Skip to content

Bercerita tentang alasan

August 3, 2010

Bismillahirrahmanirrahim

Hampir sebulan setengah blog ini tidak berupdate. Alhamdulillah, saya sudah selamat menjadi seorang dentist. Selepas ini alam pekerjaan pula akan ditempuhi. Untuk itu, preparation minda dan fizikal sangat perlu. Supaya diri tidak tersungkur di tengah jalan. Orang kata alam bekerja lagi ‘memeras’ minda dan tenaga dari zaman kita belajar. InsyaAllah semua akan jadi mudah bila kita yakin dengan apa yang kita lakukan demi mencari keredhaan Allah.

Alhamdulillah juga sudah hampir dua minggu saya berada di sisi suami di Jordan. Tempoh yang membahagiakan ibarat baru semalam mendirikan rumahtangga. InsyaAllah kalau ada pun masa kami perlu berjauhan selepas ini, moga ianya kerana urusan dakwah dan tarbiyyah. Tidak lebih atau kurang dari itu.

Bercerita tentang alasan. Manusia memang suka memberikan alasan. Tidak kira dalam apa sekalipun perkara. Alasan sudah pastilah untuk tidak melakukan perkara itu, atau untuk membolehkan apa yang tidak boleh, ataupun sebaliknya. Berilhamkan cerita ‘Yes Man’ yang saya pernah tonton. Kadang-kadang kita boleh ambil ibrah dari cerita-cerita sebegini. Apa yang baik kita serapkan dalam jiwa, apa yang buruk kita tolak jauh-jauh. Dalam cerita itu dikisahkan tentang seorang lelaki yang sentiasa beralasan dengan diri sendiri. Sentiasa merasa diri lemah, tidak berguna, tidak produktif, tidak terkedepan,bekerja dalam company sama sudah lama tapi tidak pernah naik pangkat sehinggalah dia pergi ke satu ceramah motivasi dimana penceramah itu mencabar diri beliau untuk menyatakan ‘yes’ pada semua perkara tanpa beralasan. Dia menyahut cabaran itu sehinggalah datang  segala kebaikan dan kelebihan kepada diri dia dan diselitkan sedikit konflik-konflik yang berlaku kerana dia terlampau pula menurut apa orang lain suruh.

Apa yang boleh disimpulkan di sini, dalam kehidupan kita sehari-harian sebagai hamba Allah, ada perkara yang kita tak boleh untuk beralasan dan perlu melaksanakannya dengan patuh dan taat. Dan ada perkara yang kita dibenarkan untuk ‘beralasan’ supaya tidak menjadi fitnah kepada diri sendiri dan agama.

Sebagai contoh, dalam urusan melaksanakan perkara-perkara wajib. Kita semua tahu ini tiada kompromi. Tidak sepatutnya datang alasan seperti

‘belum sampai seru’,

‘saya jahat tak baik macam awak’,

‘buat baik pun belum tentu masuk syurga’,

‘nanti dah tua bertaubatlah’,

‘buang masa’

‘banyak lagi harta saya nak kejar’

‘mereka tidak pernah merasa mewah dan kaya-raya, sebab itu tak faham kenapa kita perlu bekerja keras untuk kemewahan’

‘orang sekarang memandang kerjaya, pangkat dan kedudukan, mana ada orang pandang ustaz ustazah ni..’

dan banyak lagi alasan-alasan yang diberikan manusia untuk menolak perintah Allah swt. Namun Allah juga ada jawapan kepada mereka yang suka beralasan ini;

At-Taubah 9:24

Say: If your fathers, your sons, your brothers, your wives, your kindred, the wealth that you have gained, the commerce in which you fear a decline, and the dwellings in which you delight … are dearer to you than Allah and His Messenger, and striving hard and fighting in His Cause , then wait until Allah brings about His Decision (torment). And Allah guides not the people who are Al-Fasiqun (the rebellious, disobedient to Allah).

Itu contoh dalam perkara wajib yang khusus. Masuk pula perkara umum seperti belajar, makan, minum, tidur, etc. Ramai manusia yang beralasan untuk melaksanakannya dengan berlebih-lebihan atau pun kurang. Contoh yang paling dekat tidur. Alasan untuk tidur banyak, mata mengantuk, badan letih kerja seharian, sedangkan  boleh sahaja tidur seketika sekadar untuk menghilangkan lelah. Ataupun bila belajar, sebenarnya malas, tapi beralasan kepala sudah pening, badan tak mampu nak bertahan, nak rehatkan otak kejap, sibuk dengan urusan-urusan lain, etc.

Paling terkesan dalam urusan dakwah. Bagi memastikan umat yang ada ini tidak terus jauh ketinggalan, mereka yang  dipertanggungjawabkan sepatutnya tidak lemah ditengah jalan.  Tidak sepatutnya datang alasan yang pelbagai untuk membantutkan urusan dakwah kita sehari-harian kerana dikhuatiri kemungkinan futur bila terlampau banyak beralasan dalan berdakwah. Orang yang hatinya dekat dengan Allah, sentiasa merasakan tiada yang mustahil dalam dunia ini kerana tiada apa yang mustahil bagi Allah swt.

Alangkah indahnya bilamana manusia semua menurut perintah Allah swt tanpa perlu banyak beralasan. Allah suruh buat macam ini ikut, Allah suruh tinggalkan perkara ini ikut. Antara beralasan dan banyak bertanya saya rasakan banyak bertanya lebih baik kerana bila banyak bertanya di situ ada peluang untuk membuatkan mereka berfikir sejenak dengan jawapan yang diberikan. Tapi bila manusia beralasan, makanya dalam kepala telah di’set’kan untuk menyatakan ‘tidak’, maka susah untuk mengubahnya.

Ramadhan sudah semakin hampir. Mengikut kiraan ada lagi seminggu. Marilah sama-sama kita berusaha setkan minda lebih awal untuk menjadikan ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya tanpa banyak alasan!.Rebut peluang yang hanya datang setahun sekali ini kerana kita tidak pasti adakah kita layak untuk menjadi tetamu ramadhan untuk tahun akan datang.

p/s: malu bertanya sesat jalan~

Wallahualam

-Ummu Thana’-Irbid, Jordan

5 Comments leave one →
  1. hazel permalink
    August 3, 2010 1:01 pm

    mmg manusia suka beralasan…
    hendak seribu daya, xnak seribu dalih🙂

  2. August 4, 2010 12:43 am

    alhamdulillah, tahniah Dr Musfirah! (^_^)
    Semoga ramadan kali ini lebih baik & diberkati, insya Allah.
    Ramadan Kareem~

  3. August 12, 2010 2:59 pm

    Salam Doc,

    Erm, ttg DERMA PALESTIN tu saya rasa better link terus dengan web site AMAN PALESTIN kerana yang blogspot yg Doc link tu macam tak detail. Ini bagi mengelakkan penipuan….wallahualam…

    Fyi, aman dah tukar web site http://www.amanpalestin.net/

    p/s: jemput visit my kek blog dan http://www.hnr318.blogspot.com

    Salam,

  4. nurul permalink
    August 22, 2010 7:03 pm

    Salam akak.seronok baca blog akak.insyaAllah sy akan yenepoya utk dentistry.tahniah akak dh berjaya mnjadi seorg dentist =) klau free,akak story la sket tips sy ke sana..hehe..selamat berpuasa =)

  5. maryam permalink
    October 20, 2010 4:53 am

    salam wbt nti, lama tak dengar khabar,
    dah balik malaysia atau masih di sana/ sdg di jordan?
    moga diberkati Allah selalu =))

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: