Skip to content

Buka mata, akal dan hati

January 10, 2011

Bismillahirrahmanirrahim

مَنْ لَمْ يَهْتَمَّ بِأَمْرِ الْمُسْلِمِيْنَ فَلَيْسَ مِنْهُمٌ وَمَنْ اَصْبَحَ وَهَمُّهُ غَيْرَ اللهِ فَلَيْسَ مِنَ الله.
( رواه الطبراني

Maksudnya : “Sesiapa yang tidak mengambil berat di atas urusan orang muslimin maka bukanlah dia dari kalangan mereka. Dan sesiapa yang pada pagi hari mengutamakan perkara selain daripada agama Allah maka bukanlah dia daripada golongan orang yang diredhai Allah”.

Kita akan sentiasa sibuk. Tiada manusia di atas muka bumi ini yang bermatlamat dan beragenda dalam hidupnya yang akan mengaku bahawa diri mereka tidak sibuk. Namun sejauh mana kita mampu menyalurkan himpitan kesibukan itu dengan sebaiknya?.Adakah kesibukan kita sibuk yang beragenda atau sekadar sibuk untuk mengisi masa lapang?. Seorang anak akan sibuk belajar, taat pada ibubapa. Seorang suami sibuk bekerja. Seorang isteri sibuk mengurus rumah tangga. Seorang ibu sibuk melayan karenah anak-anak, hatta seorang pengemis yang berwawasan sibuk mengemis di jalanan.

Rugi amatlah jika kita jadikan sibuk sebagai satu alasan untuk tidak melihat kepada sekeliling, untuk tidak berfikir di luar kotak,untuk tidak membuka mata, hati dan akal melihat dunia. Apa yang terjadi kepada saudara-mara kita? Beberapa hari lepas, Irbid mengalami gegaran, selepas itu saudara kita di Semenanjung Gaza diserang lagi. Adakah semua itu cukup untuk menggetarkan hati kita? Tepuk dada tanya Iman. Kerana hakikat yang tidak boleh disangkal, ibarat membuat satu hipotesis, semakin bertambah Iman seseorang, maka semakin pekalah dia terhadap isu yang melanda umat Islam tak mengira betapa sibuk sekalipun menjadi seorang manusia di atas muka bumi Allah ini.

Semalam Abu Thana’ bertanya kepada saya, “tahukan apa yang berlaku kepada saudara kita di Sudan dan Tunisia?” sedikit berbaur perlian di situ. Sementelah saya seorang suri rumah sepenuh masa yang seharusnya mempunyai masa membaca isu-isu terkini lebih lagi dari beliau. Sambil terkebil-kebil mata saya menggeleng.Terus membuat bacaan intensif.

Semoga terbuka mata kita, untuk akhawat lebih-lebih lagi, bahawa menjadi wanita tidak seharusnya membataskan kita mengetahui tentang isu semasa dunia. Sedikit ralat kerana kebanyakan akhawat sibuk  dengan urusan pelajaran, pekerjaan dan rumahtangga sehingga kadang-kadang terlupa bahawa isu semasa juga membutuhkan perhatian kita. Peringatan untuk diri sendiri sebenarnya.

Apa yang sedang berlaku di Sudan?

Sudan sedang dilanda kemelut untuk dibahagi dua tanah mereka diantara Sudan Utara dan Sudan Selatan. Sudan Utara majoriti beragama Islam dan Sudan Selatan majoriti beragama Kristian. Di Sudan Utara terletaknya ibu negara mereka Khartoum dan di Sudan Selatan terletaknya aset utama mereka iaitu minyak. Minyak yang dicari gali di Sudan Selatan akan dihantar ke Sudan Utara untuk diproses. Selama bertahun-tahun minyak ini menjadi salah satu sumber rezeki umat Islam dan penduduk di Sudan. Namun perbalahan yang belaku antara Sudan Utara dan Sudan Selatan selama lebih 22 tahun kemungkinan bakal berakhir dengan perpeacahan secara rasmi dua wilayah tersebut. Tindakan ini seperti lazimnya disokong kuat oleh pihak America dan Negara-Negara Barat yang lain. Kehancuran negara Islam kegembiraan mereka. Sampai bila lagi kita mahu terleka?

Yusuf Al-Qardawi sendiri telah mengeluarkan fatwa bahawa haram bagi penduduk Islam Sudan Selatan untuk mengundi ke arah perpecahan negara tersebut;

Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, Chairman of the International Union of Muslim Scholars (IUMS), issued a fatwa declaring that it is not permissible for Muslims in South Sudan to vote for separation from the North.

He also called on Muslims and Arabs to unite and form a large entity that brings them all together. The fatwa came in response to a question the Sheikh received on Al-Jazeera TV “Shari`ah and Life” program aired this past Sunday evening (26/12/2010). The question was about the role IUMS should take in a bid to prevent the separation of Southern Sudan, and whether it is religiously permissible for eligible Muslim Sudanese voters to vote in favor of secession.

“A Muslim Sudanese is not allowed to vote in favor of separation, which always brings evil. The West is now united and allied, whereas we are in a state of division and disunity. There are schemes aimed at partitioning this vast country of Sudan,” Al-Qaradawi replied.

Sumber: http://www.onislam.net/english/shariah/contemporary-issues/interviews-reviews-and-events/450360-fatwa-against-sudan-muslims-voting-for-separation.html?Events=

Betapa serius isu yang sedang melanda saudara seagama kita di Sudan. Sehinggakan hampir berpecah belah. Jika semua umat Islam bersatu membantah perpecahan ini, bukankah ianya lebih baik?

Apa yang berlaku di Tunisia?

http://english.aljazeera.net/indepth/spotlight/tunisia/2011/01/201114142223827361.html

Krisis pekerjaan yang berlaku di Tunisia sejak beberapa bulan lalu mengakibatkan ramai memprotes dan terbunuh. Tunisia telah dibebaskan dari dari penjajahan perancis sejak 55 tahun yang lalu. Tunisia sebelum ini dianggap sebagai sebuah negara Arab paling  stabil dan kaya dengan sumber alam kini bergolak akibat masing-masing menuntut hak mereka ditunaikan.

Betapa ramai manusia yang mengaku mereka beragama Islam, mengaku mereka mengikut al-Quran dan Sunnah, mengaku berjuang di Jalan Allah, tetapi tidak terasa apa dengan isu yang melanda saudara-saudara seagama yang ‘tak nampak di hadapan mata‘. Malulah dengan diri sendiri. Moga kita tergolong dalam golongan mereka yang sentiasa memberi manfaat kepada orang lain.

Sebagai penutup, renungan dari ayat-ayat Allah:

Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebaikan dan berkata, “Sungguh aku termasuk orang Muslim(yang berserah diri)?. Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia. Dan (sifat-sifat yang baik itu) tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar.[Fussilat: 33-35]

Mari menjadi lebih peka dalam kesibukan dunia!..=)

Kearah mumtaz untuk ummah.

Wallahualam

-Ummu Thana’-Irbid, Jordan

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: