Skip to content

Series of Fortunate Events..^_^

June 10, 2009

Mewahnya duduk India..(esp Mangalore..akhawat Bangalore&Manipal jgn jeles ek..^_^)

Selalu saya dan cik Hazimah aka housemate tersayang akan berdiskusi..Duduk depan TV sambil makan..

“Kita mewah belajar di India..”

Pertama: Duit elaun tak payah cakap. Lebih dari cukup kut. Sekali masuk memang boleh meluluhkan jiwa. Kalau pandai berjimat (jimat dalam erti kata makan luar atau oder 1x je sehari, tak keluar rumah sgt, malam+weekend masak) memang boleh saving duit. Lepas tu pergi jalan-jalan luar India, balik Malaysia 3 bulan sekali, paling sikit pun 6 bulan sekali kut. Applicable untuk orang yang tak rajin ponteng kelas. Kalau rajin ponteng kelas, bila cuti Sem je baru boleh balik Malaysia atau jalan-jalan. Kalau tak nanti attendance tak cukup.He he. Siapa ntah rajin ponteng kelas?!..uhuks~..batuk pulak..

Kedua: Rumah sewa di Mangalore paling murah INR7500 sebulan untuk 3 bilik, paling mahal INR10500(rumah sape ntah) untuk dua bilik. Approximately RM 500++ untuk paling murah 3 bilik, semi furnished dan RM 800++ untuk dua bilik semi furnished. Bil air free, kena bayar building maintanance+gas+bil letrik. Kalau penggunaan sederhana, total dalam INR2000++. Kalau pakai banyak, INR2500++. Kalau rumah ada ekon dan tv dan oven INR4000 kut. Aprroximately RM 350.Perabot dan barangan letrik India mahal. Tak setanding kualiti yang diberikan bak kata Ana-Bangalore..^_^..Nak beli kasut kat Metro je pun, Kasut cantik INR 1000++/RM 80++, tapi bila pakai, keras, boleh melecet kaki kut. Tapi disebabkan duit ada, beli juga yang cantik-cantik walaupun mahal. Ada yang tempah perabot dari kedai kayu. Tempah selalunya lagi mahal dari yang dah siap, sebab boleh design sendiri.

Ketiga: Bil telefon dan internet kami affordable. Boleh selalu kol Malaysia atau mana-mana tanpa risau duit mengalir macam air. Kol Malaysia INR 4.50/RM 0.30 seminit paling murah dan kalau guna handphone kol INR 6.50/RM 0.50 seminit. Cakap ngn mak satu jam seminggu pun no hal. Internet sebulan INR 850+tax/ RM 70++ untuk kelajuan 256 mb unlimited.

Alhamdulillah. Saya dan Hazimah sangat bersyukur. Selepas series of unfortunate events dengan tuan rumah dan rumah yang pernah kami duduki, rumah sekarang nampak kurang bermasalah. Hopefully keadaan akan berterusan sampai kami graduate dan balik Malaysia. Biarpun rumah kami agak isolated dari semua students lain, tapi kami tetap bersyukur.

Semalam tuan rumah kami bagi ekon dua bijik. Kami tak mengharap pun walaupun ada la jugak bagi hint kat tuan rumah kami tak tahan panas summer di Mangalore. Balik kelas peluh-peluh, etc. Tuan rumah senyum je dengar kami membebel. Tuptap bila musim hujan menghampiri, dia pasangkan dua bijik ekon, satu bilik sebijik. Tak apalah. Persediaan untuk musim panas tahun depan. =). psss..rumah saya kat Malaysia pun tak ada ekon. hihi. Dok India terus mengada nak ekon.

Keempat: Lazimnya kami di sini semua akan guna khidmat maid kemas rumah. Seminggu sekali atau dua kali seminggu. Disebabkan saya dan hazimah hanya duduk berdua, kami panggil maid dua minggu sekali je. Bayar INR100/RM7 sekali dia datang. Sebab tak ada orang nak tolong sepahkan rumah.hihi. Advantage memandangkan kami semua selalu busy dengan kelas, tak ada masa sangat nak kemas rumah sendiri. Disadvantage jadi pemalas nak kemas-mengemas ni. Nak basuh tandas sendiri pun kadang2 fikir dua tiga kali, tak apalah, nanti maid basuhkan. Huh. Susah juga nanti dah balik Malaysia kalau tak mampu nak ambil maid atau suami tak suka maid yang bekerja di rumah.

Kelima: Maid yang tolong masak pun ada. Tapi kami di Mangalore tak ambil. Lebih selesa masak sendiri atau makan luar. Tambah-tambah ramai chef handalan di Mangalore ni. Bakat terpendam. Bakal-bakal doktor yang pandai masak macam-macam. Dari makanan western, tradisional, masakan Thai, Jepun, Korea, cakap je. hihi. Cuma di Manipal, komuniti Malaysia ramai. So, maid kat sana reti masak masakan Malaysia sikit-sikit. Kalau di Mangalore, hanya pelajar India dan Cina yang ambil khidmat maid masak. Kami tak pernah try, tak tahu berapa mereka bayar. Affordable la kut. Mewah bukan?. Kalah orang yang dah bekerja di Malaysia. Selalu khidmat macam ni akan diambil orang yang bergaji tinggi je.

Keenam: Kalau pergi shopping, especially barang-barang dapor, lauk-pauk, kami jarang berkira. Unless bila dah saat-saat duit elaun hampir kering. Ambil biskut Hupseng impot dari Malaysia yang harganya INR 80/ RM 6 sepeket pun tak apa lagi. Belum masuk beli barang impot lain yang kadang-kadang mencecah INR 300/ RM 25 sekeping, walaupun barang tu kalau beli kat Malaysia harganya tak sampai RM 10. Lagi satu habit baru, beli barang jarang tangok harga atau compare harga. Bahaya ni. Ambil je. Sekali shopping saya+Hazimah spend about INR 1500/ RM 120 seminggu. Untuk benda basic, belum masuk beli benda-benda sampingan seperti bila mengidam etc. Beli seafood tiap-tiap minggu. Minggu ni udang, minggu depan sotong, minggu lagi satu ikan. Ayam memang wajib ada la. Kena tipu dengan mak cik pasar pun bayar jugak. Duit ada punya pasal. Huhu.Lagi satu, pelajar Mangalore rajin buat makan-makan. Tak ada occasion pun makan-makan jugak. Saje kut release tension dengan bagi orang makan. So di India tak ada masalah kena ikat perut nak makan sebab tak ada duit. Terlebih makan sampai sukar kawal berat badan adalah. Huhu.

Ketujuh: Makan hotel atau makan makanan mewah seperti steak etc. Dulu bila di Malaysia, makan hotel boleh kira dengan jari. Amat jarang. Itu pun bila ada sesuatu atau ikut ayah family day kat hotel baru rasa makan kat hotel. Tapi bila duduk India, kalau terasa nak makan yang eksklusif sikit, terus pergi hotel. Satu pinggan kena sampai INR 200/ RM 15 pun tak ada masalah. Rasa nak makan steak/ sizzler terus pergi tanpa tengok duit ada atau tak dalam dompet. Sebabnya kalau cash tak ada, boleh swipe atm card.  Kemudahan yang membahayakan. Tak ada cash, kad atm ada, boleh swipe dimana-mana tempat shopping atau kedai makan. Debit Card. Celebrate birthday kawan-kawan pun kat hotel. Bunyik macam anak-anak orang kaya yang belajar di Oversea. Huhu.Kat India ada Cafe Coffee Day. Bagi saya lagi best dari Starbuck atau yang seumpama dengannya. Sedap pun ye, harga berpatutan pun ye. Inilah jadi tempat rehat kami lepas penat balik kelas atau masa lunch break.

Kelapan: Jangan terkejut kalau ada di antara kami yang lagi selesa ambil flight untuk travel di India compared to ambil bas atau keretapi. Harga flight yang sebenarnya mahal je, tapi duit ada, so ambil je. Lagi selesa dan cepat. Mewah sungguh.

Tapi semua perkara di atas applicable untuk di India sahaja. Tidak bila di Malaysia atau di negara lain. InsyaAllah. Hopefully. Bila keluar India, automatik kami jadi berkira, jadi kedekut, terus compare harga.  Sederhana dalam semua perkara. Especially saya dan hazimah. Kenapa?. Sukar untuk diexplain. Mungkin salah satu cara kami release tension belajar di India ni. Spend duit tanpa fikir panjang. Bak kata JPA, duit yang kami dapat, mengambil kira elemen hardship yang kami terima di India yang tak dihadapi pelajar di negara lain mungkin. Hanya pelajar India tahu hardship apa yang ada di India. Ada hikmah disebalik semua percaturan Allah ini. Apa-apa pun, Alhamdulillah yang amat..=).

p/s: Exam final  lagi 8 hari..^_^..

-Ummu Thana’-Mangalore, India

21 Comments leave one →
  1. Su Phing permalink
    June 10, 2009 5:14 pm

    Musi! Eh I came across your blog! Your blog helps me release stress and cheer me up, it’s so true, of what you said in this post. And yea, hanya pelajar india and tahu hardship apa yang ada di india=( Anyway continue writing, haha I like your way of writing. All the best=)))

  2. Ateey permalink
    June 10, 2009 6:49 pm

    alamak ai.panjangnye nak bace.

    hehee..

    ok2 the point is, duduk india mewah…

    boleh saving untuk dapat baby nnt..

    ahahaa…

  3. rihlatulwujud permalink*
    June 10, 2009 8:51 pm

    Hi Su Phing!..hehe..felt like forever havent seen u around.. this study break really makes u stick at home right?..^_^..thanx anyway for the comment..all the best to u too!..=)

    To Ateey:..kamu neh!..ada2 je nak kenakan akak..hehe..InsyaAllah, tgh saving juga utk itu.. Baby zaman skrg sume nk yg berkualiti jek kan..;p

  4. zamzam permalink
    June 11, 2009 5:56 pm

    hehe…..setujuu sgt…hny sape yg d0k india je paham kesusahannye….huhu…..tp ade gak yg best kot…tu pon best “tersendiri gitu”…hhehehe….dtg india br tau…hehehe

  5. Ateey permalink
    June 11, 2009 6:16 pm

    haih..baby mane tahu pape..sian die plak yg kene..

    silap ayat tu..

    ”ibu bapa zaman sekarang semua nk yg berkualiti jer”

    hehe..XD

  6. rihlatulwujud permalink*
    June 11, 2009 6:44 pm

    To zamzam: a’ah kan zam, mmg ada yg best pun, siapa dtg India baru tahu apa yg best tu..ekeke..;p

    To Ateey: hihi,tergelak akak baca. Betul gak tu, baby tak bersalah. Makbapak yg nk semua berkualiti je utk masa depan anak2 die. Tanak anak2 susah. ^_^..

  7. qiqi permalink
    June 12, 2009 11:40 am

    waaaa! ade aircon skunk.sat g che mai na ^^ monsoon pn cm xberapa monsoon je. monsoon exam de la. al d bes musss!

  8. rihlatulwujud permalink*
    June 12, 2009 12:11 pm

    A’ah laa..qiqi dah lama tak mai umah kami..mai laa..sebelum mus blk cuti..kang rindu kat muss xjamin!..hikhikhik..^_^..

  9. anmir permalink
    June 12, 2009 3:43 pm

    salam kak mus.wah heaven sungguh study kat sane.summer leh pasang aircond.kat sini abeslaa bil letrik jadi 200jd =( btw,saye nida (jordan) baru berapa kali kita jumpa, entah akak ingat lagi atau tak =) apapun gudluck untuk xam

  10. rihlatulwujud permalink*
    June 12, 2009 5:32 pm

    Wassalam..eh,mestilah akak igt. Nida zaujah Amir kn?yg buat dentistry gak mcm akak..jzkk doakan!..all the best utk Nida juga..^_^..

  11. June 13, 2009 3:00 pm

    salam akak.. thanks for visiting our blog.. ‘our’ ke? hehe.. masuk blog akak terus nampak akak link kan blog anim.. thanks.. nanti anim link kan blog akak yea..

  12. rihlatulwujud permalink*
    June 13, 2009 3:41 pm

    wassalam..thanks utk anim juga!..^_^..sama2 lah kita promote blog masing2 ek..hehe..=)

  13. saya comel sangat permalink
    June 13, 2009 7:30 pm

    pertama : “Siapa ntah rajin ponteng kelas?!” *batuk*
    kedua : paling mahal INR10500(rumah sape ntah) untuk dua bilik. *batuk lagi*
    ketiga : Dok India terus mengada nak ekon. *masih batuk lagi*
    keempat : Disadvantage jadi pemalas nak kemas-mengemas ni. *x berhenti lagi batuk*
    kelima : Kalah orang yang dah bekerja di Malaysia.*tersedak kuat*
    keenam : Terlebih makan sampai sukar kawal berat badan *makin kuat batuk*
    ketujuh : Rasa nak makan steak/ sizzler terus pergi tanpa tengok duit ada atau tak dalam dompet. *ye masih lagi batuk*
    kelapan : lagi selesa ambil flight untuk travel di India compared to ambil bas atau keretapi. *berhenti sat batuk. sy pilih flight sbb jimat masa je*

    Tapi semua perkara di atas applicable untuk di India sahaja.ho yeah~ itu benar~

  14. rihlatulwujud permalink*
    June 13, 2009 7:46 pm

    hehehe..blueks la momon neh..sile berjimat cermat okeh,supaya boleh membeli handbeg+tshirt+keychain utk saya lagi..ekeke..;P..makaceh daun keladi!..^_^

  15. saya lagi comel sangat sangat permalink
    June 14, 2009 7:12 pm

    wahahahaha cane tah terpantul kat blog nih…suke suke post ni…tiade yg betul melainkan yg benar…mebi certain org mite pk mlebey2 life kte kat cni tp prcayelah sumtimes tu kemewahan idup tersebut can barely compensate dgn d so-called hardship yg di alami (as for me i define hardship d cni as mental-challengin-daily-life-experiences o.O)..dont get me wrong m not tryin to complain.. life’s supposed to be like dat i kno…ade kurang ade lbey so dat bleh asuh kite agar berpike-pike..kan mus kan mus
    p/s: nak balik rayeeeee tp spt diujarkan oleh sedari, kedatangan amatlah tidak mengizinkan utk kejadian tersebut berlangsunggg…m so in d same boat wit whoever u were “uhuk-uhuking” for der….T_T
    p/s ll : lps abis taip baru perasan mcm pnjg gile pule komen ini…arap diampunkan x_x

  16. rihlatulwujud permalink*
    June 14, 2009 9:28 pm

    hahaha kialala..makaseh sebab bagi sya pen mumbai +beg yg chantek lagi menariks itu..it’s soooo my taste!!..<–(xde kena mengena dengan mereply komen diatas..;p)..whatever it is, we still have each other utk saling menguatkan manghadapi cobaaaann di negara yg 'best' ini kan kan kan..nanti buat pulot kuneng+rendang daging meletup lagi sile ajak kami okeh!..^_^

  17. hanisah permalink
    June 15, 2009 9:48 am

    yo wassap gd luck exam.long case surgery exam i br je lepas td.non hodgkin lymphoma ahah niceeee one.B/L breast swelling, abd mass, severe cellulitis ;(

  18. rihlatulwujud permalink*
    June 15, 2009 10:39 am

    wassup along..i doakan u semoga semua selamat!..no worries..insyaAllah..^_^

  19. June 21, 2009 2:59 pm

    Salam kak 😉
    Lama x jejak kaki ke sini. hehe. Wah, sangat2 mewah ye blaja di india. Rasa macam jeles pun ada. huhu. Tp, duniawi je kan ;). Teringin nak taw apa hardship yang ada di India?

    Take care sis ^__^

  20. Ateey permalink
    June 26, 2009 1:59 pm

    banyaknye belanja rm120 seminggu?!!

    kite dok kat matrix rm70 jekk..haha..

  21. rihlatulwujud permalink*
    July 1, 2009 12:23 pm

    to syazana: A’ah, semua duniawi je. Kalau nk tahu apa hardship,kena dtg sini. Nak cerita tak sama dengan rasa. Macam belajar masak juga, tak tanya resipi dengan dtg tgk org tu masak sniri+kite pun masak skali. hehe..^_^..

    to ateey:.tuhla,akak pun rasa banyak..hehe..tp sbb barang mahal. kat msia mana ada brg mahal. ok la tu rm 70..=)

Leave a reply to saya comel sangat Cancel reply