Skip to content

Helpless..

March 15, 2010

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas walaupun jalanraya di Mangalore ini sungguhlah berhabuk.

Hari ini hari cuti. Bangun pagi terus pergi BSNL(India punya Telecom) untuk settlekan talian yang terputus dua hari tanpa sebab. Sepanjang ingatan saya yang memanglah tak ada hebat mana, tak ada pula pending payment. Rasanya setiap bulan saya bayar tanpa terlewat pun. Memandangkan BSNL baru je mula billpayment online, mungkin ada masalah pada sistem kut di mana-mana(mula untuk bersangka baik). Sampai di sana, saya tanya apa masalah saya sampai line kena potong, tapi akak tu suruh saya naik tingkat 3 sebab katanya saya ada pending payment bulan oktober 2009. Tahun lepas punya sekarang baru dia nak potong talian saya. Tak apalah, sabar lagi, naik atas, terus call hazimah di rumah minta tolong tengok resit-resit saya mana tahu ada bil yang saya terlepas pandang. Sampai tingkat 3 bahagian account officer, saya tanya dia lagi untuk clarify. Dia cakap benda sama, saya ada pending bill oktober 2009. Yang membuatkan perkara jadi tak logik, bil itu bulan oktober 2009, kenapa selama ini mereka tak pernah letak dalam bil-bil selepas itu suruh saya bayar. Tiba-tiba nak potong line saya tanpa notis. Sekarang dah mac 2010. Jarak oktober dan mac itu amatlah tidak logik untuk mereka timbulkan pending payment saya. Akak tu gaduh juga nak suruh saya bayar. Saya terus balik rumah minta hazimah tolong lagi kumpulkan semua resit-resit bayaran saya dari januari 2009 sampai lah yang latest. Nasib baik masih simpan kesemuanya. Alhamdulillah.

Pergi balik naik oto dah hampir rs100 habis. Sampai sana saya bagi bundle resit saya tunjuk depan akak tuh. Dia tengok rekod satu-satu bil saya. Sampai kepada bulan oktober 2009, memang line ada masalah sikit masa tu sebab saya berpindah rumah dan BSNL mengambil masa hampir 4 bulan untuk transfer line ke alamat baru disebabkan masalah wiring. Masa tu jugak saya dah clarify dengan mereka bahawa mereka tidak boleh charge saya dalam tempoh 4 bulan tu sebab mmg saya tak guna fon apatah lagi internet. Dan mereka dah pun cancel setiap bil saya sepanjang empat bulan itu. Lepas akak tu cek, memang dah termaktub di sistem mereka bayaran saya untuk bulan tersebut telah dicancel. Tiba-tiba dia tengok saya ada caj penggunaan telefon sebanya rs26. Saya dah malas gaduh. Dia kata saya kena bayar jugak sebab saya guna fon sepanjang tempoh 4 bulan yang mereka ambil masa untuk transfer telefon saya. Dalam hati, sepanjang 4 bulan tu, telefon saya memang tak bernyawa. Kami hidup dengan USB Modem Tata Indicom untuk internet. Mana logikanya saya menggunakan telefon sepanjang tempoh itu?. Oleh kerana rs26 sahaja, maka saya bayar. Itu belum ditambah lagi dengan saya menghabiskan masa hampir dua jam di situ untuk settle kerana tiba-tiba ramai pulak orang potong line saya. Saya dah terpacak disitu, tapi mereka buat tak tahu je terus potong line saya. Akak officer tu pun sama sokong mereka potong line saya. Walaupun dah bergenang airmata memikirkan kenapalah mereka ini sampai begini sekali. Akhirnya mengambil jalan diam dan bersabar adalah yang terbaik.

No point in explaining if they don’t want to listen and keep on trying to make you are the one who are at fault. Afterall, its India. What more can you expect.

Sama juga dalam kehidupan di mana-mana. Tak kira di mana Allah campakkan kita, manusia tetap manusia. Ada yang mampu bersabar dengan kehidupan dan ada juga yang pemarah. Ada yang mampu untuk menerima apa sahaja takdir yang telah ditentukan, ada juga yang sentiasa hidup dalam keadaan menyesal dan menyalahkan diri sendiri ataupun takdir yang menyakitkan. Level berbeza-beza. Pokok pangkalnya diri sendiri. Samada kita mahu bersabar ataupun tidak, samada kita mahu menerima ataupun tidak.

Sekarang saya sungguh risau sekiranya tempoh seminggu saya bercuti nanti, saya tidak mampu lagi untuk pulang ke negara ini untuk menghabiskan pengajian. Ya Allah bantulah aku untuk kuat!

Wallahualam

-Ummu Thana’-Mangalore,India

3 Comments leave one →
  1. March 15, 2010 6:01 pm

    aiseh. ini org india butul butul bikin panas. sabar eh sayang. dugaan drpd tuhan tu. em, sket ja lagi nak abeh blaja kan. focus on ur study, lepastu boleh balik malaysia (or balik jordan bersme suami tersyg. hee) oke?! jgn sedeh-sedeh. kita taw awk kuat. senyum senyum. heee🙂

  2. hazel permalink
    March 16, 2010 6:34 pm

    isk isk isk. saya nak suruh tuka etel dah xleh nak pulak..
    jiayo! sama2 kita belajar utk besabar dok sini…
    tade ayat utk mengurangkan tensi ada.. kerana saya pun sama!
    haha.. jum2 study sama2 malam nii

  3. March 18, 2010 2:51 am

    Salam ukhuwwah dari saya Kak Musfirah.

    Semoga ALLAH permudahkan segala urusan akak dan diberi kesabaran yang tinggi untuk meneruskan perjuangan.

    Rabbuna Ma3ak, Ukhti.

    =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: