Skip to content

Ikhlas

October 20, 2010

Bismillahirrahmanirrahim.

Maka nikmat Tuhammu yang manakah yang kamu dustakan? [Ar-Rahman 55:13]

Sangat lama blog ini tidak bersentuh. Sejak sampai di sini sehinggalah Alhamdulillah kami selamat melalui fasa Ramadhan dan Syawal bersama sepenuhnya buat pertama kali sejak bergelar suami-isteri. Nikmat yang tidak ternilai. Andai perasaan seronok/bahagia ini digunakan untuk dihadapkan dihadapan Allah, moga  perasaan malu itu melebihi semuanya kerana mengingatkan lebih banyak lagi nikmat Allah yang telah dikurniakan kepada kami. Semoga hati-hati kami tidak dicemari dengan perasaan yang tidak baik dan lalai dari mengingati Allah swt. Moga ikatan kasih-sayang ini kekal hingga kesyurga Allah swt.

Perlbagai perkara telah berlaku sepanjang lebih 3 bulan saya di Irbid,Jordan ini. Apa perasaan duduk di sini? Secara peribadi, saya amat sukakn suasana yang ada di sini. Segalanya masih terjaga. Melihat kebanyakan pelajar perempuan melayu bertudung litup, melihat suasana bantu-membantu antara satu sama lain. Lelaki dan perempuan kebanyakannya masih terpelihara ikhtilat mereka(setakat yang saya lihat mungkin), dan macam-macam lagi. Satu suasana yang  kurang saya rasakan di India. Betullah bila dikatakan suasana mampu mempengaruhi manusia. Saya sendiri berpeluang mengasah ketumpulan bahasa arab yang dah lama berkarat dalam kepala kerana tidak digunakan. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Namun disepanjang perjalanan hidup ini, disetiap langkah-langkah saya yang digunakan membawa nama sebagai hamba Allah, anak kepada kedua ibubapa, menantu kepada mertua, isteri kepada sang suami, bukan senang rupanya untuk menerapkan perasaan ikhlas dalam diri. Saya tidak sehebat Asma’ binti Abu Bakar ketika saratnya mengandung membantu membawa bekalan makanan kepada Nabi saw dan bapa beliau sendiri sambil mengikat dua tali pinggang berat dengan makanan semasa hijrah baginda. Bagaimana Asma tegar melakukan pengorbanan dengan begitu sekali tanpa sedikit pun cubaan untuk merungut? Ikhlas kerana Allah jawapannya. Sedangkan diri sendiri yang belum ditakdirkan Allah untuk merasai pengalaman mengandung pun mudah melatah bila melakukan kerja-kerja berat.

Kita terkadang selalu merungut dengan kesusahan yang bertamu dihadapan mata. Tanpa sedar dan tanpa niat, diri mengeluarkan kata-kata yang melukakan hati si pendengar. Dosa terganda dua. Satu sebab merungut, satu sebab melukakan hati org. Dalam sedar tak sedar Allah sentiasa memerhati gerak langkah kita. Hatta perkara semudah mengangkat kain di jemuran itupun kalau ada ketika syaitan mencucuk jarum, pahala mengangkat kain itu hilang begitu sahaja. Ibarat debu-debu pasir yang berterbangan di pantai. Nak dicekup tak dapat.

Bila Nabi saw mengeluarkan kata-kata “jika engkau mahu melihat seorang hamba Allah yang telah  sempurna menunaikan janji-janjiNya kepada Allah swt(syahid), tapi masih berjalan di atas muka bumi Allah ini, maka lihatlah kepada Talhah bin Ubaidillah“. Cemburu menguasai diri. Kerana Ikhlasnya  bekerja untuk Islam yang ada dalam diri Talhah menyebabkan Rasulullah saw sampai mengeluarkan kata-kata sebegitu dengan Ilham dari Allah swt. Hebatnya tahap keikhlasan sahabat dan sahabiah. Untuk diri sendiri, terasa satu cabaran sukar untuk mencapai tahap Talhah bin Ubaidaillah.

Alangkah dengan insan sehebat panglima Abdullah bin Rawahah sendiri dalam perang Mu’tah bilamana timbul sekelumit perasaan ragu-ragu untuk beliau mengambil alih panji Islam setelah syahidnya panglima Jaafar, telah dikurangkan sedikit darjatnya di syurga Allah, apatah lagi kita yang belum tentu mampu meraih syurga Allah swt. Ikhlas para sahabat menentukan kedudukan mereka di syurga. Ikhlas kita?..tepuk dada tanya Iman..

Tugas seharian banyak menuntut keikhlasan. Belajar, bekerja, mengemas, dan macam-macam lagi. Belajar kalau tak ikhlas maka ilmu yang kita dapat setakat itu sahaja. Tidak menjadi jambatan ke syurga. Bekerja kalau tak ikhlas, penat dan letih sahaja yang kita dapat, tetapi tak menjadikan kita hamba mulia disisi Allah swt. Suri rumah kalau asik nak merungut bila buat kerja rumah, pahalanya tersekat ditengah jalan tak sampai. He He. Malah bila kita berAMAL untuk Islam andai kata kita mengharapkan ganjaran, nama, pujian dari manusia, maka setakat itu sahaja pencapaian kita. Sia-sia penat lelah selama ini. Macam mana cara untuk ikhlas? Ingat Allah dan jangan merungut/mengeluh. mudah sahaja. =). Kerana bila kita merungut dan mengeluh, syaitan mudah cucuk jarum untuk memesongkan setiap anak adam. Naudzubillahiminzalik

Moga Allah pelihara setiap hati-hati kita agar mampu mencapai keikhlasan..

Cukup setakat ini perkongsian pendek saya. Moga berjumpa lagi. Doakan kesejahteraan saudara kita di Palestin dan seluruh dunia!

Wallahualam.

-Ummu Thana’-Irbid, Jordan

 

One Comment leave one →
  1. December 15, 2010 6:23 pm

    slm..
    kak mus,
    blog akk yg psl resepi tu ap ek link nye? :))

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: