Skip to content

Sebiru hari ini..^_^

February 4, 2010

Bismillahirrahmanirrahim.

Abu Thana’ dah ke kelas. Ada exam katanya hari ini. Moga Allah permudahkan. Suasana di Irbid masih sejuk lagi. Walaupun tak ada tanda-tanda salji akan turun. Nampak gayanya, tak dapatlah saya merasa salji di Irbid tahun ini. Tahun depan mungkin? Wallahualam.

Walaupun cuti hanya dua minggu, tapi bila dah duduk sorang-sorang di rumah, rasa lemah juga. Kebuntuan tak tahu nak buat apa dah. Lagi-lagi musim sejuk ini. Malas tu lebih lagi dari rajin skalanya. Semalam saya sempat berbual panjang dengan along dan juga kedua-dua ummi tersayang. Maaf untuk Nafisah, banyak kali dia tegur saya dan setiap kali itu juga saya tidak di depan komputer aka sedang tidur atau di dapur. InsyaAllah next time kita berbual panjang Nafisah. =). Update macam-macam cerita dengan kedua-dua ummi dan juga along. Along cuti semalam so, dia dapat online lama teman saya di rumah. Seronoknya menjadi along, dah kerja, dah mampu nak beli kereta sendiri, duduk rumah sendiri, umi pun sampai lega dah tak payah fikir sangat pasal along. Tapi umi cakap dia masih ada 5 orang anak yang tak ‘settle down’ lagi. Aduhai ummi. Adik kecik saya baru darjah enam. Memang begitu agaknya jadi ibu. Benda kecil pun boleh bagi kerisauan yang sungguh besar. Sebab itu pengorbanan ibu takkan mampu kita bayar sehingga kesudahnya dan tiada orang yang paling faham diri kita melainkan ibubapa sendiri. Sedangkan dengan pasangan sendiri makan masa lama untuk saling memahami antara satu sama lain.

Dua minggu pula terasa lama saya ‘tinggalkan’ adik-adik di India. Apa khabar mereka agaknya. Moga masih terus kekal dengan ilmu yang ada di dada. Melihat muka-muka segar dan bersemangat mereka kadang-kadang menjadi penguat saya juga. Kuat untuk menghabiskan saki-baki perjalanan hidup di India ini yang penuh onak dan durinya. Mungkin masih terlalu awal untuk saya ceritakan sesuatu yang masih belum lepas lagi sebab saya masih belum tamat belajar. Namun tempoh belajar saya hanya berbaki 5 bulan sahaja lagi InsyaAllah. Jika tidak tersekat di mana-mana. Ayah lepas sampai India, dia cakap pada saya, I think you can survive anywhere in the world because u can survive living here in India!. Bukan sedikit air mata yang tumpah sepanjang saya di sini. Air mata rindu, air mata geram, air mata sakit hati, air mata marah, semualah. Dan bukan nipis juga tembok kesabaran yang telah terbina lantaran menahan sabar yang banyak  duduk di sini. Allah Knows Best!. Abu Thana’ banyak kali ulang, itulah, apasal dulu tak pilih nak datang middle east? Dah dapat India komplen pulak. Bukan nak kata tak bersyukur, saya bersyukur amat dapat datang India. Sekiranya saya di negara lain, mungkin saya bukan saya yang sekarang. Siapa tahu kan? Benda yang paling saya rasakan perbezaan adalah betapa India mampu mendidik diri saya yang sungguh degil dan pentingkan diri sendiri yang amat ini berubah. Hanya mereka yang kenal saya sebelum ini tahu siapa siapa saya sebelum ini. And of course Abu Thana’ knows me well also and he knows how to handle it. =).

Alhamdulillah. Allah kabulkan satu doa saya sekali lagi. Bila memikirkan rasa macam tak layak je nak terima rahmat dari Allah swt ini, (iye, saya anggap ianya satu rahmat), namun Allah berikan juga. Sepanjang tempoh hampir empat tahun belajar, rasanya pertama kali saya kena hambur teruk dengan external examiner semasa final exam University. Tak mahu ungkit sejarah silam. Biar mereka yang tahu terus tahu dan yang tak tahu terus tak tahu. Sampaikan saya dah pasrah to expect for the worst. Masa kena marah, rasa dalam hati mahu sahaja saya tegur sikap dia yang agak ‘kurang sopan aka kurang ajar’ itu. Mungkin juga kerana dia external examiner, bukan dari kolej kami, maka dia dengan sewenang-wenangnya mengutuk sesuka hati. Sampaikan malam-malam saya termimpikan dia. Begitu hebat penangan hamburan dia pada saya. Walaupun semua rakan sekelas saya cakap mereka kena perkara sama, cuma saya yang emosi lebih ini merasakan bahawa dia attack saya lebih teruk dari mereka. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa saya tidak tenang menunggu keputusan keluar. Hazimah sahaja tahu historynya saya meng’attack‘ kawan-kawan di India tanya keputusan saya kerana tidak percaya. And I guess Allah masih mahu beri saya peluang untuk bersyukur dan terus menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur. ALHAMDULILLAH. Moga Allah terus beri saya kekuatan untuk mengharungi baki genting 5 bulan ini. Bukan mudah. Namun ianya akan jadi bearable bila kita meletakkan Allah yang utamanya.

Sampai ke sudahnya saya tak akan lupakan apa yang Head of Department Orthodontics saya cakap pada kami, to be a good dentist is not about how good you are in your studies, its not about getting distinction or gold medalists, but its about how good you are to your patients, your attitude towards your patients plus the knowledge should be there!. Thank you Doctor! Dan itu juga sebenarnya yang Islam ajar kan? Qudwah itu penting. Mencipta hubungan baik sesama manusia lebih penting sebelum memulakan apa-apa urusan. Nak berdakwah pun, ukhuwwah kena create dulu.

Untuk semua sahabat-sahabat medic satu batch dengan saya yang juga sudah di Part II Final Year, marilah kita sama-sama berjuang menghabiskan apa yang telah kita sama-sama mulakan. Walaupun saya akan habis awal 6 bulan dari anda semua. Hihi. All the best semua!

Wallahualam

-Ummu Thana’-Irbid, Jordan

2 Comments leave one →
  1. zamzam permalink
    February 6, 2010 9:09 pm

    yeeaaaaaa..akak dah balik india!!!!welcome back…..hihi…(saje je jeles ngan akak)…jahat x???…kui3…xnak cakap kt ym,nnt akak lawan balik…hihi=)…welcome back akak…rindu akak..ecece!^_^

  2. rihlatulwujud permalink*
    February 6, 2010 9:30 pm

    hehe..zam neh!..;p..akak pun dah rindu korg sume..insyaAllah bila akak dah settle down sikit..kite ‘jumpa’ ok..akak pun dah lama tinggalkan korg..hihi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: