Skip to content

Coretan

January 2, 2011

Bismillahirrahmanirrahim

I need to be serious with this blog. So that visitors can actually learn something and not feel disappointed.

Isu kali ini kurang ilmiah.

Sekarang tengah musim exam di sini(Jordan). Bila semua orang sibuk buka buku study, tiba-tiba rindu pada suasana saya exam dulu. Agak lama juga tinggal buku-buku pelajaran sejak jadi housewife ini. Lama tak rasa kalut nak exam. Lama tak rasa sibuk buka buku. Lama tak rasa stress banyak benda nak kena cover. Hu Hu

Rindu nak rasa sepenuh tawakkal pada Allah. Kadang-kadang kita lupa, bahawa tawakkal kita datang bila kita tengah rasa sesak sahaja. Bila keadaan tenang, sangat susah nak tawakkal pada Allah. Sedangkan dalam kehidupan kita ini selamanya memang perlu tawakkal. Hakikatnya tiada apa pun yang dalam gengaman tangan kita. Tiada apa yang mampu kita kawal atau kita boleh kata dengan yakin, I’m controlling it!. Betapa tak berupaya nya kita sebagai manusia.

Berulang kali mengingatkan diri sendiri, supaya tidak terus leka dengan kehidupan.

Beberapa hari lepas saya ‘ala-ala merungut’ pada Abu Thana’  tentang kesedihan situasi yang sedang melanda anak-anak buah saya. Abu Thana’ gives me soothing words supaya bersabar. Jangan risau soal ‘itu’. Serah pada Allah, yang penting buat kerja kita. Fikir banyak-banyak pun, akhirnya kerja banyak tergendala. Abu Thana’ mengingatkan, kerja kita bukan terhenti setakat mengumpul, tapi kita mahu membina peribadi mereka yang dikumpul itu. Dan tugas itu bukan mudah. Sedangkan diri sendiri pun harus terbina dan membina. Selebihnya, tawakkal pada Allah swt. Allah tak melihat pada hasil, tapi Allah lihat pada usaha. Usaha yang memberatkan timbangan. Usaha yang membawa rahmat. Usaha yang mendatangkan pahala. Bukannya hasil. Maka kenapa harus kita menggelabah?

*mode geram bertukar tenang*

Wallahualam

-Ummu Thana’-Irbid, Jordan

 

2 Comments leave one →
  1. January 2, 2011 11:46 pm

    tenang selalu akak. usaha yang bukan sia-sia, akan dipandang, dikira dan dihitung olehNYA. semoga dipermudahkan semuanya, inshaALLAH. =)

  2. January 3, 2011 2:41 am

    (#_O)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: