Skip to content

Hari ini..

February 24, 2010

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah

Lama sungguh blog tak berupdate. Ketidakcukupan masa semenjak kelas semester baru dah bermula ditambah lagi dengan ketandusan idea dan kemalasan menulis sesuatu jika tidak ada yang signifikan untuk diingati.

Hari ini sungguh penat. Sebenarnya setiap hari pun memenatkan sejak masuk alam klinikal ini. Lagi penat kalau ada patient. Tadi saya ada patient. Benda kelakar berlaku. Ada seorang cikgu kesayangan kami datang untuk monitor saya. Dia tanya banyak sangat soalan sambil dia explain satu-satu setiap procedure. Kaki saya sudah mahu tercabut lantaran berdiri terlampau lama menunggu dia habis meng’lecture’ kami di situ. Ada satu procedure yang memerlukan saya menggunakan phonetic method. Lepas tu cikgu tu suruh saya buat depan dia, saya cakap kat dia, saya tak reti nak cakap local language. Dia cakap pada saya, you should at least put an effort to learn the local language,knowing only theory is not enough. Saya jawab, saya tahu cakap sikit-sikit je. Kalau nak suruh buat ayat penuh memang tak mampu. Dia tanya saya apa sikit-sikit yang saya tahu itu. Saya pun sebutlah semua perkataan/ayat pendek yang terlintas dikepala. Dia gelak. Katanya, it’s good you have put the effort to learn the language. Gaya muka dia berpuas hati. Padahal itu sahajalah yang saya tahu dan in fact kesemua batchmates posting saya tahu. Kami semua memang tak boleh cakap local language. Kesudahannya dia yang cakap pada patient tu, dan saya tengok dari tepi. Hihi.

Dr S.H.: Hi, how are you?..(dia tanya sambil tersenyum)

U.Thana’: Fine doctor, feeling much better

Dr. S.H: Are you taking the medication regularly?

U.Thana’: Yes doctor

Dr S.H: Good, are you happy? Should I reduce the dose of your medication a bit more before I completely stop it?

U.Thana’: Hehe..I’m happy doctor..

Dr S.H: How is your husband?..(tanya doktor itu sambil menulis prescription untuk saya)

U.Thana’: He’s fine..hehe (sambil tergelak kecil)

Dr. S.H: Funny isn’t it asking such a young lady about her husband?..(dr turut tersenyum ketika bertanya)

U.Thana’: hehehe..

Saya tahu apa yang difikirkan doktor itu since dia amat terkejut bila saya nyatakan pada dia sebelum ini yang saya sudah berumahtangga. Katanya saya masih kecil untuk berumahtangga. Nampak muka budak2. Bila dia jumpa Abu Thana’ lagilah dia terkejut. You must be young yourself mister!..katanya lagi..kami hanya mampu tergelak lagi.

U.Thana’: Zimah rasa patut tak mus pergi jumpa Dr V petang ni?

Zimah: Kenapa kena jumpa Dr V?

U.Thana’: Sebab dia suruh saya jumpa dia selepas sebulan. Last saya jumpa dia bulan Januari,awal bulan.

Zimah: Itu maknanya follow-up!..PERGI JUMPA!!..Kebanyakan petient doesn’t recover sebab malas pergi follow-up bila badan rasa dah ok.

U.Thana’: Yela..yela..hehe

Doktor Hazimah marah saya sebab saya rasa malas untuk jumpa Dr V since saya rasa badan saya sudah semakin kuat. Lepas tu ada hati nak stopkan ubat sendiri tanpa consult dari doktor.

Dr V: Hi, how are you?..(sekali lagi dia sentiasa bertanya penuh concern)

U.Thana’: Fine, Thank You..I’m feeling much more better..(ayat exaggerate kunun nak bagi dia percaya saya memang dah sihat sepenuhnya)

Dr V: Are you taking the medicine regurlarly?(gaya tanya macam tak percaya saya amek ubat seperti yang disuruh)

U.Thana’: Yes doctor..one in the morning and one at night.

Dr V: Good..try to blow this. If it’s exceed 450, I will stop your medication. Hehehe..(dia gelakkan saya)

U.Thana’: Ok doctor. (sambil cuba menghembus sebanyak tiga kali tetapi tidak berjaya meng’exceed’ seperti yang dipinta Dr V

Dr V: Hehe..have you had your lunch?

U.Thana’: Yes doctor. I ate a lot just now..

Dr V: Doesn’t seem so..hehe..(kene gelak lagi..)

Lepas Dr V periksa saya. Dia kata as for now everything is fine. But I cannot discontinue your medication until I’m fully satisfied. I will just reduce it instead for another 2 months. Siap tambah ubat baru untuk selsema sebab dia tanya saya ada running nose tak, saya cakap kat dia sekarang ada la rasa block sikit, tapi tak mengganggu hidup saya,dia gelak lagi. Bagi orang sentiasa allergic macam saya ini, ubat memang kena sentiasa ada stok dirumah. Kalau tidak satu kerja apa pun susah nak jalan.

Dalam kesibukan dan kepenatan hari-hari yang dilalui. Perkara-perkara di atas berlaku. Hilang semua kekusutan, keletihan dan kepenatan otak. Petang lepas lunch break saya tidak ada kelas, maka saya ambil peluang itu untuk jumpa kedua Dr S.H dan Dr V yang merawat saya. Ummi kata since saya student ni semua perbelanjaan perubatan jumpa doktor pakar dibayar oleh kolej, gunakan peluang ini dengan sebaiknya. Dah balik Malaysia, nak jumpa doktor pakar dah susah. lagi-lagi kalau kerajaan. Private mahal pula tu. Ubat di India pun murah. Sampai ke rumah saya tidak berhenti menahan tergelak. Memikirkan reaksi dan layanan mereka pada saya. They are so concern. How I wish that all the doctors can be like that. Mungkin juga peringatan kepada diri sendiri. Bila dah bekerja nanti, tak boleh nak tunjuk pada patient setiap masalah kita. Kena bijak control emotion dan kena bijak untuk concern pada patient. Even perkara sekecil memanggil patient dengan nama mereka sendiri pun dah boleh menggembirakan hati mereka. Macam saya gembira bila setiap doktor-doktor saya sentiasa panggil saya dengan nama saya. Betul pulak tu sebut. Dahulu masa 1st year, ramai yang salah sebut. Yang panggil saya ‘Binti‘ sahaja pun ada. Mereka ingat itu nama saya since it is put in the middle. Saya terangkan binti itu sama dengan daughter of, bukan nama saya..hihi.Pokok pangkalnya kena ikhlas kenapa kita memilih jalan ini.

Wallahualam

-Ummu Thana’-Mangalore, India

2 Comments leave one →
  1. hazel permalink
    February 25, 2010 8:33 am

    ish. degil *cakap tanpa melihat diri sendri*

  2. rihlatulwujud permalink*
    February 25, 2010 6:14 pm

    haha…mulut masin!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: