Skip to content

Ikhtilat selepas BM vs Qudwah

June 3, 2011

Bismillahirrahmanirrahim

Moga tulisan kali ini sampai kepada hati-hati mereka yang sentiasa berusaha mendidik diri ke arah Muraqabah Allah swt.

Dan tulisan ini ditujukan kepada pasangan dakwah, atau bakal pasangan dakwah atau yang berkaitan dengannya atau mereka yang ingin mengambil manfaat dari artikel ini.

Beberapa bulan lepas, status seorang murabbiah yang sangat saya segani, lebih kurang berbunyi(cannot remember the exact words but i can still remember how it means)–>

Musim walimah tiba lagi. Mabruk untuk mereka yang bakal melangkah ke alam rumahtangga/BM. Jagalah peribadi akhlak anda terutama di FB. Berapa ramai yang mengeluh/berkecil hati kerana pasangan tidak mampu menjaga tulisan status/gambar di FB sedangkan kita sepatutnya adalah pasangan qudwah!

Dalam hati, saya rasa terharu kerana masih ada rupanya yang berfikiran seperti saya. Saya merasakan betapa benarnya teguran tersebut. Namun ketika itu saya masih mampu mendiamkan diri kerana merasakan bahawa itu hak peribadi dan risau dikatakan kolot. Tapi, setelah membaca artikel tulisan Ust Salam, saya sedar ia sudah melarat menjadi fenomena yang seolah-olah pasangan qudwah ini ingin ‘menunjuk-nunjuk’ sedangkan Islam penuh dengan warna-warni akhlah mulia yang sepatutnya dilampirkan dalam setiap tindak tanduk kita. Ingat, kita sentiasa akan diperhatikan. Salah sedikit boleh mengundang bahaya besar!

Dan tindakan kita ini bukan terhenti setakat di FB,Blog, Twitter malahan juga tindakan dihadapan sesama kita dan dihadapan mad’u!.Namun ulasan saya dibawah mungkin lebih kepada FB kerana disanalah manusia mampu bertindak tanpa sekatan.

Seharusnya medan FB bukan digunakan untuk kita pasangan dakwah meluahkan tentang apa yang berlaku pada diri kita. Fokus sepatutnya lebih kepada masyarakat sekeliling. Fokus kepada keperluan mad’u untuk menilai kita bagaimana kita melampirkan Islam dalam kehidupan seharian. Bukannya syok sendiri dengan menjadikan medan FB sebagai tempat untuk kita bercinta dengan pasangan, saling meluah rasa dan sebagainya berkaitan rumahtangga kita.

Kesalahan-kesalahan yang mungkin dilakukan

1. Sebelum berumahtangga. Status/gambar yang berbau peringatan dalam manja kepada tunang/bakal tunang yang diselitkan bersama link nasyid-nasyid cinta Islami . Anda tahu apa yang saya maksudkan. Saling berbalas komen di wall berjela antara kita dan pasangan walaupun diselitkan dengan sedikit tazkirah, namun di situ, adakah kita rasakan ianya dibenarkan oleh syarak? Saya masih rasakan tidak berakhlak dengan akhlak Islam jika itu yang berlaku dikalangan pasangan qudwah. Dimanakah matiinul khuluknya?

2.   Selepas berumatangga. Status/gambar/tindakan yang seolah-olah ingin satu dunia mengetahui akan apa yang berlaku dalam rumahtangga sendiri. Hubungan suami isteri bagi saya adalah sangat ekslusif. Jauh berbeza antara hubungan ibu dan anak, hubungan adik-beradik, atau hubungan sesama kawan. Lebih indah jika hanya kita dan pasangan sahaja yang tahu apa yang berlaku di dalam rumahtangga kita sendiri tanpa melibatkan orang luar. Status/tindakan yang manja dan mengada-ngada yang sepatutnya hanya menjadi rahsia suami/isteri diwar-warkan kepada mereka diluar sana. Maaf saya katakan disini, hatta luahan rasa ‘I love you’ atau ‘I miss you’ kita kepada pasangan pun saya rasakan tidak berpatutan untuk disebarkan kepada satu dunia. Cukuplah hanya kita dan pasangan mengetahui. Gambar/tindakan saling berpelukan di taman-taman bunga, makan share straw atau adegan suap-menyuap,menjeling manja dan sebagainya. Jika difikirkan, untuk apa diletakkan/dipamerkan dikhalayak ramai? Mengisi masa lapang? Adakah kita meletakkan malu pada kedudukannya dengan berkelakuan sebegitu?

3.  Selepas datangnya berita bakal menerima cahaya mata pertama/kedua/ketiga/tak kisah berapa ramai lalu diupdate di FB. Setiap apa yang berlaku sepanjang pregnancy period diterangkan secara details kepada orang ramai seolah-olah ingin membuat press conference. Gambar imbasan bayi juga disiarkan secara terang-terangan. Bagi saya, ini perkara paling patut dijaga kerana ianya melibatkan perkara imaginasi dalam selimut dan perlu lebih privacy. Saya rasa kita semua terpelajar dan tahu apakah maksud disebalik kenyataan saya ini. Cukuplah sekadar meminta orang mendoakan keselamatan kandungan tanpa perlu memberitahu secara detail lagi. Tutup segala pintu kejahatan yang mampu menganggu pemikiran orang yang membaca sekiraya anda rasakan anda ingin menjadi contoh kepada orang lain. Kalau tak teringin, abaikan. Sedih memikirkan bukan begini sepatutnya akhlak akhawat dikhalayak ramai. Dimana nilai malu sebgai wanita?

Andaian untuk memaksimakan medium yang ada

Tidak dinafikan, FB/blog menjadi salah satu medium yang ada untuk kita meluahkan segala apa yang terbuku di hati. Untuk kita berkongsi rasa, untuk kita berhubung dengan mereka disekeliling dan meng’update’ diri kita kepada orang lain. Malah lebih hebat lagi, FB/blog jugalah yang membantu medium dakwah kita agar dikenali ramai dan makin ramai mendapat manfaat darinya. Namun itu tidak bererti kita boleh sesuka hati mengikut perasaan melampirkan apa yang terlintas di hati sebagai ‘status’ tanpa berfikir beribu-ribu atau berjuta-juta kali akan buruk baiknya. Betapa banyak artikel yang ditulis oleh pendakwah-pendakwah kontemporari akan dosa pahala FB/blog. Saya ketika itu masih merasakan niat mampu mengubah segalanya. Pahala mungkin berubah dosa dan begitulah sebaliknya. Sedih bila melihat mereka yang hebat seolah-olah merendahkan diri dengan status/gambar yang tidak berpatutan lantaran terlampau mengikut hati dan perasaan tidak kiralah perasaan itu perasaan sedih, gembira, marah dan sebagainya. Berlebih-lebihan tetap mengundang bahaya kerana Islam mengajar kita bersederhana dalam segala perkara dan befikir sebelum bertindak.

Relevan disebalik semua ini

1. Agama mengajar kita mencegah sebelum terkena/terngadah. Ayat Allah yang selalu diqiaskan dengan keadaan ini adalah dari Surah Al-Isra’:32. Ibrah uslub berakhlak di sini adalah kita menjauhi segala bentuk ruang yang mampu membawa kita kepada keburukan dan bukan terhenti setakat tidak melakukan keburukan itu.

2.  Dunia ini penuh dengan berbagai ragam manusia, ada yang berIman ada yang tidak, ada yang dengki, ada yang sangat baik hati etc. Kita tidak mampu untuk mengawal semua itu dan tidak mampu untuk menutup mulut semua orang menabur fitnah kepada kita. Tapi apa yang kita mampu lakukan dan kawal adalah menjauhkan diri kita dari dijadikan bahan fitnah dengan menjaga setiap gerak geri kita. Jaga akhlak.

3.  Seorang dai’e yang berusaha untuk menyampaikan yang terbaik buat mad’unya perlu melampirkan keseriusan dalam berdakwah dengan menolak tepi segala unsur-unsur picisan ini, perasaan, hal dalaman dan terus kedepan jelas dalam penyampaiannya. Sangat nampak tidak serius dalam dakwah andaikata kita meletakkan soal hati dan perasaan ini dihadapan berbanding dari memikirkan masalah ummat!.

Segalanya Subjektif

Saya sedar, bila ditegur begini, jawapan standard yang akan diterima adalah perkara ini jawapannya tiada hitam putih, tiada yes or no, tiada dwipilihan tetapi jawapan berbentuk essay yang amat-amat subjektif. Namun pilihan masih ditangan anda. Semakin berfokus kita kepada sesuatu, semakin kita jauh dari perkara-perkara yang tidak relevan ini. Semakin kita jelas dengan tuntutan Dakwah dan Tarbiyyah, semakin tidak ada masa untuk membuang masa dengan perkara yang tidak sewajarnya semakin kita terasa ingin menjaga setiap langkah-langkah kita kerana kita tahu kita perlu menjadi contoh yang terbaik.

Untuk sesiapa yang terasa pedas dengan cili yang saya suakan kali ini, saya memohon kemaafan. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah swt dan yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri yang Allah benarkan berlaku untuk menunjukkan kita manusia tidak sama dengan Yang Maha Sempurna. Niat dihati hanya ingin supaya kita sama-sama membuka mata dan tidak memandang enteng perkara ini kerana kita mahu menjadi ‘Ummatan Wasoto’ sepertimana yang Allah sebutkan dalam surah Al-Baqarah ayat 143.

Untuk akhawat/isteri seorang pejuang, anda perlu lebih lagi menjaga setiap gerak langkah kerana kita patut lebih menghargai nilai malu dalam Islam itu. Untuk ikhwah/suami seorang pejuang, jagalah diri dan ahli keluarga dari menempah tiket ke neraka.

Wallahualam

-Ummu Thana’-Mangalore, India

12 Comments leave one →
  1. June 3, 2011 8:53 pm

    sangat setuju… lepas ini kena lebih berhati-hati.

  2. aisyahrk permalink
    June 3, 2011 9:29 pm

    ^^,
    setuju k.mus..

  3. June 4, 2011 3:17 pm

    Assalamualaikum kak…kebetulan..smlm bace juga artikel di belog ustaz Salam…mencari juga jalan penyelesaian…dan akhirnya terjumpa entri ini…

    pencerahan untuk hati ini meskipun belum berkahwin…terima kasih kak. moga2, kita terus tsabat dalam jalan ini, inshaAllah !

  4. June 5, 2011 10:24 pm

    salam musfirah… jzkk for the writting… akak forward kat akhawat yer…

    • rihlatulwujud permalink*
      June 6, 2011 8:25 am

      wassalam..waiyyaki kak pijja..=)..silakan..InsyaAllah moga bermanfaat buat semua..^_^

  5. durratul imaniyah permalink
    June 6, 2011 11:08 am

    assalam kak. apa yg sy nak tanya mungkin xberapa sama dgn contoh yg diberi kat atas. kalau luar dr FB/blog/etc, salah ke suami isteri nak makan bersama? Kalau kita tinggal dgn ibubapa/mertua kita, salah ke kalau suami nak duduk rapat2 dgn isteri, tak pun baring atas riba isteri? Adakah ni dikira menunjuk2 kat adik beradik/ipar duai yg juga merupakan ma’du kita? Kalau kt dlm FB tu mmg sah la menunjuk2 kat seluruh dunia. jadi sy kecilkan skop dlm rumah je. suami isteri kat luar rumah nak pegang tangan pun org pandang serong. dalam rumah pun org pandang serong. dah tu, kat mana lg suami isteri nak zahirkan kasih syg? mmg salah kalau zahirkan kasih sayang kat depan seluruh dunia. seolah2 xde maruah. tp apa yg sy terkilan, manusia menjadikan hubungan suami isteri tu lg susah drpd pasangan yg xbernikah.

  6. rihlatulwujud permalink*
    June 6, 2011 12:44 pm

    wassalam..

    terimakasih untuk pertanyaan,akak bukanlah org yg terbaik untuk menjawab soalan ini sebenarnya. Kita masing-masing penuh dengan kekurangan.

    Apa yang boleh akak katakan di sini, Allah meletakkan fitrah malu itu untuk kita hargai sebaiknya. Dan perihal malu ini, semakin kita malu kepada Allah, semakin kita malu sesama manusia. Semakin kita cuba nak menjaga setiap perbuatan kita.

    Yang akak maksudkan dalam artikel di atas adalah apabila kita terlampau berlebih-lebihan dalam menunjukkan kasih sayang kepada pasangan dihadapan orang ramai. Berpada-padalah. Sesuai dengan akhlak seorang Islam yang sepatutnya malu pada tempatnya.

    Kalau setakat pegang tangan, duduk rapat-rapat, makan sama-sama bagi akak tiada masalah untuk itu dihadapan keluarga. Andai ahli keluarga itu selesa dengan tindakan kita.

    Jangan sampai tindakan kita itu seolah-olah kita dengan pasangan tenggelam dalam dunia sendiri tanpa memikirkan bahawa ada mata yang sedang melihat. Kalau ada mata yang jelek melihat, maknanya tindakan kita itu sudah melebihi hadnya.

    InsyaAllah banyak lagi tempat pasangan boleh menzahirkan kasih sayang. Lebih indah jika penzahiran itu ketika berdua sahaja bersama pasangan kan?

    Manusia tidak pernah menjadikan hubungan suami isteri itu lagi susah dari dari pasangan yang tak bernikah. Bagi akak kita rasa susah mungkin sebab kita rasakan masa kita bersama pasangan terhad dan sebagainya. Apa pun, kualiti time itu bukan pada kuantiti masa bersama, tetapi pada individu itu sendiri. Hargailah nilai suci perkahwinan itu sebaiknya.

    Wallahualam.

    • durratul imaniyah permalink
      June 6, 2011 12:59 pm

      jazakillah khair di atas pendapat akak. sy merasa sgt terkilan bila org tegur perbuatan sy menemani suami makan. padahal itu tanggungjawab sy utk melayan suami sy. sbb tu sy ajukan soalan ni. apa2 pun, doakan rumahtangga sy dan suami lebih teguh wlpn diterpa pelbagai masalah berkait ikhtilat bm yg menjadi salah faham bg org lain.

  7. ummu yusuf permalink
    June 8, 2011 9:55 am

    indeed.

  8. Nur Akmal permalink
    June 25, 2011 8:11 am

    kak mus, thanks atas peringatan. nnti kena bhati2 la. =) untuk org yg belum bkhwin pun peringatan in bmakna. salam ukhuwwah kak mus. akhawwat bangalore~ =))

  9. July 3, 2011 6:31 pm

    salam.

    bsetuju dengan kebanyakan pandangan, walapun ada yang kurang setuju. mungkin topik seperti ini boleh terus dicambahkan utk manfaat yang lebih besar. saya cuba mmberikan sudut pandang yang lain. baca artikel saya di http://www.myilham.com/blog/2011/07/romantika-yang-dicemburui/
    syukran n semoga Allah rahmati.

  10. amats permalink
    July 3, 2011 9:12 pm

    hu sangat mengetuk hati, walau dlm konteks lain (sy belum kahwin). tapi itulah, ingatan utk tidak menjadikan satu benda yg asalnya medan bekerja, jadi medan syok sendiri pula. huk!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: