Skip to content

Sesuatu..

April 11, 2010

Bismillahirrahmanirrahim

Lama sungguh tak menulis sesuatu di sini. Lama ke? Alhamdulillah, saya masih bernyawa. Keadaan India masih lagi panas. Sekarang tengah musim summer. Peak kepanasan adalah bulan April ini. Maka kena bersabar walaupun dalam sehari lebih dari 10 kali blackout. Sabar lagi setiap kali buka laptop akan terpadam kerana blackout sebab bateri laptop dah rosak lama. Tersekat dalam lif bila blackout perkara biasa sampai dah tak mampu nak panic lagi. Almaklumlah, blackout perkara biasa. Sabar dan senyum.=). Ubat segalanya.

Sempena hari ulangtahun kelahiran saya yang lepas, sahabat baik saya telah menghadiahkan sebuah buku yang sangat bermakna. Buku karangan Isham bin Muhammad Asy-syarif bertajuk Be A Great Wife. Bukunya baru 80% saya baca tapi saya sudah rasakan isinya amat sarat untuk dilaksanakan. Disebabkan itu, untuk membaca seterusnya memerlukan masa sedikit. Penyampaian buku yang ringkas,mudah difahami tapi padat. Buku yang mengandungi tatacara bagaimana untuk menjadi isteri solehah bukan dari sudut pandangan mata kita yang kasar, tapi dari segi Islamnya. Dan pada hemah saya, sekiranya bukan akhawat, bukan mereka yang biasa ikut program tarbiyyah, makcik-makcik kat kampung, perempuan yang melihat syurga dunia lebih dari syurga akhirat ataupun Sisters In Islam baca, sudah pasti disumpah seranahnya buku ini kerana katanya menindas hak asasi wanita. Hak asasi yang direka manusia, bukannya datang dari Allah swt. Sedangkan Allah swt yang mencipta wanita itu Maha Mengetahui tahap kemampuan kita sebagai wanita yang bergelar isteri. Berbeza bagi mereka yang sentiasa berusaha untuk mencari keredaan Allah swt, buku ini mampu dijadikan azimat dan wang bagi menempah tiket ke syurga Allah swt.

Berbeza bila kita baca buku persediaan sebelum melangkah ke alam pernikahan dan bila kita baca balik buku tersebut bila sedang melalui alam pernikahan. Sebab itu orang kata sebelum nikah lain dengan bila dah nikah. Keindahan yang dirasakan itu memang cukup berbeza dengan indahnya perasaan sebelum bernikah. Indah rasa sebelum bernikah banyak diselitkan dengan kata-kata syaitan. Tetapi selepas bernikah, keindahan yang dirasakan menjadi bahan cemburuan syaitan. Pasangan dakwah juga tak terkecuali kerana kita juga manusia, bukannya malaikat.

20 ciri-ciri diberikan penulis dalam buku tersebut umpama Usul 20 Imam Al-Banna untuk kefahaman Islam. Baru baca ciri ke 13 dah rasa mampukah aku untuk sampai ke syurga Allah swt. Beratnya rasa tanggungjawab dan amanah yang diberikan Allah swt ini. Untuk berlari menuju ke syurga mungkin satu perkara yang mustahil, cuma apa yang saya harapkan biarpun terpaksa merangkak dengan macam-macam cubaan dan halangan, moga syurga Allah swt itu mampu saya raih. Terima kasih untuk Abu Thana’ yang sentiasa bersabar dan sentiasa memberi nasihat pada diri yang byk kelemahan ini.

Bukan mudah juga untuk melakukan praktikal bila kita tahu teori. Melakukan tak semudah bila kita bercakap atau menulis. Sebab itu bila kita nak bercakap/menulis sesuatu, kena pastikan kita telah berusaha melakukan perkara tersebut. Malahan ianya boleh menjadi satu motivasi supaya kita selalu berusaha meningkatkan diri sendiri sebelum kita berkata/menulis sesuatu. Moga hari ini lebih baik dari semalam dan moga hari esok lebih baik dari hari ini.

Semalam saya banyak menjelajah ke blog-blog akhawat yang sudah mendirikan rumahtangga. Akhawat dalam lingkungan umur saya. Yang sudah mempunyai anak seorang dua sehinggalah kepada akhawat yang baru sahaja beberapa bulan mendirikan bait muslim. Kekuatan memang berbeza selepas kita bernikah. Kadang-kadang bila kita rasa lemah untuk melakukan sesuatu, fikir sahaja tentang suami, perkara jadi mudah dan nampak jalannya. Alhamdulillah. Provided suami kita itu satu hala tujunya dengan kita. Kalau suami isteri berlainan hala tuju, jalan yang terang jelas dan nyata di depan mata pun susah untuk kita lihat.

Sesungguhnya perjalanan hidup dan dakwah ini masih panjang. Panjang-panjang pun, kita tetap tidak pasti sampai bila Allah berikan keizinan untuk kita terus bernafas. Moga setiap detik hidup ini ada nilai disisi Allah swt. Semalam saya cuba utarakan soal masalah sosial di Malaysia yang sedang melanda kepada adik-adik sayang. Mencuba untuk mengajak mereka berfikir, cara terbaik untuk kita sama-sama membantu menyelesaikan masalah. Dan Alhamdulillah, mereka faham dan masing-masing bersemangat untuk mengambil bahagian mengikut kemampuan. Saya nyatakan sekali kerisauan untuk pulang ke Malaysia dalam keadaan tidak bersedia untuk mengharungi bi’ah(suasana) Malaysia. Baru-baru ini ketika pulang sebentar pun dah terasa Culture Shocknya bila mendarat sahaja di KLIA. Melihat orang-orang kiri kanan yang sama agama tapi mereka terlampau sibuk sehingga seolah-olah tidak nampak lagi orang kiri kanan mereka. Berbeza dengan kita di luar negara, paling lemah pun kita mampu tersenyum kepada orang yang sama agama dengan kita apatah lagi kepada mereka yang satu negara dengan kita kerana di luar negara populasi kita sedikit dan budaya tersenyum dan bertegur sapa dah menjadi kebiasaan. Balik Malaysia, nak senyum kat akak jual nasik lemak pun dipandang serong, betul ke tak betul minah ni senyum2 kat aku? Benda simple macam ini pun, kalau kita tak cukup kuat dah mampu buatkan diri jadi futur dalam dakwah. Moga kita tidak digolongkan dalam golongan ini.

Membaca dan menilai isu buang bayi di Malaysia yang seolah-olah tumbuh bagaikan cendawan, biarpun mungkin ada yang berkata itu hanya spekulasi media yang tiba-tiba mahu menaikkan isu ini sedangkan kes buang bayi memang dah lama berlaku cuma ‘disorokkan’, namun ianya tetap mendatangkan kerisauan. Terbaru saya membaca artikel hari ini yang dikeluarkan Harian Metro Online dan  artikel Dr Zainurrashid yang dikeluarkan beberapa hari sebelum, berkaitan isu ini. Alangkah indahnya bila masyarakat nampak apa yang kita nampak dan alangkah indahnya jika generasi muda kita melahirkan ramai anak-anak yang mampu mengubah ‘suasana’ ini menjadi suasana yang lebih baik.

Wallahualam

-Ummu Thana’- Mangalore, India

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: