Skip to content

Biar berpada..

February 12, 2010

gambar hiasan

Ummu Thana’: Kenapa perempuan aka akhawat kena jaga kalau nak letak gamba dalam internet seperti blog, facebook, friendster,profile pics etc sedangkan lelaki boleh relax je letak gamba byk2 macam2 gaya ada?

Abu Thana’: Kenapa Allah suruh perempuan tutup aurat dari kepala sampai kaki, lepas tu kena labuhkan tudung ke dada tapi lelaki tak payah?

Ummu Thana’ terkedu di situ mengakui..

Situasi di atas berlaku pada suatu hari yang sejuk selepas saya melihat gambar-gambar Abu Thana’ dan rakan-rakannya dalam facebook. Seperti biasa, Abu Thana’ tak pernah nak menjawab soalan serius saya direct to the point. Saya tanya dia, dia akan tanya balik. Tapi saya suka, sebab bila dia tanya balik buat saya berfikir kembali di mana titik pertemuannya yang saya tak nampak. Alhamdulillah. Indahnya kehidupan selepas pernikahan bila mampu melengkapi antara satu sama lain.

Kena pada gaya. Bukan nak menegah tapi biarlah berpada-pada. Dulu saya agak tak bersetuju bila Abu Thana’ cakap dia tak suka saya letak terlampau banyak gambar sesuka hati dalam blog, facebook, friendster etc. Gambar nikah dan walimah kami pun dia tak selesa untuk saya letak dimana-mana apatah lagi gambar selepas bertunang, memang dia pernah mengingatkan supaya saya tidak mempamerkan sesuka-hati. Tapi disebabkan saya yang degil ini dan juga tidak mahu mendengar kata Abu Thana’, saya letak juga gambar tunang kami seketika di Friendster sebelum saya delete kesemuanya selepas rasa bersalah timbul sendiri bila hati rasa malu pada Allah swt. Ketika itu bagi saya, meletakkan gambar adalah ibarat untuk mengikat hati antara rakan-rakan, mengkhabarkan sesuatu dan juga untuk dilihat oleh keluarga yang jauh di malaysia. Iyalah, mestilah semua rakan mahu melihat update terbaru dari kita dan melihat wajah baru setelah masing-masing semua membesar dan berubah.

Seorang sahabat saya, satu sekolah menengah dahulu, menjemput saya secara peribadi ke majlis walimahnya yang lebih awal beberapa bulan dari saya. Saya sengaja bertanya pada dia, bila masa dia bertunang? dia nyatakan bahawa dia bertunang pada bulan yang sama dengan saya sedangkan pada masa itu kami ada sahaja berjumpa untuk program akhawat di Malaysia ketika saya pulang bercuti. Saya tanya kenapa tak beritahu saya, gambar pun tak letak dalam friendster, dia katakan pada saya, tunang belum tentu akan bernikah, untuk apa dihebah-hebahkan tanpa tujuan?. Bukankah sepatutnya kalau bertunang, dihebahkan bila ada lelaki datang merisik dan disitulah pentingnya merisik dalam Islam. Saya ditegur di situ. Malu sekali lagi dengan diri sendiri. Ukhti hebat, jiwa dan pemikirannya pun hebat! Subhanallah.

Sekali lagi bukan nak melarang..

Namun melihatkan kepada dunia sekarang yang ‘macam-macam ada‘ ini, seharusnya kita lebih berhati-hati sebagai seorang perempuan. Supaya tidak menjadi isu di kemudian hari. Hanya kerana gambar, macam-macam boleh timbul. Sampaikan boleh kena saman-menyaman.

Abu Thana’ pernah berkata kepada saya bila kami berbicara isu niqab pula, kalau ikut sesetengah pendapat Imam-Imam masyhur, kalau seorang perempuan itu teramatlah cantiknya sampaikan kepada bila dia lalu sahaja, orang kiri-kanan berhenti untuk pandang dia sampailah dia hilang dari pandangan, maka dah jatuh hukum wajib pada si perempuan untuk memakai hijab tutup seluruhnya termasuklah muka. Ini kerana perempuan tersebut mengundang dosa pada diri sendiri dan juga kepada orang lain. Sebenarnya teramatlah ramai perempuan-perempuan yang cantik seperti itu dizaman ini. Apatah lagi setelah bermacam-macam produk kecantikan yang keluar di pasaran. Make-up dan sebagainya. Belum masuk lagi dengan fashion yang pelbagai ragam. Tutup tapi tak tutup. Bertambah-tambah perempuan cantik. Tambahan pula, perempuan berpenampilan cantik ‘melampau’ bukan untuk kepuasan sendiri sebenarnya. Pasti ada jauh di sudut hati mereka untuk menarik perhatian lelaki. Itu fitrah manusia. Saya dah nikah, maka saya boleh yakin dengan penyataan ini. Kalau tak, takkan lah masa solat boleh pulak pakai tutup aurat betul-betul, tapi luar solat, masyaAllah sungguh cantik. Nampak sangat terang jelas dan nyata cantik itu bukan untuk Allah swt atau kepuasan sendiri. Cuba kalau dalam dunia ini satu jantina sahaja, saya tak rasa zaman sekarang ada tudung pelbagai rupa. Sure semua tudung sama sahaja fashionnya.

Sekali lagi bukan untuk melarang supaya berpenampilan cantik..

Ada satu situasi yang ingin saya kongsikan dengan pembaca untuk melihat isu ini dengan lebih baik dan terbuka, cerita benar diolah oleh saya sendiri untuk menjaga nama dan aib mereka yang terlibat. Tersebutlah kisah seorang ukhti yang baru mula melangkah dalam alam dakwah, baru mula mengenal apa itu dakwah setelah bertahun duduk dalam usrah dan tarbiyyah. Mula bersemangat untuk mencari mad’u dan meluaskan dakwah Islamiyyah. Berkobar-kobar untuk menegakkan kalimah Allah swt. Hati teruja untuk mengajak lebih ramai untuk  berjalan seiring ke syurga. Seronok untuk berkongsi kemanisan berada dalam Iman dan Islam dengan seramai mungkin manusia. Kehidupannya sentiasa tenang. Siang hari dia berkobar-kobar untuk berdakwah dengan ceria, malam harinya di isi dengan mendekatkan diri kepada Allah swt. Kepada Allah dia mengadu segala susah-payah jerit perih perjuangan setelah penat ‘bekerja’ di siang hari. Mohon supaya usahanya tidak sia-sia sambil dikuatkan lagi dengan kehadiran sahabat-sahabat seangkatan yang sentiasa bersama dalam keadaan susah ataupun senang. Ukhti yang sentiasa menjaga batas-batas dalam pergaulannya. Sentiasa mengenakan pakaian yang tidak menjolok mata. Malahan memaki tudung labuh dan pakaian yang tebal demi untuk menjaga diri lantaran perasaan malu dan takut kepada Allah swt semakin menebal dalam diri.

Namun tiba-tiba pada suatu hari si ukhti bercerita mendayu-dayu menangis kesedihan kepada sahabat baiknya selepas dia dilamar seorang lelaki ajnabi yangs soleh, yang baru sahaja dikenali. Sahabat baik yang seronok bila mendengar berita si ukhti ini telah dilamar orang, berjaya untuk menaik taraf kepada satu lagi tangga tarbiyyah demi menguatkan diri dalam jalan dakwah pelik melihat si ukhti ini kesedihan yang amat. Setelah mereka berdiskusi panjang, si ukhti ini ceritakan bahawa dia bersedih kerana bila dia bertanya kepada lelaki tersebut kenapa mahu meminang, lelaki tersebut terus menjawab tanpa segan-silu mahupun berlapik ataupun bertapis, kerana rupanya yang cantik. Iya, hanya kerana rupanya yang cantik. Selepas itu barulah si lelaki nyatakan kerana agama dan akhlak ukhti tersebut. Kesedihan ukhti itu bukanlah kerana tidak bersyukur dengan pemberian Allah swt dengan rupanya yang cantik, tapi bersedih kerana rupanya yang cantik itu menjadi isu utama dia dilamar. Kalau ikut logik akal manusia, apa salahnya dengan rupa yang cantik bukan? cantik di mata suami itu penting dalam keharmonian rumah tangga.

Betapa si ukhti sebenarnya merasa teramat bersalah dan malu kepada Allah swt dan juga kepada diri sendiri kerana dia tidak menjaga dirinya dengan sebaik-baiknya sehingga si lelaki nampak rupanya yang cantik dahulu sedangkan akhlak dan agamanya terkemudian. Bukan itu yang si ukhti inginkan setelah dia rasakan betapa dia menjaga dalam isu aurat dan juga isu pergaulan sesama lain jantina. Sementelah setelah dia betul-betul berubah dan dakwah Islam adalah jalan pilihannya. Itulah hati seorang ukhti yang mengharapkan cinta dari Allah swt dalam setiap pergerakannya. Jangan disalahkan bila perempuan/akhawat cantik terlalu memilih dalam soal pasangan.

Kesimpulannya di sini, kita sebagai perempuan perlu lebih ketat menjaga diri dari lelaki kerana setiap dari anggota kita ini mampu menjadi fitnah. Bukan setakat menjaga dalam berpakaian, atau dalam isu meletakkan gambar berlebih-lebihan di dalam mana-mana media, malahan juga dalam isu percakapan dan perbuatan. InsyaAllah. Kerana semua itu menzahirkan betapa dekatnya kita kepada Allah swt. Semakin dekat hati kepada Allah semakin kita rasa mahu berhati-hati dalam setiap tindakan. Semakin jauh diri dengan Allah swt, semakin longgar syarat-syarat yang kita letakkan pada diri sendiri. Feedback mechanism yang takkan berubah. Allah Maha Mengetahui.

Fitrah manusia inginkan yang cantik. Itu tidak salah. Malahan tidak berdosa. Tapi bagi mereka yang benar-benar berIman dengan Allah swt, cantik jadi soal kedua dan agama jadi soal pertama. Maka kita sebagai akhawat, harap tidak  mengkonfiuskan lagi keadaan dengan meletakkan gambar yang tidak terjaga(anda mampu menilai sendiri) sesuka hati di mana-mana laman ataupun profile supaya kita bukan sahaja menjaga diri sendiri, malahan menjaga juga orang lain. Lebih-lebih lagi untuk mereka yang belum berkahwin.

-Hijab is not just our culture but it is also our pride yang perlu dijaga sehingga ke hujung nyawa-^_^

Wallahualam

-Ummu Thana’-Mangalore, India

9 Comments leave one →
  1. keyra halim permalink
    February 17, 2010 12:38 am

    Best artikel ni + dush! kena kat muka tepat3x… =p

    Erm, mus… dah kelanjur komen ni..nak sampaikan salam dr kawan kawan keyra psl nasihat mus harituh. Terima kasih tao

  2. rihlatulwujud permalink*
    February 17, 2010 12:59 pm

    hihi..sesama keyra..=)

  3. February 17, 2010 6:53 pm

    tumbs! for mus..

    alhamdulillah masih ada yg berpandangan spt yg ditulis.. mmg sgt merisaukan skrgg.. ak kira siapa pun skrg ni.. asal tangkap gmbr jer.. mesti akan kata ‘bole letak dlm fesbook ni..’ aduhaiii..apekah setiap gmbr yg dirakam adalah utk tatapan umum? huh, bukan ke itu sama dgn ‘nak menunjuk’.. huhu..

    tepuk dada, tanya apa NIAT antum?? hee…

  4. rihlatulwujud permalink*
    February 17, 2010 7:09 pm

    tuhla ummu ikhlas..betul tu..

    tepuk dada tanya NIAT..i like it!..^_^

  5. February 18, 2010 7:03 pm

    salam kak mus~

    nak copy paste kt blog sy boleh?

  6. rihlatulwujud permalink*
    February 18, 2010 8:08 pm

    wassalam..
    sila2 maisarah..^_^

  7. March 2, 2010 6:02 pm

    alhmdllh,penerangan yg bagus. kadang2 kita (specially perempuan) seakan2 berlumba2 untuk tunjukkan wajah anugerah Allah ~ Moga dijauhkan,na’uzubillah. Dulu x brape amek kesah, skrg sangat ambil kisah. Bila ada rasa nak tukar gmbr kat fb etc, fikir2 n tapis dulu gmbr mane yg boleh. Kdg2 juga, kita menjaga, tapi sahabat2 lain yg ada gmbr kita, kurang menjaganya. Bila ditegur , dikatakan gmbr dh cantik dah. erm~

  8. rihlatulwujud permalink*
    March 2, 2010 7:16 pm

    mmg macam tu ukhti syazana..manusia ini banyak dalihnya untuk memuaskan hati sendiri..

  9. March 14, 2010 5:58 am

    salam kak
    akak….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: