Skip to content

Present

March 16, 2010

pandangan mata selalu menipu

Bismillahirrahmanirrahim

Gift or gifted?

Apa beza beri dan kurnia selain dari cara mengeja yang berbeza?

Gift/beri dari kita kepada orang lain, gifted/kurnia kita menerima dari yang lain.

Gift/beri kita buat orang gembira, gifted/kurnia kita yang akan gembira.

Gift/beri adalah perbuatan, gifted/kurnia adalah sifat.

Oh saya bukan ingin mengajar bahasa di sini kerana saya bukan pakar bahasa. Saya hanya ingin membanding beza sahaja.

Ada orang dia diberi kelebihan untuk sentiasa mampu memberi kepada yang lain. Ada orang pula diberi kelebihan dengan kurniaan/kelebihan yang mendatangkan manfaat pada orang lain. Dua situasi berbeza di situ. Untuk mendapat kebahagian kepada diri sendiri dan juga orang lain, kita perlu memberi dan menerima.

Mahu dan mampu. Juga dua perkara berbeza.

Want and can?

Ada orang mahu tapi dia tak mampu. Ada orang mampu tapi dia tak mahu. Ada orang mahu dan mampu. Ada orang pula tak mahu dan tak mampu. Yang paling tak best adalah bila dia tak mahu dan tak mampu lah kan. Dalam kehidupan,kemahuan dan kemampuan sama pentingnya. Segalanya bermula dengan kemahuan dan dilaksanakan dengan kemampuan.

Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, ‘Sungguh, aku termasuk orang-orang muslim(berserah diri)?’ [41:33]

Gift..gifted..want..can..perkataan yang perlu sentiasa ada dalam kamus seorang daie. InsyaAllah. Peringatan untuk diri sendiri juga.

Wallahualam

-Ummu Thana’-Mangalore,India

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: