah keluarga sendiri. Ummi dan Abah umpama Ummi dan Ayah yang membesarkan diri ini. Afterall, tanggungjawab ummi dan ayah dah terhenti saat saya menikahi Abu Thana’ dahulu. Namun disebabkan kami berjauhan dan sejurus selepas saya dan Abu Thana’ bernikah, memang saya tidak pernah berjumpa langsung ‘live’ dengan ummi dan abah Abu Thana’. Hanya berhubung melalui internet ataupun di telefon. Belum lagi masuk saudara-mara Abu Thana’ yang lain, memang saya belum betul-betul dapat cam lagi setiap seorang dari mereka. Kadang-kadang rasa sedih juga. Lagi membuatkan diri ini tak sabar nak balik Malaysia.

Alhamdulillah, walaupun sekejap sangat masa yang ummi dan ayah habiskan dengan saya di sini. Walaupun kami tak dapat banyak berjalan sebab saya nak exam, bila dah nak balik tu ummi cakap, “macam tak nak balik pulak, best duduk mangalore ni.” Lega sikit rasa. Mereka pun tak sakit perut macam orang-orang lain/pelancong-pelancong lain. Mungkin juga sebab ummi masak di rumah, kami hanya keluar makan dua kali sahaja. Ummi dan ayah pun banyak berjalan sendiri. Shopping sendiri, pergi pantai berdua sahaja, balik dari pantai boleh pulak naik bas awam. Excitednya mereka. Saya sendiri tak pernah naik bas awam dekat-dekat. Tak berani. Laju sangat. Scary. Kalau naik bas express pergi Bangalore/Manipal itu adalah. Mereka boleh naik dengan happynya. Alhamdulillah. Sempat juga saya kenalkan ummi dengan doktor yang merawat saya masa kena admit hospital dahulu semasa rawatan susulan dengannya. Ummi pulak sibuk tanya macam-macam pada doktor tu. Doktor tu sabar je jawab soklan umi. Ummi pun cakap doktor tu sungguh caring. Hihi.

p/s: Hargailah setiap ahli keluarga kita selagi hayat masih dikandung badan. Saya sayang semuanya!..^_^

Wallahualam

-Ummu Thana’-Mangalore, India

4 Comments leave one →
  1. zamzam permalink
    January 9, 2010 5:27 pm

    k.mus,jgn sedey2 dah…huhu…kuatkn smgt….chay0!!!!nk mak ngan abah gak….hik…hik….waaaaaaaa=(

  2. rihlatulwujud permalink*
    January 9, 2010 5:29 pm

    eleh..mana aci zam neh..dia suruh org kuat..dia pun nannes gak!..hehe..jumpa esok iA zam..^_^..rindu dah akak pada adik2 akak neh..lama tak ‘jumpa’..

  3. January 21, 2010 11:29 am

    salam ut (hehe, short form)

    boleh ana tahu mcmana ana nak dptkan banner derma aman palestin mcm kat blog anti ni? blh ana dptkan code nya?

  4. rihlatulwujud permalink*
    January 21, 2010 4:40 pm

    wslm um(hihi, short form juga)..ana dah bg cara kat shoutout blog akak..^_^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: