Korean Food..

Saya suka masak makanan Korea. Kenapa entah. Tapi bermusim lah. Bila rajin je. Kalau malas, tak adalah makanan ini semua.

Mungkin mudah kut nak buat..

P1010957

Japchae, Gaeran Mari, Kimbap

Ini saya buat masa Abu Thana’ ada di India ini. Dia teringin nak makan. Tapi tak habis pun, sikit je dia makan. Tak kena selera dia kut, sesuai dengan selera saya dan cik hazimah je. Hihi

IMG_3122

Japchae/Dangmyeon

Ini pula mee korea from Glass noodle mereka panggil. Saya dapat glassnoodle ni dari Jordan. Siap beli byk2 bwk balik India. Nak buat sangat senang, campak2 je. Rasanya telah di approve kawan Korea saya. Katanya rasa sama macam mak dia masak..hihi

 

Ddeokbokki

Ddeokbokki

Ini baru cuba hari ini. Rice cake buat sendiri. Kurang kenyal dari yang original Korean rice cake.

Kimchi(jeruk sayur korea) pun saya pernah buat..*wink*

Saja nak berkongsi. Duduk India, tapi masak masakan Korea lagi terer dari masak makanan India. ehe. Tak minatlah nak belajar masak masakan India seperti capati, nan atau puri.

-Ummu Thana’-Manglore,India

 

 

Comments (4) »

Bengaluru..moga berjumpa lagi..^_^

Jalan Dakwah fitrahnya takkan mudah.
Biar payah tapi hati tenang kerana sentiasa merasa kebersamaan bersamaNya.
Moga hati-hati kita bersatu atas dasar untuk menegakkan agamaNya.
DSC00685
Dr Naziah, Tasya, Ana
DSC00686
Ni ada Fadh pulak..=)
DSC00697
Ceramah Palestin: Dimanakah Solahuddinnya?-Bersama Dr Zainurrashid
DSC00704
Infront of IMS Hospital
IMG_3440
Dr Naziah n Dr Zainur Rashid
DSC00708
Terima kasih Akhawat Bangalore..=)..Lain kali boleh belanja lagi ek..hihi
Masa Muda
Album : Masa Muda
Munsyid : edCoustic

Masa muda usiaku kini
Warna hidup tinggal kupilih
Namun aku telah putuskan
Hidup diatas kebenaran

Masa muda penuh karya untukMu Tuhan
Yang aku persembahkan sbagai insan beriman
Mumpung muda ku tak berhenti menapak cita
Menuju negeri syurga yang nun jauh disana

Kini jelas tiap langkahku
Illahi jadi tujuanku
Apapun yang aku lakukan
Islam slalu jadi pegangan

Ya Allah, Aku memohon kepadaMu agar hati ini terus tegar dan tsabat di atas JalanMu sehingga ke akhir nyawaku. Satukanlah hati-hati kami demi agamaMu Ya Allah.

Wallahualam

-Ummu Thana’-Mangalore,India

Comments (2) »

Meneladani dakwah ala PKS

massa aksi1

Demonstrasi Palestina oleh PKS

Post kali ini saya nukilkan bagi merungkai beberapa jawapan yang diberikan oleh Saudara ‘Abed dalam komentar beliau terhadap post saya yang bertajuk ‘Aduhai politik…’ .Meskipun jawapan-jawapan ditulis dengan panjang lebar, saya mendapati bahawa beliau kurang memahami hasrat dan isi sebenar yang saya cuba sampaikan dalam post tersebut. Ringkasnya, dalam post yang lepas saya sebenarnya bermaksud membawa beberapa cadangan bagi menjadikan dakwah & tarbiyyah sebagai misi, visi, dan obsesi PAS dalam gerakannya. Apa yang saya sampaikan dalam post tersebut bukanlah dilakukan tanpa memahami bagaimana hakikat PAS itu sendiri, tetapi setelah dilakukan beberapa kajian ringkas, mengambil pengajaran daripada beberapa pengalaman-pengalaman dakwi, dan juga bersumber kalam ahli PAS sendiri. Namun, mungkin disebabkan kemahiran saya menyampaikan maksud hati saya melalui penulisan kurang berkesan, berlakulah salah erti di situ. Kali ini saya akan cuba menulis sebaik mungkin supaya maksud yang dikehendaki sampai pada sasarannya.

Membangun Ummah Berasaskan Kefahaman Dakwi & Tarbawi

Bagi menjawab beberapa perkara yang ditimbulkan oleh Saudara ‘Abed, saya suka untuk membawa Partai Keadilan Sejahtera (PKS) di Indonesia sebagai contoh supaya mudah untuk kita memahami bagaimana ummah itu mahu dibangunkan. Umum makruf bahawa PKS menjadikan manhaj dakwah yang dipelopori oleh Imam Syahid Hassan Al-Banna (berdasarkan kefahaman beliau terhadap Al-Quran, Sunnah & Seerah Rasulullah s.a.w) sebagai tapak bagi menggerakkan masyru’ Islami mereka di Indonesia.

1. PKS di Indonesia mendaftarkan diri mereka sebagai sebuah PARTI POLITIK, dan bukan NGO. Mereka terlibat dengan pelbagai gerak-kerja politik, tetapi dalam masa yang sama masih menjadikan dakwah & tarbiyyah sebagai komponen utama dalam rangka mereka membangun kefahaman masyarakat. Jika disebutkan PKS pada masyarakat Indonesia, umumnya mereka akan terus mengatakan bahawa PKS adalah PARTAI DAKWAH, dan bukan parti politik sebarangan. Inilah imej yang dibawa oleh mereka, dan inilah imej yang saya rasakan perlu dibawa oleh PAS dalam usaha mereka menjadi Harakah Syamilah di Malaysia. Kisah perjuangan PAS yang panjang semenjak kemerdekaan sudah makruf bagi masyarakat Malaysia. Meskipun pada awalnya PAS sememangnya sebuah parti politik semata, namun setelah pengaruh Ikhwanul Muslimin berjaya menembusi parti ini, PAS mula berubah sedikit wajahnya ke arah kefahaman dakwah & tarbiyyah. Tetapi apa yang berlaku pada ketika ini, dakwah & tarbiyyah bukanlah menjadi tapak asas masyru’ Islami yang mahu dibangun oleh PAS. Ramai yang boleh mendakwa bahawa apa yang saya timbulkan ini adalah tidak tepat, oleh itu saya serahkan perkara ini untuk difikirkan oleh ahli-ahli PAS. Adakah dakwah & tarbiyyah mekar membunga dalam PAS? Akhirnya, amal kita yang akan menceritakan siapakah kita sebenarnya. Sebagai orang yang melihat PAS dari luarannya, saya mendapati terdapat ramai pimpinan dan ahli PAS yang faham akan hakikat dakwah ini. Namun, kefahaman ini tidak mengakar-umbi pada segenap ahli PAS yang hampir mencecah satu juta itu.

2. Bila analisis yang dilakukan oleh individu bebas terhadap sesebuah perkumpulan, sudah tentulah ia terdedah kepada jawapan-jawapan ahli perkumpulan tersebut yang mahu membela perkumpulannya. Kata-kata “…kami lebih mengetahui kumpulan kami kerana kami hidup di dalamnya..” sudah pasti akan kedengaran. Saya memberikan pandangan saya untuk difikir-fikirkan oleh ahli PAS itu sendiri. Sememangnya saya tidak hidup dalam PAS, tetapi penulisan saya ini hanyalah untuk melihat PAS menjadi sebuah PARTI DAKWAH. Andai apa yang saya tuliskan ini tidak menepati apa yang dialami oleh ahli PAS, maka biarkanlah ia dijadikan renungan oleh mereka once in a while. Kemungkinan ada kumpulan-kumpulan lain yang turut bersama saya dalam mememahami hakikat ini, moga-moga merekalah suatu masa nanti yang akan memimpin fikrah Harakah Syamilah ini.

Pimpinan PKS

Pimpinan PKS

3.  Saya merasakan bahawa komen Saudara ‘Abed tentang keakuran PAS terhadap isu ta’addud jamaah menunjukkan beliau seorang ahli PAS yang berfikiran terbuka. Agak sukar bagi kita menemui perkara sebegini di kalangan pendokong-pendokong PAS, terutamanya di peringkat mahasiswa. Seharusnya perkara ini diterima oleh gerakan-gerakan Islam yang lain agar tiada lagi perbalahan tentang siapakah yang lebih utama untuk kita halakan wala’ kita.

4. Saya ada melakukan sedikit-sebanyak pembacaan dan analisis-analisis yang dilakukan oleh individu-individu bebas terhadap PKS. Antara keistimewaan PKS di dalam menggarap kader-kadernya adalah kesatuan suara segenap kader mereka (yang kini telah mencecah 10% penduduk Indonesia, kata seorang teman PKS – tidak dapat saya pastikan) dalam apa jua polisi dan isu yang berlaku. Ini dinyatakan juga oleh parti-parti politik yang lain di Indonesia. Bukanlah bermakna di sana tiada ruang perbincangan atau khilaf, tetapi perbezaan pendapat itu disalurkan melalui salurannya yang tepat dan apabila telah diputuskan oleh syura pimpinan PKS, maka sekalian kader PKS akan taat serta patuh melaksanakan arahan. Inilah ‘politik mendidik’ yang dibawa oleh PKS di sana, dan akhirnya PKS masih menjadi parti yang inklusif meskipun proses pemeringkatan kader mereka sangat ketat.

5. Berdasarkan fikrah Imam Syahid Hassan Al-Banna, ummah ini dibangunkan melalui marahil dakwiah(peringkat-peringkat dakwah) yang dimulai dengan pembinaan peribadi individu, kemudian keluarga & masyarakat, seterusnya Islah Hukumah & Daulah Islamiyyah. Untuk kembali bergerak secara massa di peringkat masyarakat, mungkin agak sukar bagi sesetengah pihak, lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah berjuang lama di arena politik. Seolah-olah mereka perlu melangkah setapak kebelakang (step back)  dan menumpukan seluruh kekuatan mereka di peringkat yang telah mereka lepasi suatu ketika dahulu. Tidak ramai yang mampu melakukannya. Jika tapak yang dibina di peringkat masyarakat sudah kukuh, tidak mengapa. Andai belum, maka perlu difikir-fikirkan. PKS di Indonesia yang sebenarnya baru sahaja didaftarkan lewat ‘90 an telah mempamerkan contoh cemerlang bagi gerakan-gerakan Islam yang lain melalui sejarahnya yang panjang (semenjak awal ‘80 an) dalam membina kader bangsa pejuang Indonesia.

Cukup dahulu buat masa ini, sehingga bertemu lagi.

~Abu Thana’, Irbid~

Comments (2) »

Aduhai politik…

Sudah lama rasanya tidak menulis. Kalau dibiarkan terlalu lama, pasti hilang kemahiran yang tidak seberapa ini. Studi dan amal-amal lain menjarakkan saya seketika dengan penulisan di blog ini. Blog ini blog perkongsian saya dan isteri, tetapi kalau dihitung post yang ada, saya ketinggalan jauh berbanding Ummu Thana’.

Kali ini saya tergerak untuk menulis setelah bersembang-sembang dengan beberapa sahabat di masjid sebentar tadi, sementara menunggu waktu Isya’. Perbincangan yang santai, mencakup topik-topik yang pelbagai, termasuk yang terhangat di pasaran. Isu penangkapan Ustaz Asri juga tidak ketinggalan dikomen, dan akhirnya terbawa-bawa ke isu politik semasa tanahair.

Suasana politik terkini di Malaysia menuntut kita untuk kembali berfikir, di manakah keaslian masyru’ Islami yang kita ingin bawa? Apakah jalan terbaik untuk memenangkan masyru’ Islami ini dalam suasana politik pada ketika ini?

Jika dilihatkan kepada agenda parti-parti politik di Malaysia, sudah maklum bahawa PAS adalah parti yang menjadikan Islam sebagai teras perjuangan mereka. Pasca PRU 12 tahun lalu, PAS telah pun berjaya menawan Kedah, di samping mengekalkan posisi selesa mereka di Kelantan. Sebahagian penganalisis kuat mengatakan bahawa obor Islam sudah makin diterima dengan rancak, namun sebahagian yang lain menyatakan bahawa kejayaan tersebut adalah hasil swing vote yang kecewa dengan kepimpinan kerajaan pusat. Masing-masing bebas untuk menilai, tetapi biarlah nilaian itu berdasarkan neraca realiti.

Pasca PRU 12 juga membawa pemimpin PAS ke arah berfikir hala tuju kerjasama politik mereka, atau lebih biasa disebut oleh kalangan Islamis sebagai tahalluf siyasi. Sebahagian mereka cuba membawa idea kerajaan perpaduan dengan bergabung bersama di dalam kerajaan pusat, atas pertimbangan-pertimbangan berasaskan qaedah Siyasah Syar’iyyah. Sebahagian yang lain pula merasakan bahawa political mileage mereka akan lebih terpelihara andai kerjasama dilakukan bersama PKR dan DAP atas nama Pakatan Rakyat. Kumpulan ini yang lebih dikenali oleh media sebagai puak Erdogan mempertahankan prinsip mereka bersama Pakatan Rakyat, mungkin juga kerana faktor peribadi Anwar Ibrahim itu sendiri. Lantas cakap-cakap tentang kerajaan perpaduan dan kesetiaan bersama Pakatan Rakyat berterusan, sehingga telah diadakan muktamar khas bagi membincangkan isu tersebut. Meskipun resolusi muktamar tersebut mengikat PAS untuk terus bersama PR, cakap-cakap tentang kerajaan perpaduan terus dicanangkan oleh sebahagian dari mereka, dengan menggunapakai istilah muzarakah & muqabalah bersama UMNO. Respon dari UMNO di sebelah pihak, dan PKR dan DAP di sebelah pihak yang lain, masing-masing menunjukkan bahawa mereka memerlukan PAS untuk terus survive dalam arena politik tanahair. Justeru, nilai PAS semakin mahal, dan keputusan PAS akan menentukan kekuatan barisan mana yang akan lebih kukuh. Di antara memilih kerajaan perpaduan demi mempertahankan prinsip Melayu-Islam, atau kerjasama dengan DAP yang sudah makruf  menentang penegakan Daulah Islam.  Kemuncak kepada isu ini di mana Tuan Guru Nik Aziz mencadangkan supaya memanggil EGM, akhirnya PAS tetap dengan keputusan bersama PR, dan tiada lagi cakap-cakap tentang kerajaan perpaduan.

Dalam memilih untuk mengadakan kerjasama politik ini, PAS seharusnya tahu bahawa kerjasama politik dengan DAP hanya akan membantutkan masyru’ Islami yang ingin di bawa, dan PAS juga sebenarnya telah serik untuk bersama dengan UMNO di dalam kerajaan perpaduan, meskipun masyru’ Islami boleh dikembangkan hasil kerjasama tersebut. Saya berpendapat bahawa pada saat ini, PAS perlu mengambil sikap ‘jual mahal’, andai mahu memastikan masyru’ Islami terus relevan di tengah-tengah masyarakat. PAS masih boleh bergerak tanpa kerjasama politik dengan sesiapa, kerana kerjasama politik dengan parti-parti tersebut hanyalah dilaungkan untuk mengambil kesempatan di atas ‘nilai’ PAS yang tinggi pada ketika ini.

Solusinya, buat masa ini PAS perlu kembali mengislah masyarakat melalui pelbagai medan yang masih terbentang luas untuk diusahakan. Medan politik bukanlah satu-satunya medan mengislah masyarakat, ianya hanyalah satu wasilah dari wasail yang berbagai. Andai benar bahawa PAS merupakan Jamaah yang syumul dari aspek haraki yang pelbagai, maka tiada masalah jika PAS mengambil pendirian bersendiri pada ketika ini dan menumpukan seluruh jenteranya ke arah mengislah masyarakat melalui medan-medan non-political. Masalah kemiskinan rakyat, pengangguran, kebejatan sosial, pendidikan berteras Islam yang masih kurang, masalah penagihan dadah, membangun ekonomi masyarakat Melayu-Islam, masalah akhlak muda-mudi,….. semuanya masih boleh diurus secara langsung tanpa menerusi medan politik, dan dalam masa yang sama maslahat ummah tetap terpelihara. Namun, apa yang diyakini oleh PAS adalah untuk mendapatkan kemenangan dalam siri pilihanraya kecil dan seterusnya PRU 13, selepas itu barulah masalah-masalah ini akan dapat diurus. Lantas, seluruh jentera dikerahkan untuk memastikan kemenangan tersebut dicapai, dan yang paling dinanti adalah PRU 13 kelak. Jika nasib tidak menyebelahi PAS pada ketika tersebut, kitaran ini akan terus berulang, dan masalah ummah masih tidak dapat diurus secara langsung.

Saya pernah terbaca satu artikel yang pada hemat saya ditulis oleh ahli PAS sendiri, tetapi tidak dapat saya pastikan. Antara lain artikel tersebut mencadangkan agar struktur PAS digubah supaya menjadi lebih ‘mesra-rakyat’, dalam rangka menjadikan PAS Jamaah yang lebih merangkumi pelbagai aspek dakwah, atau lebih tepat diistilahkan oleh kalangan Islamis sebagai Harakah Syamilah. Stuktur tersebut mencadangkan agar harakah ini membumi di kalangan masyarakat dengan pelbagai pengkhususan amal, dan bukan amal politik semata. Urusan politik hanya akan diurus oleh satu biro di dalam harakah tersebut, dan biro-biro lain terus hidup dan bergerak sama laju dengan gerakan biro politik tersebut. Struktur seperti inilah yang bakal menjadikan PAS Harakah Syamilah, dan bakal menjayakan masyru’ Islami di Malaysia. Dan bila bertemu situasi seperti hari ini, masyru’ Islami PAS tetap bergerak walaupun PAS mengambil pendirian berkecuali dari mana-mana kerjasama. Lagi, jika tiba suatu keadaan di mana PAS perlu memboikot pilihanraya, PAS akan terus memancang pasaknya di tengah masyarakat kerana wasilah politik bukanlah satu-satunya wasilah amal mereka. Perkara seperti ini bukanlah suatu yang ganjil, HAMAS di Palestin dan Barisan Amal Islami (wadah politik Ikhwanul Muslimin di Jordan) telah membuktikan konsep Harakah Syamilah ini. Persoalannya, adakah PAS bersedia untuk semua ini? Atau PAS masih merasakan medan politik adalah medan utama dalam menjayakan masyru’ Islami?

p/s: Pertama kali menulis tentang politik tanahair, komen dialu-alukan.


~Abu Thana’, Irbid~

Comments (1) »

Mujahidah

mujahidah

Sebelum bernikah dengan Abu Thana’, ayah saya dalam perbualan dia dengan family Abu Thana’ dan depan Abu Thana’ sendiri, dia cakap bahawa saya ini adalah ‘ a very persistent young lady’. I know it is a negative side of me that he was talking about infront of my family to-be at that time, and now Alhamdulillah, dah jadi my family. Somehow saya rasa sangat terhutang budi pada ayah yang tidak menceritakan a good side of me but instead seolah-olah memberi amaran pada Abu Thana’ supaya berhati-hati dan expect for the worst (macam nak datang India juga..hihi). And the fact that my parents know me better than anybody else in this world membuatkan ayah berkata begitu.  Seolah-olah macam kisah ‘pemuda epal’ kalau ada yang pernah dengar la, si pemuda ini dijodohkan dengan anak penilik kebun epal yang dia termakan sebiji epal secara tak sengaja dan bekerja dengan pemilik kebun itu selama 10 tahun. anak perempuan tersebut buta, bisu dan pekak. Dia redha, tapi hakikatnya isteri dia tu tak buta, tak bisu dan tak pekak pun, malah amat cantik dan terpelihara. I’m 200% sure yang saya tidaklah seperti si perempuan itu, cuma memberi perumpamaan sebab ayah saya cakap yang negative about me to Abu Thana’.

Sampai sekarang perkataan ayah tu menjadi bahan gurauan Abu Thana’ pada saya. Kadang-kadang rasa geram, kadang-kadang rasa kelakar. But it is very true, I am a very persistent person. Tadi pergi google synonims of persistent:indefatigable, pertinacious, tenacious,stubborn. Persistent ni boleh jadi negative pada seseorang dan boleh juga jadi positive pada seseorang. But i know mine one is of course the negative one.

Mungkin bagi ayah, negative cakap dulu, positif cari kemudian bila dah nikah nanti. Alhamdulillah, Abu Thana’ sangat bertoleransi dengan saya yang persistent ini. Dan secara tak langsung, saya berusaha sedaya mungkin untuk tidak jadi persistent selepas bernikah sebab malu la dengan Abu Thana’. Bukan mudah bila sikap itu dah sebati dalam diri. Tapi sedikit demi sedikit saya cuba untuk perbaiki. Bermula dengan sentiasa cuba memaafkan orang lain sebelum tidur(ini saya ambil petua Dr Fadhilah Kamsah), berlapang dada dalam setiap perkara, lupakan perkara yang tak best yang dah belalu(sampai skrg saya jadi mudah lupa, kadang-kadang risau jugak kut2 ada penyakit short term memory lost ke apa..hihi), setiap hari adalah hari baru buat saya dan berusaha memastikan hari ini lebih baik dari semalam.

Disebabkan itu, khas untuk Akhawati, saya harap marilah kita sama-sama muhasabah diri untuk mengubah the negative side of us and make it into a positive one. Berusaha untuk menjadi mujahidah sejati. Ada sebuah nasyid yang saya sangat suka dulu-dulu masa kecil kumpulan nasyid ni, Nahwan-Nur. Kalau masa kecil, kami  satu keluarga memang support habis-habisan kumpulan ini sebab mereka ikhwah yang berdakwah melalui nasyid dan semua nasyid mereka membangkitkan semangat juang. Kalau ada konsert, pasti kami pergi dan pasti beli setiap kaset terbaru mereka. Sampai sekarang ummi mesti simpan lagi kaset-kaset nasyid mereka.

Mujahidah sejati

Intan permata mutiara mahkota

Seindah pelangi di cakerawala

Menghiasi taman indah nan permai

Mujahidah sejati

Engkaulah serikandi pembela agama

Peribadi solehah hiasan diri

Subur dengan iman dan ketaqwaan

Mujahidah sejati

Akhirat utama

Kerana dunia bukan pilihannya

Mujahidah sejati

Hatinya berbeza

Kerana diasuh iman dan taqwa

Mujahidah sejati

Berbekal alquran dan assunnah

Bersulam pengorbanan

Bisa menggegarkan isi dunia

Mujahidah sejati

Terus subur mekar mewangi

Seindah suria menerangi bumi

Harapan ukhuwah yang abadi

Mujahidah sejati

Akhirat utama

Kerana dunia bukan pilihannya

Mujahidah sejati

Hatinya berbeza

Kerana diasuh iman dan taqwa

Mujahidah sejati

Menyoroti langkah khadijah, aisyah , fatimah

Menjadi muqarrabin bermujahadah

Menuju cinta dan kasih Allah

Mujahidah sejati

Akhirat utama

Kerana dunia bukan pilihannya

Mujahidah sejati

Hatinya berbeza

Kerana diasuh iman dan taqwa

Paras rupa bukannya ukuran

Nilainya sama di sisi tuhan

Cuma ibadah yang membezakan wanita solehah di sisi tuhan

Berhati-hatilah hasutan dunia

Kerana ia merbahaya

Jangan dibiarkan ia bertakhta dalam iringan dosa-dosa

Mujahidah sejati

Akhirat utama

Kerana dunia bukan pilihannya

Mujahidah sejati

Hatinya berbeza

Kerana diasuh iman dan taqwa

Wallahualam

-Ummu Thana’-Mangalore, India

Comments (2) »

Adiks

Insyirah Binti Ishkandar

Insyirah Binti Ishkandar

Maaflah, saya rindu si kecik sorang ini. Maka sesiapa yang membaca harap janganlah marah ye. Ini salah satu cara nak control rindu pada si kecik itu. Tengok gamba dia!.hehehe..

budak kecik tudung itam tuh mulut macam mak nenek..

si kecik tudung hitam itu pun mulutnya becok. Cakap mengalahkan orang tua-tua bercakap..

mumtaz, along adiks

Mumtaz, along, adiks

musfirah ishkandar (10/29/2009 4:51:25 PM): adik
musfirah ishkandar (10/29/2009 4:51:32 PM): kite rindu giler la kat adiks
Insyirah Ishkandar (10/29/2009 4:51:44 PM): huhu
musfirah ishkandar (10/29/2009 4:51:45 PM): rasa nak pos adiks datang sini je
musfirah ishkandar (10/29/2009 4:52:05 PM): adik suruh la umi pos adik..letak dalam kotak pos laju
Insyirah Ishkandar (10/29/2009 4:52:07 PM): ayah kate dia nk dtg tp x bwk kitorg..
musfirah ishkandar (10/29/2009 4:52:07 PM): murah sikit
Insyirah Ishkandar (10/29/2009 4:52:15 PM): heheh
musfirah ishkandar (10/29/2009 4:52:17 PM): hahaha
musfirah ishkandar (10/29/2009 4:52:29 PM): kalau abg iman muat..pos abg iman sekali
Insyirah Ishkandar (10/29/2009 4:52:36 PM): heheh
musfirah ishkandar (10/29/2009 4:53:19 PM): ayah cakap bila dia nak datang?
musfirah ishkandar (10/29/2009 4:53:28 PM): hari tu dia kata nak datang..tapi tak datang pun..
Insyirah Ishkandar (10/29/2009 4:53:31 PM): ntah…akihr tahun kot…
Insyirah Ishkandar (10/29/2009 4:53:35 PM): umi cadang..
Insyirah Ishkandar (10/29/2009 4:53:51 PM): x taul;ah..
musfirah ishkandar (10/29/2009 4:54:15 PM): haaa..cakap ngn ayah..datangla tarikh 25 dec-21 januari
musfirah ishkandar (10/29/2009 4:54:25 PM): sebab masa tuh housemate kite tak ada kat rumah
Insyirah Ishkandar (10/29/2009 4:54:26 PM): nape?
musfirah ishkandar (10/29/2009 4:54:28 PM): dia balik malaysia
Insyirah Ishkandar (10/29/2009 4:54:34 PM): ok…
musfirah ishkandar (10/29/2009 4:54:36 PM): so,ada bilik kosong
musfirah ishkandar (10/29/2009 4:54:37 PM): hehehe
Insyirah Ishkandar (10/29/2009 4:54:51 PM): heheh
musfirah ishkandar (10/29/2009 4:54:54 PM): nnt la kite tnye umi..kite byrkan tiket adiks n iman..
musfirah ishkandar (10/29/2009 4:55:02 PM): umi dengan ayah bayar tiket sendiri
Insyirah Ishkandar (10/29/2009 4:55:09 PM): tp paspot x renew lg
musfirah ishkandar (10/29/2009 4:55:22 PM): alaa…nnt kite suruh umi renew paspot adiks
Insyirah Ishkandar (10/29/2009 4:55:30 PM): jap…adik nk solat…
musfirah ishkandar (10/29/2009 4:55:34 PM): okeh

Ini blog beliau. Along kata budak kecik itu telah merosakkan kamera along lantaran terlampau excited amik gamba abang ipar kedua dia..isk..Adik kata dia nak ajak kawan-kawan dia sleepover di rumah cuti sekolah nanti. Dah dapat kebenaran umi ayah katanya. Harap2 jangan ada katil patah lagi sudah ye adiks!..;p..Buat jadual betul-betul pastu mesti ikut jadual tu, jangan macam last time. solat ikut waktu, qiyam jangan lupa. Kalau nak buat ‘hirasah’ pun boleh. last time semua ‘hirasah’, takde sape yang tidor kan adik kan?..Pastu umi kate rumah dia dah jadi macam tadika.  Padahal semua dah besar-besar.Last-last umi yang kena control korang supaya buat benda berfaedah. Tahun depan dah nak ambil UPSR, serius sikit adik!..^_^..Angah doa adik jadi anak solehah okeh. Adik doakan angah sekali ye~

-Ummu Thana’-Mangalore, India

Comments (4) »

Tenang..

Ini gamba hiasan..hihi..tak ada kena mengena dengan isi di bawah

Ini hanyalah gambar hiasan..hehe..tak ada kena mengena dengan isi dibawah

Macam mana anda mencari ketenangan?. Adakah ketenangan itu perlu dicari atau boleh datang dengan sendirinya? Sudah pastilah ketenangan itu harus dicari. Kalau tak cari, manusia takkan boleh tenang begitu sahaja.

Ada orang tenang bila khusyuk dalam solat dan doa

Ada orang tenang bila baca Al-quran

Ada orang tenang bila sibuk dengan urusan dakwah

Ada orang tenang bila dapat tengok muka orang yang disayangi, tak kiralah pasangan, anak, ibubapa, adik beradik, ahli keluarga, sahabat

Ada orang tenang bila dapat membahagiakan orang lain

Ada orang tenang bila makan banyak

Ada orang tenang dengan keluar melihat ciptaan Allah

Ada orang tenang bila dapat buat benda yang dia suka

Ada orang tenang bila dia buat relaxation therapy..

Tapi betulkah anda benar-benar akan rasa tenang bila:

1. Anda gembira dengang bercakap perihal orang lain(mengumpat)

2. Anda membenci orang yang buat salah pada anda

3. Anda rela berdendam dari memaafkan

4. Anda bersangka bersangka buruk dengan orang lain

5. Anda gembira buat dosa dengan pasangan yang belum halal

6. Anda seronok buat terlampau banyak benda sia-sia atas alasan untuk menenangkan diri.

Entahlah..mungkin definisi tenang manusia tak selari dengan definisi tenang Allah dalam Al-quran.

“Iaitu orang yang berIman dan hati mereka yang tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mngingati Allah hati menjadi tenteram.”[Ar-Rad:28]

Saya ingin muhasabah diri sendiri, bila ketikanya saya betul-betul tenang. Mungkin anda juga boleh sama-sama muhasabah diri. InsyaAllah. Kerana kita, tanpa Allah memang bukan siapa-siapa. Tak akan wujud dan tak ada makna.

-Ummu Thana’-Mangalore,India

Comments (2) »

Samakah kita?

Ini batchmates posting saya..^_^

Ini batchmates posting saya..^_^

Kami duduk dalam bilik ini masa clinical posting..

Kami duduk dalam bilik ini masa clinical posting..

Ini suasana bilik yang bersepah dengan barang-barang kami..

Ini suasana bilik yang bersepah dengan barang-barang kami..

Ini kerja kami bila tak merawat patient..satu hari tuh kena tangkap dengan lecturer sebab tgh tgk movie..padan muka kami!

Ini kerja kami bila tak merawat patient..satu hari tuh kena tangkap dengan lecturer sebab tgh tgk movie..padan muka kami!

saya sorg je bukak buku..perasan..*wink*

saya sorg je bukak buku..perasan..*wink*

Bila ada patient je semua nak tengok sampai cuak adik tu..sian die..hihi..nasib baik dah besar sikit budaknye..'we are still learning adik,dont be mad ok!..=)'

Bila ada patient je semua nak tengok sampai cuak adik tu..sian die..hihi..nasib baik dah besar sikit budaknye..'we are still learning adik,dont be mad ok!..=)'

Wah,lima hari blog tak berupdate. Sibuk lah konon. Sibuk apa pun tak tahu. Hanya cik zimah je tahu saya sibuk buat apa..hihi. Melalut dah ni.

Bismillahirrahmanirrahim.

Perbincangan saya dan adik-adik sayang sangat rancak semalam. Macam-macam keluar. Dari isu orang Islam bela anjing, fahaman mazhab Maliki sampailah pada solat khauf. Konklusi yang boleh di ambil terletak pada Hadith kelima dalam matan arbain Imam Nawawi. Isu bidaah. Moga semua berpuas hati dan terus berusaha untuk mencari kebenaran yang ada di mana-mana. Kalau cari mesti jumpa, kalau tak cari, haruslah tak jumpa. hihi

Artikel ini ditulis demi menyahut seruan ukhtifillah cik  Asma Haslan nun jauh di Jordan yang dirindui yang meminta saya kongsi banyak2 ttg bi’ah di India ini. Tak puas2 agaknya dia dengar cerita saya. Hihi.

Apa yang saya nak kongsikan untuk kita ambil iktibar adalah pasal isu berlapang dada dalam banyak perkara. Berlapang dada bukan bermakna membiarkan sahaja orang memijak kepala kita dan kita bersabar, kerana sabar juga kena bertempat, tapi berlapang dada ini bila kita mampu untuk menerima teguran atau pun pendapat orang lain tanpa ada prejudis atau prasangka. Kita semua arif, ada dikalangan kita, yang sama agama, mengaku sebagai orang yang berserah diri kepada Allah(Muslim) tapi masih sukar untuk berlapang dada. Namun disebabkan Iman kita yang senipis kulit bawang itu, kadang-kadang mampu menyekat tindak tanduk kita agar tidak melampaui batas. Kalau adapun yang melampaui batas, maka itu sudah termakan hasutan syaitan laknatullah. Naudzubillahimin zalik. Minta dijauhkan.

Saya dulu masa sekolah tingkatan 3-5 semua orang Melayu. Walaupun sekolah kebangsaan biasa. Tak ada kawan cina atau india sebab bilangan orang cina dan india di sekolah itu boleh dikira dengan jari. Jadi bila sampai di India inilah baru saya ada kawan non Malays.  Saya sendiri satu-satunya pelajar melayu dalam kelas. Sungguh prominent. Sorang-sorang pakai tudung. Usah disebut bila di Al-Amin. Bi’ah cukup solehah. Terletak pada diri sendiri sahaja nak ikut atau tidak. Seronok dibawah kepompong Islami. Tak tahu dunia luar. Alhamdulillah untuk itu. Sungguh kenangan di Al-Amin dan segala ilmu yang saya terima dari situ benar-benar membuatkan saya rasa bersyukur.

Jadi nak katanya, kawan dengan non Malays tak sama dengan kawan dengan orang Melayu. Walaupun ada dikalangan orang Melayu yang ‘pelik’ perangai mengalahkan orang bukan Melayu, tapi sebagai orang yang beragama Islam, kita tidak sepatutnya meletakkan kepercayaan kepada non Muslims seperti percayanya kita kepada seorang Islam(saudara sendiri) selagi mereka tidak mengangkat shahadah dan masuk Islam. Malah ada sesetengah orang kata merekalah orang yang paling tidak patut dipercayai walaupun mereka sebaik Malaikat(Ibaratlah,exaggerate je nih). Saya kurang setuju, sebab bagi saya, takkanlah nak minta tolong kawan non malays tengok-tengokan beg kita bila kita nak pergi tandas pun tak boleh percaya. Dah namanya pun dia kawan kita. Kenapa saya cakap macam ni? Kerana saya dah melaluinya. Susah senang berkawan dengan mereka. Pendek kata, mereka adalah kawan senang kita, tapi bukanlah kawan susah kita.Berlapang dadalah.

Saya ada banyak situasi nak menunjukkan kenapa non Malays ini sukar untuk dipercayai:

1. Bila anda tengah naik oto nak pergi mana-mana, tiba2 jalan jem teruk sangat. Orang hon sana-sini sampai boleh pekak telinga. Lama pulak tuh. Dan anda kepanasan tunggu dalam oto macam cacing kepanasan. Bila dah boleh jalan, pasti akan kelihatan traffic light rosak dan police traffic India tolong bantu sesakkan keadaan dan bukannya kemalangan etc. Maka anda perlu berlapang dada dan senyum sahaja. Lebih 70 muscle kat muka akan ber-excercise.

2. Bila kawan anda datang lambat ke kelas atas alasan jalan jem, pastu cikgu tak boleh nak terima alasan tuh sebab dia kata boleh keluar awal. Cikgu bagi dia masuk kelas tapi takkan dapat attendance. Kawan tu duduk sebelah anda dan menghentak-hentak buku dia saja nak bagi cikgu tahu dia marah dan membebel sambil buat muka jeling-jeling pada cikgu sebab tak nak bagi dia attendance dan saya hanya tersenyum melihat gelagat dia. Bila kelas habis, si kawan ni pergi kejar cikgu dengan harapan nak merayu supaya diberi attendance. Cikgu tu pun senyum je cakap dia bagi je attendance, saja nak ugut supaya tak ulang kesalahan sama. Si kawan ni balik ke sisi anda dan cakap pada anda ‘that’s y u shouldn’t make face to the lecturer, you shouldn’t be angry!. ‘ seolah-olah anda yang melakukan kesalahan itu. Sekali lagi kita kena berlapang dada dan senyumkan sahaja~.

3. Kawan anda dari first year sampai sekarang, suka cakap pasal orang lain. Mengumpat lah ni kira. Lepas tu bila orang yang diumpat tu baik dengan dia, dia akan baik dengan orang tu, tapi bila orang tu tak baik dengan dia, habis 24 jam dia akan caci orang tersebut sambil anda terpaksa mendengar kerana anda rapat dengan dia. Kalau anda tak dengar bebelan dia, dia akan jadi musuh ketat anda dan merajuk tak tentu pasal.  Anda pulak lembut hati. Sebab tu kena berlapang dada dan senyum. Cuba tegur mana yang mampu. Kadang-kadang saya cakap kat dia, sudahlah tu..buat pening je pikir pasal orang lain.

4. Bila kawan yang dulunya anda rapat dengan dia, tapi sekarang dah tak rapat sebab makin naik tahun, makin mereka jadi suka sangat-sangat ‘jual-ikan’. Sampaikan boleh gaduh-gaduh. Kutuk-mengutuk sesama sendiri di belakang, tapi kat depan bukan main macam malaikat.  Berlapang dada sahaja dan jangan libatkan diri dalam urusan ‘ jual-beli’ ikan mereka.Tak ada profit pun pada anda. Rugi je.

5.  Bila ada yang membebel itu ini pada anda, sambil cakap jangan buat itu, jangan buat macam ni, tapi dia sendiri buat benda-benda tuh semua menunjukkan betapa hipokritnya mereka. Kena banyak berlapang dada dengan selapang-lapangnya. Biarkan apa yang mereka cakap masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

6.  Bila ada antara mereka semua yang konon-konon buat-buat rapat dengan anda, bila kat kelas jumpa je cakap hai, bila tengah posting cerita macam-macam dengan anda, siap peluk-peluk anda lagi(perempuan ye) nak tunjuk close la tuh konon. Bila anda sakit, berbasa-basi tanya ‘how are you now?’. Tapi bila sama-sama buat kesalahan dan kena marah dengan lecturer, semua akan diam membisu dan anda yang kena tanggung kesalahan itu sambil minta maaf pada cikgu sedangkan yang lain-lain akan kutuk cikgu tu sebab strict sangat. Bila cikgu dah cool down, boleh pulak masing-masing senyum seolah-olah tak pernah buat salah langsung!.

7. They drink and they smoke. They did all the haram things.

8. Yang paling penting Allah dah berfirman:

“Perumpamaan kedua golongan (orang kafir dan mukmin). Seperti orang buta dan tuli dengan orang yang dapat melihat dan mendengar. Samakah kedua golongan itu?. Maka tidakkah kamu mengambil pelajaran?.” [Hud: 24]

Those are only the small portion of their behaviour yang membuatkan kita sebagai orang Islam kena ada sedikit distance with them tak kira betapa baik sekalipun mereka.  Kerana mereka tiada Iman sepertimana Iman kita kepada Allah swt.

Sebab tu saya cakap pada Asma, cabaran duduk di negara Islam lain dengan cabaran duduk di negara bukan Islam. Cabaran bi’ah solehah di Jordan atau Mesir berbeza dengan cabaran bi’ah tak solehah macam kat India ini. Approach kita pun kena lain. Tak boleh nak sama. Ada hikmahnya Allah hantar saya ke India. ^_^.

Dan moga dengan kita selalu berlapang dada dalam erti kata yang sebenarnya akan membuatkan yang non Malays ini rasa tertarik dengan Islam kerana akhlak itu cerminan hidup bukan?. Janganlah anda pula membebel tak tentu pasal lantaran stress melayan karenah mereka(ini aplikasi untuk saya kut.hihi).

p/s: kadang-kadang saya rasa orang melayu pun buat benda-benda kat atas tu kan?..huhu..ntahla..

Wallahualam

-Ummu Thana’-Mangalore, India

Comments (2) »

Macam mana ye nak beza?

Sebelum meng’finalize’ post ini, Hazimah dah ingatkan saya akan ada  empat golongan orang yang akan merespon pada post kali ini:

1. Orang yang mencari kebenaran dan akan cuba mengubah kesalahan dia,maka dia akan terus membaca post ini sehingga kesudahannya.

2. Orang yang tahu dia buat salah, tapi tak mahu ambil kesah pasal kesalahan yang dilakukan, dia tak akan baca pun post ini bila terlihat hadith di bawah.

3. Orang biasa-biasa, tak mahu mengaku dia buat salah, dia akan baca separuh jalan dan berhenti.

4. Orang yang baca sebab dia nak bantu saya selesaikan persoalan ini. Hihi. Especially untuk ikhwah akhawat Jordan,Mesir,Bangalore,Malaysia,serata dunia lah..

So, anda golongan yang mana?

Bismillahirrahmanirrahim

Sheikh Muhammad Al-Ghazali dalam buku Akhlak Muslim berkata: “Malu merupakan petanda tepat terhadap hakikat seorang manusia. Ia mendedahkan tentang nilai iman dan tahap adabnya. Apabila kamu lihat seseorang rasa bersalah atau muka merah padam lantaran malu setelah melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan, ketahuilah bahawa nuraninya masih hidup, hatinya murni dan jiwanya bersih. Apabila kamu lihat seseorang tebal muka dan selamba tidak hirau apa sahaja yang dilakukan, tahulah kita bahawa dia manusia yang tidak berguna. Dia tidak memiliki sifat malu yang dapat menghalangnya daripada melakukan dosa dan kesalahan.”

Jalan-jalan blog orang lagi hari ini. Jumpa satu blog menarik milik pelajar India di Mangalore ini. Ayat dia yang buat saya terdiam berfikir bila dia tulis dalam ruangan pengenalan diri “hati sudah dimiliki, berazam untuk menjadi pencinta kesederhanaan”. Apakah maknanya itu? walhah saya amat yakin 300% mereka masih belum mempunyai ikatan yang halal untuk mebenarkan mereka bercinta secara terang-terangan. Tak apa lah itu. Bukankah orang kata nak kahwin bukan senang. Cakap boleh la,tapi nanti apa orang kata kahwin masa belajar, apa orang kata tak ada duit nak kahwin, apa orang kata  gatal sangat muda-muda dah nak kahwin. Orang kata itu, orang kata ini. Allah kata apa lantak pi lah, tak payah hirau. Lagi senang bercinta. Orang tak cakap apa-apa. Senang jugalah Allah nak hisab di akhirat nanti mungkin. Saya terasa dan terlintas untuk berkongsi bukan sebab mereka itu couple terang-terangan. Ramai lagi couple yang buat perangai sama diluar sana tapi tak sampai pada tahap saya perlu sibuk-sibuk tulis dalam blog. Cuma adalah ayat dalam blog itu, ditulis ayat2 mohon itu ini pada Allah, mohon moga hidup diberkati tanpa sedikit pun rasa bersalah dan malu pada Allah. Saya mohon pada Allah agar dibukakan pintu hati mereka untuk sedar dengan kesilapan sebelum terlambat.

Salute tabik spring sangat2 pada ex-roomate saya saudari Farah Zamberi yang akan melangsungkan pernikahan dengan pasangannya Januari tahun depan. Bagi saya Farah adalah contoh ideal untuk membuktikan if there is a will sure there is a way!. Bukan mudah mereka meminta keizinan untuk berkahwin masa belajar. Bukan sedikit air mata yang berlinang. Bukan senang nak tutup mulut orang yang ‘berkata-kata’. Farah dah praktikkan ayat surah Ar’Rad:11 [Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.]

Masa JASSI, cik syamimah tanya pada saya, macam mana nak bezakan orang yang dah kahwin atau orang yang belum. Sebab kami nampak ada pasangan melayu jalan pegang tangan depan mata kami. Mulanya saya ingat mereka belum kahwin, tapi Kak Ana dan jelaskan mereka pasangan suami isteri jarak jauh juga macam saya dan Kak Ana. Susah juga nak cakap pasal bezakan benda ini. Sangat subjektif. Apa yang boleh saya nyatakan:

1.Kalau orang yang dah berkahwin, selalu romantisnya lain. Walaupun jalan pegang2 tangan atau peluk2, tapi muka masih boleh serius, tak adalah senyum memanjang macam orang tak betul, tak adalah jalan pegang tangan sambil cakap macam nak cium muka pasangan kita depan-depan orang. Benda sebaliknya akan berlaku pada mereka yang belum berumahtangga.

2. Kalau pasangan yang dah bernikah, mereka tidak akan merahsiakan mereka dah bernikah. Untuk apa kan rahsiakan benda yang sangat membahagiakan hidup kita. Kalau dah agak-agak ada org datang nk tegur contoh macam JAIS ke, terus terang dengan bangganya tunjuk bukti dah kahwin, atau bila kawan nak tegur, cakap kami dah kahwin. Tapi sebaliknya  untuk mereka yang belum bernikah, mereka akan nampak muka cuak bila ada yang mendekati seperti JAIS. Untunglah orang-orang couple kat India ini sebab JAIS tak ada kat sini. Yang ada cuma rakan-rakan yang boleh dibuat musuh bila mereka tegur kesalahan kita walhal mereka mahukan yang terbaik buat kita.

Sebabnya bila orang Islam yang dah berumahtangga ini tak kiralah sebelum mereka berumahtangga banyak mana buat dosa, Allah tambah malu mereka lebih lagi untuk berlebih-lebihan dikhalayak ramai lantaran mereka telah menyempurnakan sebahagian dari agama. Syaitan pun dah tak lalu nak hasut lebih-lebih untuk  rapat-rapat sebab memang syaitan benci pasangan suami isteri yang dah berkahwin. Dan kerana itu jugalah bila dah bernikah, kasih sayang perlu dipupuk dan dibaja sebab dah tak ada synergi extra dari syaitan. Syaitan laknatullah akan beralih hasut supaya bercerai-berai pula. Ini boleh diatasi dengan doa byk2 supaya dilindungi dari hasutan syaitan dan meletakkan niat siap-siap sebelum bernikah atau paling ringan pun sebelum akad nikah, kita bernikah demi menjaga agama Allah dan untuk dapat pahala. InsyaAllah rumahtangga kita akan sentiasa dilidungi.

Orang lain ada pandangan macam mana nak beza pasangan yang dah bernikah atau belum? Bagi memudahkan upacara menegur apa yang patut. Sebab sekarang ini, kalau pakai cincin di jari pun belum tentu dah kahwin. Berapa banyak cincin couple dijual di pasaran. Dah tak relevan nak bezakan macam itu.

Teringat ayat Kak Ana smlm bila dia kata, kadang-kadang orang yang couple ini, ada yang tudung labuh etc, buatkan kami yang dah kahwin ini malu tengok mereka sedangkan mereka tidak malu langsung pun pada kita. Sangat setuju. Kalau tak percaya, lepas dah bernikah nanti anda akan rasa benda yang sama. Malu tengok couple selamba sahaja di khalayak ramai. Maaf andai ada yang terasa dengan tulisan kali ini. Bukan niat dihati nak guris perasaan anda. Tapi lantaran sayang sesama manusia kerana Allah membuatkan saya rasa terpanggil untuk membetulkan sebelum terlambat. Pentingnya menjaga hubungan sesama lelaki perempuan. Teguran Allah bukan sekali dua, tapi banyak kali dalam ayat Al-Quran tentang hubungan lelaki perempuan ini. Ini belum masuk lagi bab pasangan dakwah yang sudah ‘berpunya’ tapi belum ada ikatan yang halal. Couple Islami lah ni..huhu

Saya bukan nak menggalakkan atau memaksa untuk pasangan bernikah di usia yang muda walaupun memang banyak kebaikan bila kita bernikah di usia yang muda. Para sahabat dulu pun semua bernikah umur muda-muda. Kemulian seorang perempuan pun terletak bila awal nikahnya. Cuma saya berharap kalian dapat berfikir kalau tak mampu untuk bernikah, serahkan sahaja jodoh pada Allah. Fikirkanlah dosa lebih dari fikirkan keseronokan ada orang istimewa yang ambil berat pasal kita selain ibubapa. Kerana apa? kerana Allah said so. Allah takkan bebankan dengan apa yang kita tak mampu. Kalau benar tak mampu untuk bernikah, maknanya memang pasti mampu untuk berpisah dengan pasangan. Belum cuba belum tahu. Saya pasti mereka yang beri alasan tak dapat bernikah di usia muda tidak berusaha sehabis mungkin untuk bernikah pun. Sekadar usaha hangat-hangat tahi ayam atau buat syarat sahaja. Kalau macam itu, macam mana Allah nak bagi lepas kan. Sama-samalah kita usaha baiki diri sendiri sebelum menambah tanggungjawab yang lebih besar dalam hidup.

Ini salah satu alternatif saya dalam menegur. In the end Allah juga yang memegang hati-hati manusia itu kan.

p/s:saya amat mengalu-alukan teguran membina dan tambahan kerana saya sendiri banyak kesalahannya.

Wallahualam

-Ummu Thana’-Mangalore,India

Comments (12) »

The value of Honesty..

Dan siapakah yang lebih baik perkataanya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata,” Sungguh kami adalah orang-orang muslim(yang berserah diri)” [Al-Fussilat:33]

Saya mulakan dengan sedikit pengajaran dari Kisah Sahabat-Talhah bin ‘Ubaidillah r.a. Talhah yang tidak sedikit pun lokek dengan harta yang dimiliki malahan resah dengan banyaknya harta beliau sepertimana sahabat-sahabat yang lain. Antara yang paling awal memeluk Islam. Sebaya dengan Zubair Al-Awwam dan Rasulullah saw tidak pernah menyebut Zubair melainkan ada nama Talhah sekali dan begitulah sebaliknya untuk menunjukan betapa rapatnya Zubair dan Talhah dan betapa sayangnya Rasulullah saw terhadap mereka berdua. Talhah menerima 70 tikaman dalam peperangan Uhud. Sehinggakan Rasulullah saw bersabda:

“Sesiapa yang ingin melihat seorang lelaki yang masih berjalan di atas muka bumi sedangkan dia telah selesai menunaikan janjinya pada kepada Allah(seolah-olah dia telah syahid), maka lihatlah Talhah bin Ubaidillah.”

Hebatnya para sahabat terdahulu tidak dapat ditandingi umat zaman sekarang. Namun itu tidak seharusnya dijadikan batu penghalang untuk kita terus melakukan yang terbaik dalam kehidupan ini untuk mengajak kepada kebenaran.

Saja ingin berkongsi apa yang saya lalui semalam dan hari ini. Semalam saya dan batchmates seramai 11 orang telah bertukar rotation posting pada pedodontics(kanak-kanak). Memandangkan kanak-kanak tak banyak yang perlu kami lakukan, maka hari pertama dihabiskan dengan berborak sesama kami. Bermula daripada bagaimana masing-masing menghabiskan cuti depavali baru-baru ini sehinggalah masuk kepada isu agama. Satu perkara yang menarik perhatian saya dan menuntut pembelaan bilamana timbul isu Depavali, Thaipusam, Buddha dan Islam. Mereka di India tidak menyambut Thaipusam sebab tidak ada Batu Caves. Mungkin mazhab lain kut di Malaysia itu. Rakan tempatan saya sendiri menyatakan bahawa bila Thaipusam, mereka menyeksa diri dengan mencucuk segala jenis besi pada badan.

Bila masuk isu itu, rakan saya lagi seorang bertanya pada saya, betulkah orang Islam bila ahli keluarga ditimpa musibah seperti berlaku kematian atau bencana atau kemalangan etc, mereka akan mencederakan badan sendiri  dengan melontar2 something sampai badan berdarah-darah dan menangis meraung yang dipanggil ‘takziah’ atau bahasa inggerisnya condolence. Saya terkejut bila dengar perkara itu berlaku di India ini. Mulanya saya ingat hukuman rejam ke apa. Saya  tanya lagi sekali betulkah ada orang Islam yang buat begitu sebab memang serius saya tidak pernah dengar dan lihat sepanjang hampir 4 tahun di India ini. Dia kata betul, orang Islam melakukan perkara tersebut sebagai menghormati mangsa mungkin. Astaghfirullahaladzim. Saya mengucap panjang dan dengan tegasnya menyatakan dalam Islam there is no such things as harming yourself on behalf of others. Allah itu Maha Adil, Maha Pengasih, Maha Penyayang. Ibarat membunuh diri kerana kesedihan atau masalah hidup atau tidak redha dengan takdir Allah, di akhirat nanti Allah balas di neraka perkara sama  yang akan dilakukan berulang-ulang selama-lamanya. Naudzubillahiminzalik. Dia hanya mengangguk dengar jawapan saya di Malaysia atau negara Islam lain, tidak pernah ada such things dan mungkin mereka adalah Islam yang extremist, tidak pasti dia mampu terima atau tidak. Bagaimana boleh wujud lagi fahaman seperti ini di zaman ini di kalangan umat Islam sedangkan telah jelas terang dan nyata dalam Al-Quran halal haram dalam kehidupan. Moga Allah beri petunjuk kepada mereka. Jangan jadi fitnah pada agama sendiri.

Satu lagi perkara hari ini, kelas terakhir dari pukul 3-4pm saya dah sangat mengantuk. Nasib baik cikgu yang mengajar itu cikgu yang saya suka dan dia memang pantang orang tidur dalam kelas dia. Terbuka jugalah mata ini bila dia mengajar. Yang peliknya, bila time ambil attendance, dia suruh sorang-sorang pergi depan tanda sendiri dalam buku rekod kehadiran itu. Lazimnya disini cikgu yang akan ambil. Maka sorang-sorang pun pergilah ke depan untuk tanda kehadiran. Saya tidak terkecuali. Bila sampai sahaja, saya lihat kehadiran kelas minggu lepas subjek sama saya tidak ditanda. Memang saya sendiri tidak hadir kelas tersebut sebab pening kepala. Saya cakap pada cikgu, dia kata; ‘ok, put absent there’. Saya pun letakla absent. Separuh jalan nak patah balik tempat duduk saya, dia panggil balik, dia kata;’ because of you being honest to me, i want to give you the attendance for last week also’. Saya mula-mula macam tak percaya sambil mata terkebil-kebil. Dia sungguh2 panggil dan saya tukar balik rekod kehadiran saya dalam buku itu sambil cakap terima kasih. Kami di sini nilai attendance sangat tinggi. Kehadiran amat penting. Kalau nak ponteng kelas kena kira betul-betul berapa kali boleh ponteng biar tidak ada masalah dikemudian hari. Kalau ada shortage of attendance terus tak boleh ambil exam. Alhamdulillah, bertambah percentage attendance saya hari ini. Hihi. Saya sendiri tidak tahu begitu sekali cikgu saya mengambil berat tentang kejujuran. Lepas itu dia sempat berpesan pada satu kelas, kita sebagai manusia bukan hanya perlu excel dalam study, tapi nilai-nilai murni juga perlu ada untuk jadi doktor yang baik.

Kesimpulannya, akhlak yang mulia terbukti mampu jadi contoh/qudwah pada mereka disekeliling. Jangan mudah perlekehkan janji Allah swt bahawa jika kita berakhlak dengan akhlak yang mulia, tidak mampu mengubah orang lain. Biarpun sedikit, tapi ada nilainya disisi Allah dan kita pasti akan nampak kesannya kalau tidak sekarang, nanti itu pasti. InsyaAllah.Sama-samalah kita menjaga akhlak lebih-lebih lagi kepada non-muslim supaya mereka tidak memperlekehkan agama kita.

Wallahualam

-Ummu Thana’-Mangalore,India

Comments (3) »