Skip to content

Nanti cepat tua..

May 26, 2010

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah

Jangan marah-marah, nanti cepat tua~..orang tua-tua selalu cakap. Dengar je, kalau orang yang pentingkan awet muda, terus tak jadi nak marah. Sejuk sikit.

Saya memang sangat admire mereka yang sentiasa mampu untuk berfikiran positif dalam apa jua keadaan. Saya ulang kenyataan, sentiasa berfikiran positif. Bukan sekejap-sekejap, bukan 60%,70%,80%, tetapi hampir 100%. Setakat ini, hanya segelintir manusia yang saya jumpa atau pernah kenal, yang mampu bertindak sedemikian bila ada sahaja badai yang melanda. And obviuosly I’m out of that click. Saya kadang-kadang sahaja mampu berfikiran positif. Kadang-kadang negatif. Samada seimbang atau tidak, itu tidak dapat dikenalpasti.

Berfikir secara positif bukanlah bermaksud umpama kita ini terlampau lemah sampaikan sanggup biar orang pijak kepala kita. Tidak. Tetapi berfikiran positif adalah bilamana datang sahaja satu-satu masalah, terus usaha cari jalan penyelesaian dengan tenang tanpa marah-marah atau mengamuk tak tentu pasal. And I know, as a human being, memang susah untuk sentiasa positif dalam hidup. Lebih-lebih lagi bila yang buat hal adalah mereka yang seringkali buat hal dengan kita. Dah tak mampu nak positif lagi dah. Penat.

But I do not really like people who always think negative about others without even knowing his/her own mistakes. Hazimah kata memang ada manusia macam ini dalam dunia ini. Mereka buat macam itu sebab benda tu dah jadi subconscious mind(ini budak MBBS cakap, saya tak belajar). Jadi, bila kita tegur memang umpama masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. If it happens once in a while, still tolerable. But not too much. Saya tahu saya ini bukan siapa-siapa untuk meng-judge siapa-siapa kerana saya pun siapa-siapa kan. Let bygones be bygones. Well said. And not worth it if you keep on thinking about it. Tak membina otak dan minda.

Seperti apa yang kami belajar pengisian yang lepas, Al-Hilmi. Even Rasulullah saw sendiri, bila diminta untuk mendoakan kebinasaan kepada orang-orang musyrik dan laknatkan mereka, apa Rasulullah saw jawab?

Nabi saw Bersabda; Sebenar-benarnya saya diutus untuk menjadi rahmat, bukan untuk melaknat.

Berfikiran positif lah tuh yang Nabi ajar pada kita. Walau apa jua keadaan, bukan sampai kepada tahap mencaci-maki atau bergaduh-gaduhan. Laksanakan apa yang patut dilaksanakan secara rasional. Jadilah seorang yang pemaaf. Orang yang selalu memohon maaf dan sentiasa memaafkan. Ikut juga keadaan. Umi kata kalau terlampau banyak meminta maaf  dalam keadaan kita tak pasti kita salah ke tidak, nanti orang fikir kita lemah sangat dan memang kita banyak salah sedangkan kita tak salah pun sambil orang itu tidak sedar kesalahan dia dan seronok memijak kepala kita.

Sebenarnya bila kita usaha untuk tahu apa kebaikan yang kita mampu dapat dengan sentiasa tenang dan berfikiran positif ini, kita akan sentiasa dapat usaha;

1. Mendisiplinkan diri dan menilai sejauh mana kita mampu menahan kemarahan.[ Aali-Imran:133-134]

2. Menjadi penyebab kepada ketundukan musuh. [Fusshilat:34-35]

3. Menunjukkan petanda wujud keupayaan yang terpuji pada manusia.

[Hadith dari Ibnu Mas’ud r.anhuma,Nabi saw bersabda; Pada kamu, apakah maksud pemenang pertarungan?Orang yang tidak mampu dikalahkan oleh orang lain, jawab mereka. Nabi saw bersabda; Pemenang pertarungan yang sebenarnya ialah orang yang mampu menguasai dirinya ketika marah. -Riwayat Muslim]

4. Melindungi diri daripada melaknat diri sendiri.

[Nabi saw bersabda; Sesiapa yang melaknat sesuatu yang tidak layak dilaknat, laknat itu akan kembali menimpa dirinya.- Riwayat At-Tirmizi]

5. Menunjukkan betapa dalamnya Iman sendiri.

[Nabi saw bersabda; Bukanlah seorang mukmin yang suka mencela, suka melaknat, mulut kotor dan celupar- Riwayat At-Tirmizi]

Muhasabah..muhasabah..muhasabahlah wahai diri ini!..

It is so true kalau nak refleksi diri, tengok apa kita buat bila tengah bengang atau marah. Kalau kita mampu diam dan menahan diri, which in other word bersabar, maka Alhamdulillah, level Iman kita ketika itu mungkin sedang meningkat naik. Namun jika ringan sahaja mulut mengeluarkan kata-kata yang tidak elok, atau lebih tak best siap menzahirkan dengan perbuatan, mungkin Iman tatkala itu lebih nipis dari kulit bawang. Tak tahulah nipis macam mana lagi. Kalau boleh bayang kita nak buat ujikaji sains dulu nak tarik sehelai kulit bawang bukan main susah supaya tak koyak dan boleh nampak sel-sel dalam bawang tu.

Anyway, Just a sharing untuk mereka yang mahu berfikir~

Wallahualam

-Ummu Thana’-Mangalore, India.

5 Comments leave one →
  1. hazel permalink
    May 26, 2010 8:21 pm

    tiada siapa yg sempurna, maka tiada siapa yg boleh jadi positive 100%
    tetapi! kita patut berusaha kearah kesempurnaan..~
    meh kita sama2 ingat2kan dan nasihat sesama sendri🙂
    love ya~

  2. rihlatulwujud permalink*
    May 26, 2010 8:33 pm

    baikkk..^_^

  3. May 27, 2010 11:46 am

    tapi kan kak mus, kalau kite menahan marah dengan membelasah bantal ke (contoh) tuh kire bersabar jugak ke tak?

  4. rihlatulwujud permalink*
    May 27, 2010 1:02 pm

    byk cara skrg org nk xpresikan marah cth mcm tumbuk dingding,menangis puas2,baling brg2,jerit kuat2. Bagi akak nak buat benda2 tu,xde masalah asalkan tidak memudaratkan diri dan org lain disekeliling kita sebelum,semasa dan selepas kejadian. Yela,cuba bygkn kalau tgh marah, nak tahan sabar pastu kita tumbuk2 bantal tu sampai pecah. habis hancur. pastu kena beli baru. kan dah membazir duit namanya.hehe. rugi je utk diri sniri. Kadang-kadang juga kita rasa itu jelah best solution untuk kita sabar, tapi sebenarnya kita tak tahu, mungkin juga kalau kita buat cara lebih baik, kita tetap mampu untuk bersabar.

    Cara terbaik utk tahan marah;
    1.diam+amik wudu’
    2.duduk
    3.kalau xle sabar jgk dgn duduk, baring
    4.kalau xle sabar gak ngn baring, tidur
    5.kalau xle sabar gak, solat sunat lps tu mengadu sepuas-puasnya pada Allah.
    6.byk zikir dan bc quran

    InsyaAllah boleh sabar..^_^..

  5. kak awin permalink
    May 28, 2010 12:55 pm

    tgk alam pun dpt menenangkan hati😉 sbb bile tgk alam akan rasa takjub dgn kehebatan sang Pencipta

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: