Skip to content

Wanita dan Emosi

November 24, 2011

Bismillahirrahmanirrahim.

Semalam saya mendapat mesej dari seorg ukhti yg sgt2 saya rindui kehadirannya dari kejauhan.Beliau memohon agar saya menasihatinya untuk terus kekal ‘kuat’ diatas Jalan Dakwah ini.Dah wajib ni hukumnya memberi nasihat yang terbaik padanya kerana dia sahabat saya dunia dan akhirat insyaAllah.Seiring dengan itu juga,mungkin boleh dikongsikan dgn pembaca sekalian,memandangkan saya sendiri sudah lama tidak mencoret sesuatu di blog ini.

Wanita yang dimuliakan

Alangkah bertuahnya kita menjadi seorang wanita.Allah swt telah mengangkat darjat wanita ke tahap yang mulia dizaman kegelapan jahiliyah mekah setelah datangnya sinar cahaya Islam.Kemuliaan ini Allah buktikan dengan manusia pertama yang dipilihNya untuk syahid atas nama Islam dalam sejarah adalah dari kalangan wanita,iaitu Sumayyah binti Khayyat. Beliau juga wanita pertama yang dimuliakan kematiannya dan diangkat pula kedudukannya di akhirat kelak bersama penghuni2 syurga.

Andai diteliti kisah Sumayyah ini,betapa cantiknya Allah telah menyusun sirah itu sendiri kerana Allah Maha Tahu hambanya yang bernama wanita ini seringkali lemah dan tumpas dengan cabaran-cabaran dunia.Maka Allah berikan contoh yang baik untuk dijadikan teladan.

Sebelum Sumayyah telah ada wanita-wanita hebat yang juga Allah angkat kedudukan mereka jika tidak dalam Al-quran,dalam hadis Baginda saw termasuklah Siti Hawa,Isteri Nabi2 dan Rasul2,Asiah,Maryam,Ratu Balqis dan ramai lagi. Wanita-wanita hebat ini menjadi contoh bahawa Allah memandang tinggi kedudukan seorang wanita di mataNya dan juga di mata masyarakat.Kesemua mereka dtg dengan sejarah keteguhan Iman,keyakinan yang mantap,ketabahan yang tidak berbelah bagi serta kesabaran yang bukan sedikit.Mereka juga seperti kita,manusia biasa yang tiada bezanya dari segi penciptaan samada fizikal ataupun emosi.

Bagaimana pula Allah menguatkan Saidatina Aishah r.a saat beliau difitnah sehingga suami sendiri,Baginda saw bersedih akan fitnah tersebut?Apa lagi kalau bukan Iman yang tebal dan keyakinan akan janji-janji Allah swt yang mmg akn melindungi dan menunjukkan jalan keluar kepada hamba-hambaNya yang benar.Akhirnya Allah muliakan kedudukan Saidatina Aishah r.a dengan ayat Al-quran yang meleraikan kekusutan yang melanda.

Perasaan wanita yang halus

Seiring dengan wanita dimuliakan dari segi kedudukan,wanita juga dimuliakan dengan perasaan-perasaan yang halus.Perasaan wanita yang halus inilah yang melayakkan mereka dipilih sebagai ibu yang mengandungkan dan melahirkan.Perasaan yang halus inilah yang mampu menjadikan wanita tulang belakang kepada suami,mengambil tugas mengurus rumah tangga dan anak-anak.Namun perasaan halus ini jugalah yang menghalang wanita menjadi khalifah atau pemerintah sesebuah organisasi hatta organisasi kecil seperti keluarga.

Emosi wanita mudah terganggu,mudah juga untuk dileraikan.Semua kerana hormon wanita yang unik.Wanita mudah bercakap dan bertindak dengan gaya emosi berbanding rasional.Namun ia bukanlah semata kelemahan kerana hati-hati manusia juga dididik dengan emosi yang benar.

Emosi dan perasaan bukanlah sesuatu yang datang tanpa dipaksa.Tapi ianya adalah dibentuk dan dididik. Boleh dikawal dan dicambahkan. Hanya memerlukan langkah terbaik untuk mengawal dan mencambahkannya. Allah dah beri cara dan mendatangkan contoh,hanya terserah pada kita untuk mengikut atau menafikan.

Bagaimana mahu mengawal emosi untuk tsabat di Jalan Dakwah

Perkongsian saya mungkin bukanlah suatu yang asing bagi para pembaca sekalian. Kerana sumber kita semua adalah sama. Al-quran dan sunnah selain contoh teladan sirah yang terbukti berkesan.

1. Sentiasalah mengingati Allah swt dalam susah dan senang. Keyakinan kita dengan ayat Allah yang akhirnya akan melahirkan perasaan tenang itu sendiri untuk mengawal emosi.Dzikir dan membaca Al-quran.

2. Ibadah sunat dijaga apatah lagi ibadah wajib yang sepatutnya tidak diabaikan langsung.Jaga diri dari dosa-dosa kecil dan perkara-perkara yang melalaikan.

3. Melatih diri membaca kisah-kisah sahabiah dan kisah -kisah teladan yang mampu menguatkan jiwa.

4. Menyedari akan hakikat jalan dakwah memang begitu.Meletihkan,panjang,penuh onak duri.Jalan dakwah tidak memerlukan kita untuk dilalui,tapi sebenarnya kitalah yang memerlukan jalan dakwah ini untuk merealisasikan ayat Allah yang mahukan kita menjadi khalifah diatas muka bumi ini.Maka usahalah kekalkan diri di atas Jalan Dakwah dan terus berada dalam sistem tarbiyyah.Tarbiyyah yang akan membantu mendidik hati-hati kita.

5. Banyakkan berdoa moga Allah terus memelihara hati-hati kita agar terus kekal tsabat.Jangan lokek untuk berdoa kepadaNya kerana Allah swt tidak pernah bosan untuk mendengar segala rintihan kita.Merintih dan mengadulah sepuas-puasnya kepadaNya.

6. Sibukkan diri dengan urusan2 Allah swt.Manusia ini,jika tidak disibukkan dengan perkara2 yang haq,akan disibukkan dengan perkara2 yang batil.Tiada pertengahan.Perkara2 batil yang akan byk menganggu emosi kita untuk tsabat.

Semoga apa yang dikongsikan kali ini mampu menjadi penguat kepada daiyyah-daiyyah diluar sana.Jika tidak banyak,sedikit pun jadilah.

p/s: Untuk akhawwat2 yang hebat dimana sahaja anda berada,anda tahu siapa anda, saya mendoakan agar kita terus mampu mengawal emosi dengan sebaiknya dan meletakkan sepenuh pergantungan dan harapan hanya pada Allah..moga terus kekal tsabat dijalan dakwah. Jangan rendahkan kembali kedudukan yang Allah dah muliakan kita sebagai wanita terutamanya dengan tewas pada emosi yang menghimpit ke arah nafsu jahat. Selamat beramal akhawati!..=)

Wallahu’alam.

-Ummu Thana’-mangalore,india.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: