Skip to content

Memasak

January 30, 2011

Bismillahirrahmanirrahim.

Cerita/Kisah

Saya nak cerita satu benda kepada pembaca. Cerita menarik berunsur pengajaran.Abu Thana’ cerita semalam. Hi Hi

” Kerajaan katak. Semua isi kerajaan itu adalah katak. Pada suatu hari, ada sekumpulan ekor katak telah dicampak di dalam perigi. Kerana apa mereka dicampak?atas kelemahan mereka sendiri kerana dikatakan banyak ‘mengundang onar’ kepada masyarakat katak ketika itu. Katak yang berada dalam perigi ini, masing-masing pun sibuklah berusaha untuk menyelamatkan diri dengan berusaha melompat dan memanjat perigi untuk sampai ke atas tanah. Malangnya ketika usaha-usaha itu ingin dilakukan, ada sekumpulan katak pula yang berada di atas tanah berusaha melemahkan semangat mereka dengan mengeluarkan kata-kata seperti; “engkau takkan mampu..engkau lemah..kami takkan tolong walau sedikit pun..siapa suruh engkau melakukan kekecohan di atas tanah?..rasakan,inilah balasan setimpal di atas kekecohan yang engkau lakukan..“. Pendek cerita, semua kata-kata nista dikeluarkan oleh katak-katak yang melihat dari atas perigi. Disebabkan kata-kata nista tersebut, ada sebilangan katak-katak mula mengatur strategi untuk naik ke atas dengan lebih efektif. Masing-masing mula mengeluarkan pendapat. Oleh kerana tiada pemimpin ketika itu di kalangan mereka, maka katak-katak mangsa ini makin lama seolah-olah ingin bergaduh antara satu sama lain kerana merasakan idea mereka yang paling bagus. Setelah beberapa ketika, kutuk-mengutuk diantara mereka berlaku. Mereka juga mengeluarkan kata-kata yang tidak menarik yang melemahkan semangat antara mereka. Tetapi, ada seekor katak ini, tetap gigih berusaha memanjat untuk naik ke atas tanah walaupun huru-hara berlaku di dalam perigi dan juga di atas perigi. Akhirnya beliau selamat sampai ke atas tanah. Bila ditanya oleh wartawan ketika itu, apa rahsia kejayaan beliau untuk naik ke atas tanah? Beliau menjawab..” saya pekak..saya oke!..”..

Pengajaran yang boleh kita dapat dari kisah di atas:

  • Dalam usaha dakwah, cabaran dari luar dan dalam itu pasti ada. Jalan yang perlu daie lalui. Namun apa yang menjadi penentu kejayaan? Bukan dengan tarik-menarik. Bukan dengan kutuk-mengutuk. Bukan dengan mencari kesalahan orang lain. Bukan dengan merasakan pendapat sendiri benar. Bukan dengan memikirkan tentang diri sendiri. Tetapi dengan?
  • Usaha yang berterusan sambil memekakkan telinga dengan kata-kata nista dari luar dan dalam.
  • Saya ulangi, kata-kata nista/mencela, bukan kata-kata membina ye.=)

Setiap muslim itu kan bersaudara. Apa salahnya jika kita berlapang dada dengan perkara kebaikan yang tidak disepakati dan bekerjasama dalam perkara kebaikan yang kita sepakati. Buangkan perasaan ingin bermusuhan tersebut. Dosa tak masuk akaun, pahala pun dapat berlipat ganda.

Moga setiap amal dan usaha kita diterima Allah swt. Hakikatnya bukan hasil yang Allah nak nilai, tetapi usaha kita itu sendiri yang memberatkan timbangan di akhirat kelak.

Peringatan untuk kami sendiri sebenarnya cerita Abu Thana’ ini. Saja nak kongsi dengan pembaca.

Memasak

Cerita atas tadi tu intro sahaja. Semoga semua orang mampu berlapang dada. =)

Semalam saya kata pada adik-adik yang saya rapat di sini. Bila mereka cuti, barulah saya rasa betapa hari-hari saya sangat sibuk. Bila mereka sekolah, hari-hari saya menjadi kurang sibuk dengan banyak masa dihabiskan dirumah. Mana taknya, nak keluar pun perlu berteman sekarang. Takkan nak kacau adik-adik sayang masa tengah sekolah ajak mereka keluar. Habis tidak pun, saya akan ajak suami keluar pada waktu malam untuk beli barang dapur.

Alhamdulillah, boleh dikatakan cuti mereka kali ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. Memikirkan masa saya di Jordan ini sudah tidak begitu lama. Terpaksa disingkat dari waktu yang dijangkakan. Maka saya nak mengambil peluang ini untuk menjana sebanyak mungkin kenangan dengan mereka di sini.

Salah satu program yang kami adakan atas permintaan adik-adik,adalah kelas memasak. Jujurnya saya bukanlah chef terkemuka yang mampu berkongsi petua-petua atau teknik-teknik yang bagus untuk menjadikan masakan enak dan lazat. Tetapi kerana status saya sebagai suri rumah, mereka meminta saya berkongsi sedikit ilmu yang sedikit saya ada itu. Banyak juga resipi kami cuba.

Apa contoh paling besar bahawa tahu memasak ini penting di kalangan wanita/perempuan?. Ada sesiapa teringin nak jadi seperti Asma’ binti Abu Bakar? Beliau kan telah diberi tugas untuk menjadi pembekal makanan kepada Rasulullah saw dan Saidina Abu Bakar sendiri ketika hijrah Nabi saw ke Madinah. Sudah tentu kita dapat lihat disini bahawa tugas seorang wanita yang tahu memasak itu juga penting dalam dakwah Nabi saw.

Bagi saya, sedap itu tak berapa penting. Yang penting sihat,boleh ditelan dan kecekapan di dapur. Benda asas perlu tahu.

Sebenarnya bila kelas ini diadakan, salah satu kebaikan yang dapat diambil adalah ukhuwwah antara kami. Saling dapat dieratkan. Apa taknya, ketika memasak, macam-macam cerita boleh keluar. Macam-macam style yang keluar. Indahnya masing-masing menghormati antara satu sama lain. Masing-masing melebihkan kawan lain dari diri sendiri. Masing-masing cuba memperbaiki kelemahan diri. Hasilnya? Masakan kami sentiasa jadi sedap dan menarik!..^_^..Alhamdulillah.

Saya nak tunjuk gambar sepanjang aktiviti diadakan, tetapi gambar masih belum dapat diambil dari pemiliknya.

Sekian perkongisian.

Wallahualam.

-Ummu Thana’-Irbid,Jordan

2 Comments leave one →
  1. hazel permalink
    January 31, 2011 6:53 am

    hehe zimah pernah dgr cerita ni masa kecik2 dulu…
    tapikan satu benda zimah pelik, katak tu pekak tapi dia boleh dgr soalan wartawan?
    (ni tade kaitan ngn perumpaan mus dgn dakwah)

    oh, saya mementingkan rasa makanan yg saya masak. kalau x sedap saya sedih.

  2. rihlatulwujud permalink*
    January 31, 2011 10:11 am

    ooo..saya pun tepk gak,tapi suami saya marah,kata..jgn pk lebih2..xkira lah cara mcm mana pun wartawan tu tnye..atau cara mcm mana katak tu jawab..yg penting dia pekak..hihi..

    ala,kalau boleh telan..mestilah sedap punya kan..sedap tu subjektif..ada org rasa sedap..ada org rasa biasa..sedap masakan zimah pada mus..belum tentu zimah rasa sedap kan kan kan..haha..don’t underestimate yourself too much..zimah masak sedap oke!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: