Skip to content

Peka dan jujur..

June 3, 2010

Bismillahirrahmanirrahim..

Sedikit terlewat mencoret sesuatu di sini..di dalam kekalutan dan kesibukan menghabiskan hari-hari akhir final year..

Menghembus nafas lega dan penat selepas merawat patient di klinik. Terasa mahu melihat handphone di dalam beg. Walau lazimnya semasa posting adalah masa larangan untuk melihat dan memegang hanphone, tapi gerak hati mahu mencuri-curi juga..

1 new msg from adik syg..telahan hati pasti berkaitan peperiksaan atau perjumpaan mingguan yang kami adakan.

“mohon doakan yang terbaik buat saudara-saudara kita,setakat ini 2 syahid dan 30 yang lain cedera diserang tentera Israel Laknatullah di perairan antarabangsa untuk misi kemanan LL4G,solat hajat dan doakan yang lain selamat”..lebih kurang mesej berbunyi.

Terduduk, terpana di situ. Terkebil-kebil seketika menghadam kekejaman dan kezaliman Israel melayan manusia yang ingin berbuat baik sebegitu rupa. Di mana letaknya akal fikiran mereka??..Bergenang air mata menahan kemarahan. Mencari satu sudut untuk duduk dan bertenang. Dalam hati tidak henti-henti berdoa semoga Allah terus melaknat Zionis dan tentera-tentera mereka dan semoga Allah menyelamatkan saudara-saudaraku yang lain. Beristighfar sambil mencari rasional disebalik kelakuan keji Zionis kepada manusia yang tidak berdosa.

Pulang dari kelas terus meluru membaca berita terkini. Kekejaman yang Zionis lakukan kini pada LL4G sudah amat melampau. Alasan yang diberikan sungguh tidak logik. Betapa takutnya mereka pada pertolongan-pertolongan luar yang datang membantu palestin. Diselitkan juga berita Gaza terus diserang despite segala perjanjian keamanan yang termeterai, lapangan terbang antarabangsa mereka yang sudah sangat daif seperti tidak kelihatan langsung lapangan terbang terus dibom buat kali kedua menyakitkan hati ini yang membaca. Kenapa jahat sangat mereka ini??Penipuan-penipuan yang wujud, kejahatan-kejahatan yang terserlah sangat-sangat menyedihkan.

Kadang-kadang kita lupa. Dalam kesibukan seharian, kita terleka seketika akan nasib saudara-saudara kita di sana. Meletakkan diri di zon selesa dengan segala-galanya ada dikiri-kanan menambahkan kelekaan. Baru terasa hikmahnya Allah nyatakan bahawa kesenangan itu juga ujian. Kehidupan sebagai seorang pelajar yang sibuk dengan tugasan-tugasan yang pelbagai, ditambah lagi dengan exam yang menjengah hampir setiap bulan, keperluan menyediakan diri sebaiknya setiap kali sebelum pergi posting setiap hari demi menghadapai soalan-soalan dari lecturer menyebabkan kita lupa, kita leka dengan apa yang menimpa saudara-saudara kita di sana. Mereka juga membutuhkan doa kita yang bukan sedikit. Sumbangan kita yang bukan calang-calang dan juga perhatian dari orang-orang yang mereka anggap saudara seagama.

Pengajaran yang terkandung dari Allah tentang saudara-saudara kita di Palestin dan juga Zionis bukan sedikit. Malahan kita patut bersyukur Allah takdirkan ada golongan manusia seperti mereka diwujudkan di atas muka bumi ini. Sebagai renungan yang bermakna buat kita. Contohi apa yang patut dan buang apa yang patut. Satu yang sangat berpegang teguh dengan agama Allah, berjuang berhabis-habisan dengan semangat perjuangan seperti para sahabat mengalir dalam darah dan jiwa mereka, satu lagi amat berpegang teguh untuk menjatuhkan Islam. Perkongsian seketika dengan sahabat saya semasa saya tumpang lunch break berehat dirumahnya mengajak kami untuk refleksi kembali ayat-ayat Allah dari surah Al-Isra’ 1-16. Kembali membasahkan hati yang leka seketika dengan kenyataan dan hakikat yang berlaku supaya diri tidak goyah dengan keadaan. Supaya dapat terus yakin bahawa janji-janji Allah itu benar. Bahawa ayat-ayat Allah itu benar, bahawa apa yang berlaku itu benar. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersembunyi.

“Barangsiapa berbuat sesuai dengan petunjuk (Allah), maka sesungguhnya itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri; barangsiapa tersesat maka sesungguhnya (kerugian) itu bagi dirinya sendiri. Dan seseorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, tetapi kami tidak akan menyiksa sebelum Kami mengutus seorang Rasul. [Ayat 15 surah Al-Isra’]

Jujur pada diri sendiri di hadapan Allah. Andai katapun kita tidak mampu jujur sesama manusia, tapi dengan diri sendiri tidak begitu. Buat apa sahaja yang kita rasakan baik untuk diri kita asalkan semua itu tidak terkeluar dari garis panduan yang Allah berikan. Bila berlaku derita, fikirkan mereka yang lebih menderita dari kita iaitu saudara-saudara kita di sana, bila terlampau senang, fikirkan mereka yang tidak mampu untuk merasa apa yang kita rasakan supaya kita mampu untuk bersederhana.

Semoga semangat perjuangan terus mengalir dalam darah dan jiwa-jiwa kita. Semoga kita tidak terus leka dengan dunia yang dikejar-kejar. Semoga hati terus kekal usaha untuk tsabat di jalanNya. Amin ya rabbal ‘alamin.

p/s: Semoga semua perasaan marak menyala-nyala untuk Palestin tidak hangat-hangat tahi ayam. Semarak bila berlaku kes sebegini dan terpadam bila lenyapnya kes di telan masa..

-Ummu Thana’-Mangalore,India

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: