Skip to content

Rindu itu adalah..

May 4, 2011

Bismillahirrahmanirrahim

Sesungguhnya saat artikel ini ditulis, saya sedang menanggung rindu yang amat pada semua akhawat Jordan yang jauh di mata, dekat di hati. Melihat gambar-gambar lama di dalam simpanan sambil mengimbau kenangan lama mampu membuat diri tersenyum, tergelak dan menangis sendiri. Berusaha mengawal hati bahawa setiap pertemuan itu akan ada perpisahannya. Mungkin kerana kami bersama untuk satu tempoh yang agak lama sebelum berpisah. Kasih sayang yang wujud tak mampu dinafikan lagi. Saya rindu segala2.

Rindu keletah mereka…

Rindu teguran mereka…

Rindu tidur bersama…

Rindu meluahkan perasaan bersama-sama…

Rindu untuk peluk-peluk…

Rindu untuk saling nasihat-menasihati…

Tarbiyyah mejana Ukhuwwah

Bukan sekadar untuk meluahkan perasaan, cuma ingin berkongsi apa yang sedang saya rasai. Saya mengharapkan inilah hasilnya bila kita berkasih-sayang kerana Allah swt. Rindu bila berjauhan. Hasil daripada tarbiyyah yang kita semua lalui. Hasil daripada hati-hati yang sama-sama berusaha untuk mengharapkan redha Allah. Hasil daripada diri yang tidak pernah jemu untuk berubah ke arah yang lebih baik. InsyaAllah

Benarlah sepertimana yang sahabat-sahabat Rasulullah saw tunjukkan, bila tegar melalui perjalanan tarbiyyah, ukhuwwah itu akan datang dengan sendirinya. Kemanisannya hanya dirasai bagi mereka yang benar-benar ikhlas di jalan dakwah dan tarbiyyah ini. Tiada rasa hasad, tiada rasa dengki, tiada rasa untuk mementingkan diri sendiri. Masing-masing berusaha mengajak kawan sekeliling untuk bersama-sama menjadi ahli syurga.

Sungguh, perasaan ini luar biasa. Indahnya tidak dapat digambarkan. Segarnya ibarat bunga yang sedang berkembang.

Tidak dinamakan Ukhuwwahfillah selagi tidak diuji

Ini juga realitinya bila kita berkasih sayang kerana Allah swt. Tidak sah jika tiada sedikit pun ujian yang melanda. Kita berusaha berlapang dada dengan kelemahan sahabat yang disayangi pada saya bukanlah perkara yang mudah. Hanya mereka yang mampu sahaja dapat melakukannya. Siapa mereka yang mampu? Mereka yang dalam hatinya meletakkan Allah dan Rasul ditangga teratas. Tidak perlu pergi jauh, lihat sahaja realiti yang ada di depan mata. Saya yakin semua orang pernah merasai pengalaman ditikam kawan sendiri, atau dicemuh tanpa sebab. Ini adalah hasil bila hati tidak fikirkan Allah swt. Syaitan mengambil tempat kosong itu, maka mudahlah untuk tersasar.

Manusia yang sentiasa bersedia untuk berlapang dada akan sentiasa hidup dalam ketenangan. Dia tahu dimana batasnya hubungan manusia sesama manusia. Dia tahu urusan siapa untuk menilai manusia. Dia tahu bakal mendatangkan dosa jika ada hasad dan dengki ini.

Ukhuwwah juga membantu dalam memandu kehidupan ini

 Ibarat seorang buta yang sentiasa memerlukan tongkatnya untuk bergerak. Begitu jugalah manusia yang tidak akan mampu hidup sendiri. Sahabat yang baik memandu ke arah kebaikan, sedangkan sahabat yang jahat membawa ke jalan kejahatan. Manusia tidak akan pernah sempurna sehingga ke akhirnya. Unsur-unsur beginilah yang melengkapkan seseorang manusia itu. Semakin ramai sahabat yang baik di sekeliling, semakin terarah kehidupan seseorang itu kerana semakin ramai yang akan mengingatkan sekiranya lupa dan yang paling penting, semakin ramai yang menyayangi!

Doa untuk semua akhawat

Ya Allah, Kau peliharalah mereka-mereka yang saya sayangi. Kau lindungilah mereka di bawah kasih sayang dan rahmatMu. Kau tunjukilah kami jalan yang lurus. Temukan kami di dalam syurgaMU Ya Allah. Amin

Wallahualam

-Ummu Thana’- Mangalore, India

3 Comments leave one →
  1. May 5, 2011 5:07 pm

    sungguh syahdu apabila saya membacanya. ternyata saya juga merindui semua akhawat ..termasuk kakak saya sendiri di UK. semoga apa yang kita rindukan dan perjuangkan..walaupun kita berpisah, semoga kita istiqamah…

  2. nhuda permalink
    May 7, 2011 12:06 pm

    Ukhuwah fillah, tidakkan musnah
    Walaupun ombak walau badai mendesah
    Tautan erat tak mungkin patah
    Dengan ismullah kita berbai’ah

    Bertemu, berpisah
    Hanya kerana-Nya semata
    Redha Allah kita cari
    Moga-moga kita akan dirahmati
    Dengan niat yang suci
    Bertemu kembali di negeri abadi

    rindu kak mus jugak. moga Allah kuatkan hati2 kita serta memasukkan kita dalam golongan yg bertemu dan berpisah kerana-Nya.

    rabbuna yahdina wa yuqawwina~

    salam sayang dari akhwat,
    irbid,jo😉

  3. Nur Akmal permalink
    June 25, 2011 8:15 am

    andai ukhwwah itu atas keredhaan Allah pasti rindu sentiasa bertamu. itulah keindahan ukhwwah yan disertai tarbiyah. ana pun sentiasa rindukan akhwwat2 di mesir walaupun bersua hanya 2 minggu shaja. keindahan ukhwwah itu, hanya Allah dan orang yang menghayatinya shaja yang merasainya. =))

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: