Skip to content

Bermaknakah?

February 9, 2010

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt untuk semua pembaca.

Moga berada dalam rahmat dan lindungan Allah selalu.=)

Teruskanlah usaha dalam mencari ilmu Allah yang Maha Luas. Jangan sempitkan ruang yang ada dengan pemikiran kita yang sempit itu. Pandang kiri kanan atas bawah. Tengok dan muhasabah apa yang mampu dijadikan pengajaran dalam hidup supaya kita menjadi manusia yang berguna bukan sahaja di dunia, malah juga ‘berguna’ di akhirat kelak.

Memandangkan 14hb Feb sudah semakin hampir, maka saya sendiri tidak mahu melepaskan peluang untuk mengingatkan. Kalau rasa pahala dah cukup banyak untuk dipersembahkan kepada Allah swt, kalau rasa niat menghalalkan cara, kalau rasa cinta itu buta, kalau rasa dunia ini kita yang punya, kalau rasa ibarat sudah berada di awang-awangan, silalah sambut 14hb tu. Jangan segan-silu. Bukan saya tahu pun anda sambut ke tak kan. Allah sahaja yang tahu. Biar Allah yang nilai buruk-baik manusia kan. Lebih-lebih lagi untuk pasangan dakwah. Kalau pasangan yang bukan musleh, tak apa sangat kut. Mereka tak memberi contoh pada yang lain. Mereka ada dunia dalam kepompong sendiri. Orang kiri-kanan tak nampak dah. Yang ada hanya mereka berdua sahaja. Adam dan hawa di atas muka bumi ini. Nak tegur pun dah tak membawa makna pada mereka. Yang penting mereka yang bakal memberi contoh ini yang perlu diperbetulkan dahulu.

Tadi masa clinical posting, disebabkan saya bercuti agak lama dari yang lain, saya masih belum dapat patient lagi. So tak ada kerja nak dibuat. Nak baca buku sekolah, macam ngantuk pula, kebetulan batchmate saya ada bawa magazine Reader’s Digest. Dah lama tak baca magazine ini. Dulu masa di Malaysia ummi langgan sebab  mahukan kami fluent english dan kerana knowledge dalam magazine tu. So terpaksa dan selalu baca. =). Oleh kerana englishnya agak tinggi, maka makan masa untuk saya faham bila baca. Isu utama dalam magazine itu bulan ini of course la pasal 14hb Feb dan juga how to fight fat. Yang menarik minat saya bukan 14hb Feb tu, tapi how to fight fat aka how to lose weight jugak kut. walaupun duduk di Jordan hanya dua minggu, tapi sejak balik India, saya rasa selera dan berat semakin bertambah. Lagilah menarik nak baca artikel-artikel yang dipersembahkan. Adalah juga disebut dalam itu tentang puasa. Amalan wajib yang kita lakukan sebulan setiap tahun sebagai tanggungjawab seorang Muslim. Cumanya mereka sebut, it is not proven yang puasa dapat membantu mengurangkan berat badan. Dan para expertise ramai yang tak percaya puasa boleh membantu manusia mengurangkan berat badan. Saya pun tak adalah nak emosi bila baca since mereka pun tak keluarkan prove kenapa mereka tak percaya. Cuma keluar statement sahaja. Namun sebagai seorang Islam, saya tetap percaya bahawa puasa itu mampu bukan sahaja menguatkan rohani kita, bahkan juga fizikal. Pokok pangkalnya dalam apa sahaja yang kita lakukan kenalah bersederhana. Termasuklah bab makan kan. Kalau dah seharian puasa, lepas tu bila masuk masa berbuka sahaja, habis semua makanan kita sumbat sebab nafsu, tak kena gaya juga. Tak boleh nak kurus juga. Lepas itu bila dah raya, makan lagi banyak dari sebelum masuk bulan puasa, alasan raya setahun sekali. Bila habis puasa+raya, makan banyak juga, alasan macam-macam. Kesudahnnya tak kurus pun.

Wallahualam

-Ummu Thana’-Mangalore, India

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: