Skip to content

Malu seorang wanita

December 25, 2010

Bismillahirrahmanirrahim.

Lama sungguh blog ini tidak berupdate. Dasar berat sebelah dan pilih kasih. Pandang blog lagi satu lebih lagi dari blog ini. Hihi. Akhirnya kembali ke blog ini untuk menyumbang kembali idea yang mungkin dah lama terperap dalam otak.

Semoga mampu menyumbang sesuatu untuk ummah. Segala yang baik datang dari Allah swt

Situasi:

Tetamu sudah ramai di rumah, suasana riuh rendah sesekali diselitkan dengan gelak tawa sudah bertukar sepi. Ibu,ayah dan tetamu sudah bersedia di hadapan. Tiba-tiba namaku dipanggil, “Zaimah, mari ke depan nak..

Hatiku bergetar. “Ya Allah, malunya mahu kedepan..”. Hari pertama aku akan melihat secara langsung si dia, ibu dan ayahnya diiringi kak su,naqibahku dan suaminya. Dalam hati aku memohon, agar perasaan malu yang menebal dalam diri ini kena pada tempatnya.

Malu Seorang Wanita

Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: “Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu.” (Hadis riwayat Baihaqi)

Salah satu ciri kemuliaan wanita terletak pada sifat malu yang menebal dalam dirinya. Apa itu malu? Macam mana untuk malu? Bila masanya perlu malu?

Definisi malu menurut ulama, seperti Al Junaid menyatakan, ”Karena melihat berbagai macam karunia dan melihat keterbatasan diri sendiri, maka di antara keduanya muncul suatu keadaan yang disebut malu. Hakikatnya adalah akhlak yang mendorong untuk meninggalkan keburukan dan mencegah pengabaian dalam memenuhi hak Allah swt.”dari kitab Madarijus Salikin karya Ibnu Qayyim Al Jauziyah

Malu sekarang sudah semakin mahal nilainya. Ibarat dalam urusan jual beli, barang yang sangat sukar diperolehi semakin melambung tinggi harganya. Malu dalam diri seseorang semakin sukar untuk ditemui. Manusia semakin bebas melakukan apa sahaja yang diingini dan mencalar definisi malu yang disebutkan ulama di atas, hatta melanggar sunnah Nabi saw dalam merealisasikan sifat malu.

“Nabi saw tersangat malu lebih dari malunya anak dara yang berada disebalik tirainya.” (Hr Ahmad -sahih)

Nabi bersabda lagi:

Dalam Ash Shohihain dari Abu Hurairah ra, dari Rasulullah SAW, beliau bersabda: Iman itu ada 70 cabang lebih, atau 60 cabang lebih. Yang paling utama adalah perkataan laa ilaaha illallah, dan yang paling rendah menyingkirkan gangguan dari jalan, dan rasa malu itu cabang dari iman. (HR. Bukhari dan Muslim)

Juga dari Imran bin Hushain ra, dia berkata Rasulullah SAW bersabda: Rasa malu itu tidak mendatangkan kecuali kebaikan. (HR. Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW juga bersabda: Sesungguhnya di antara perkataan nubuwah pertama yang diketahui manusia adalah: Jika engkau tidak malu, maka berbuatlah sesukamu. (HR. Bukhari)

Bermula dari serendah Iman adalah rasa malu, malu itu sentiasa mendatangkan kebaikan sehinggalah kepada perlian Rasulullah saw yang seharusnya menanamkan rasa bersalah dalam diri untuk mempertahankan sifat malu tersebut.

Disebabkan hilangnya sifat malu ini, maka semakin hari semakin banyak kita dengari timbulnya pelbagai gelaja sosial melibatkan kaum wanita. Pembuangan bayi tidak akan berlaku sekiranya wanita itu malu untuk bersama seorang lelaki yang bukan mahramnya. Lari dari rumah di kalangan wanita(majoritinya) tidak mungkin timbul jika wanita itu ada rasa malu dengan Allah swt kerana menderhaka kepada kedua ibubapanya. Pendedahan aurat yang berleluasa di kalangan wanita tidak mungkin dapat dilihat sekiranya wanita itu malu ibarat malunya anak Nabi Syuaib untuk pergi berjumpa dengan Nabi Musa a.s[Surah Al-Qasas:22-28] yang antara petikannya:

“Salah seorang anak perempuan Nabi Syuaib as berjalan untuk menemui Nabi Musa dengan penuh rasa malu” (25 : al-Qasas)

Analogi biasa yang kita dengari, antara buah yang masak ranum cantik dan berseri-seri dan buah yang telah rosak,busuk dan dimakan ulat, puncanya kerana apa? Sudah tentu kerana buah yang masak ranum cantik dan berseri-seri itu datang dari tuan yang sentiasa menjaga buah tersebut, dibalut dengan kain, disiram dengan baja yang mencukupi, ditepis dari ulat dan lalat yang ingin datang mengganggu sedangkan buah yang buruk itu dibiarkan begitu sahaja tanpa ada sebarang perlindungan. Begitulah ibaratnya sifat malu yang ada dalam diri seorang wanita, secara tidak langsung akan terangkat martabat dirinya.

Malu wanita tidak menegahnya keluar untuk menuntut ilmu agama dan berdakwah

Ini yang dikatakan malu yang kena pada tempatnya. Malu seorang wanita tidak menghalang wanita tersebut untuk mumtaz untuk ummah!

Malu yang menebal dalam diri tidak sampai kepada menjadikan seseorang wanita itu terperap di dalam rumah tanpa mengetahui keadaan dunia luar dan isu semasa atau lebih buruk lagi, menjadi bodoh dengan berada di rumah sahaja.

Buktinya?

Bukti pertama datang dari Ummul Mukiminin yang pertama, Siti Khadijah r.a. Khadijah seorang peniaga yang kaya-raya. Mana mungkin Saidatina Khadijah menjadi kaya tanpa beliau keluar untuk berdagang. Tetapi dengan diiringi perasaan malu untuk menjaga setiap tindak-tanduknya.

Bukti kedua adalah Saidatina Aishah r.a. Beliau adalah satu-satunya wanita yang paling banyak meriwayatkan hadith daripada Rasulullah saw. Terkenal dengan kecerdikannya sehinggakan ¼ daripada perudangan Islam dikeluarkan oleh beliau. Menjadi sumber rujukan sahabat ketika itu dan sehingga kini. Mana mungkin Saidatina Aishah r.a menjadi wanita yang sebegitu bijak tanpa beliau keluar dari rumah untuk menuntut ilmu.

Kita lihat pula kesungguhan para wanita/sahabiah di zaman Nabi saw. Abu Sai’id al-Khudri berkata:

Seorang wanita berjumpa Rasulullah saw dan berkata “Wahai Rasulullah, orang2 lelaki beruntung kerana selalu mendapat tazkirah darimu. Kami minta satu hari untuk kamu khususkan kepada kami bagi menyampaikan ilmu yang telah engkau ajarkan.” Lalu Nabi saw menjawab:”Berhimpun pada hari sekian-sekian.”Kami pun berhimpun pada hari yang telah ditetapkan Nabi dan Nabi saw mengajar mereka apa yang telah ajarkan pada Nabi saw.” (Hr Bukhari dan Muslim – sahih)

Dalam athar ada menyebut:

“Sebaik-baik wanita adalah wanita ansar, sifat malu yang ada pada mereka tidak menghalang mereka bertanya dan mencari ilmu agama.”

Wanita dengan diiringi perasaan malu yang selayaknya tidak menghalang diri mereka untuk menjadi cemerlang dalam ilmu. Wanita juga mempunyai kewajipan yang sama seperti lelaki untuk berdakwah sepertimana disebutkan dalam firman Allah swt:

Dan orang-orang yang berIman lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan,sebahagian mereka menjadi penolong kepada sebahagian yang lain. Mereka menyuruh berbuat baik dan mencegah dari yang mungkar,melaksanakan solat, menunaikan zakat dan taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sungguh Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.[At-Taubah:71]

Beraninya Nusaibah ra berjihad menentang musuh, Rufaidah al-Aslamiyah merawat orang lelaki yang cedera dalam peperangan, Asma’ binti Abu bakar yang menghantar makanan pada Nabi dan ayahnya dalam peristiwa hijrah, Khaulah yang menegur Khalifah Umar di khalayak ramai adalah sebahagian daripada contoh sahabiah yang keluar berjihad dijalan Allah swt. Mana mungkin semua contoh ini dapat kita dengari andai kata mereka tidak meletakkan sifat malu itu pada tempatnya!

Sebagai penutup, untuk renungan bersama:

Firman Allah S.W.T yang bermaksud,  “Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”.  (Az-Zumar:9)

Wallahualam.

-Ummu Thana’-Irbid,Jordan

Ikhlas

October 20, 2010

Bismillahirrahmanirrahim.

Maka nikmat Tuhammu yang manakah yang kamu dustakan? [Ar-Rahman 55:13]

Sangat lama blog ini tidak bersentuh. Sejak sampai di sini sehinggalah Alhamdulillah kami selamat melalui fasa Ramadhan dan Syawal bersama sepenuhnya buat pertama kali sejak bergelar suami-isteri. Nikmat yang tidak ternilai. Andai perasaan seronok/bahagia ini digunakan untuk dihadapkan dihadapan Allah, moga  perasaan malu itu melebihi semuanya kerana mengingatkan lebih banyak lagi nikmat Allah yang telah dikurniakan kepada kami. Semoga hati-hati kami tidak dicemari dengan perasaan yang tidak baik dan lalai dari mengingati Allah swt. Moga ikatan kasih-sayang ini kekal hingga kesyurga Allah swt.

Perlbagai perkara telah berlaku sepanjang lebih 3 bulan saya di Irbid,Jordan ini. Apa perasaan duduk di sini? Secara peribadi, saya amat sukakn suasana yang ada di sini. Segalanya masih terjaga. Melihat kebanyakan pelajar perempuan melayu bertudung litup, melihat suasana bantu-membantu antara satu sama lain. Lelaki dan perempuan kebanyakannya masih terpelihara ikhtilat mereka(setakat yang saya lihat mungkin), dan macam-macam lagi. Satu suasana yang  kurang saya rasakan di India. Betullah bila dikatakan suasana mampu mempengaruhi manusia. Saya sendiri berpeluang mengasah ketumpulan bahasa arab yang dah lama berkarat dalam kepala kerana tidak digunakan. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Namun disepanjang perjalanan hidup ini, disetiap langkah-langkah saya yang digunakan membawa nama sebagai hamba Allah, anak kepada kedua ibubapa, menantu kepada mertua, isteri kepada sang suami, bukan senang rupanya untuk menerapkan perasaan ikhlas dalam diri. Saya tidak sehebat Asma’ binti Abu Bakar ketika saratnya mengandung membantu membawa bekalan makanan kepada Nabi saw dan bapa beliau sendiri sambil mengikat dua tali pinggang berat dengan makanan semasa hijrah baginda. Bagaimana Asma tegar melakukan pengorbanan dengan begitu sekali tanpa sedikit pun cubaan untuk merungut? Ikhlas kerana Allah jawapannya. Sedangkan diri sendiri yang belum ditakdirkan Allah untuk merasai pengalaman mengandung pun mudah melatah bila melakukan kerja-kerja berat.

Kita terkadang selalu merungut dengan kesusahan yang bertamu dihadapan mata. Tanpa sedar dan tanpa niat, diri mengeluarkan kata-kata yang melukakan hati si pendengar. Dosa terganda dua. Satu sebab merungut, satu sebab melukakan hati org. Dalam sedar tak sedar Allah sentiasa memerhati gerak langkah kita. Hatta perkara semudah mengangkat kain di jemuran itupun kalau ada ketika syaitan mencucuk jarum, pahala mengangkat kain itu hilang begitu sahaja. Ibarat debu-debu pasir yang berterbangan di pantai. Nak dicekup tak dapat.

Bila Nabi saw mengeluarkan kata-kata “jika engkau mahu melihat seorang hamba Allah yang telah  sempurna menunaikan janji-janjiNya kepada Allah swt(syahid), tapi masih berjalan di atas muka bumi Allah ini, maka lihatlah kepada Talhah bin Ubaidillah“. Cemburu menguasai diri. Kerana Ikhlasnya  bekerja untuk Islam yang ada dalam diri Talhah menyebabkan Rasulullah saw sampai mengeluarkan kata-kata sebegitu dengan Ilham dari Allah swt. Hebatnya tahap keikhlasan sahabat dan sahabiah. Untuk diri sendiri, terasa satu cabaran sukar untuk mencapai tahap Talhah bin Ubaidaillah.

Alangkah dengan insan sehebat panglima Abdullah bin Rawahah sendiri dalam perang Mu’tah bilamana timbul sekelumit perasaan ragu-ragu untuk beliau mengambil alih panji Islam setelah syahidnya panglima Jaafar, telah dikurangkan sedikit darjatnya di syurga Allah, apatah lagi kita yang belum tentu mampu meraih syurga Allah swt. Ikhlas para sahabat menentukan kedudukan mereka di syurga. Ikhlas kita?..tepuk dada tanya Iman..

Tugas seharian banyak menuntut keikhlasan. Belajar, bekerja, mengemas, dan macam-macam lagi. Belajar kalau tak ikhlas maka ilmu yang kita dapat setakat itu sahaja. Tidak menjadi jambatan ke syurga. Bekerja kalau tak ikhlas, penat dan letih sahaja yang kita dapat, tetapi tak menjadikan kita hamba mulia disisi Allah swt. Suri rumah kalau asik nak merungut bila buat kerja rumah, pahalanya tersekat ditengah jalan tak sampai. He He. Malah bila kita berAMAL untuk Islam andai kata kita mengharapkan ganjaran, nama, pujian dari manusia, maka setakat itu sahaja pencapaian kita. Sia-sia penat lelah selama ini. Macam mana cara untuk ikhlas? Ingat Allah dan jangan merungut/mengeluh. mudah sahaja. =). Kerana bila kita merungut dan mengeluh, syaitan mudah cucuk jarum untuk memesongkan setiap anak adam. Naudzubillahiminzalik

Moga Allah pelihara setiap hati-hati kita agar mampu mencapai keikhlasan..

Cukup setakat ini perkongsian pendek saya. Moga berjumpa lagi. Doakan kesejahteraan saudara kita di Palestin dan seluruh dunia!

Wallahualam.

-Ummu Thana’-Irbid, Jordan

 

Bercerita tentang alasan

August 3, 2010

Bismillahirrahmanirrahim

Hampir sebulan setengah blog ini tidak berupdate. Alhamdulillah, saya sudah selamat menjadi seorang dentist. Selepas ini alam pekerjaan pula akan ditempuhi. Untuk itu, preparation minda dan fizikal sangat perlu. Supaya diri tidak tersungkur di tengah jalan. Orang kata alam bekerja lagi ‘memeras’ minda dan tenaga dari zaman kita belajar. InsyaAllah semua akan jadi mudah bila kita yakin dengan apa yang kita lakukan demi mencari keredhaan Allah.

Alhamdulillah juga sudah hampir dua minggu saya berada di sisi suami di Jordan. Tempoh yang membahagiakan ibarat baru semalam mendirikan rumahtangga. InsyaAllah kalau ada pun masa kami perlu berjauhan selepas ini, moga ianya kerana urusan dakwah dan tarbiyyah. Tidak lebih atau kurang dari itu.

Bercerita tentang alasan. Manusia memang suka memberikan alasan. Tidak kira dalam apa sekalipun perkara. Alasan sudah pastilah untuk tidak melakukan perkara itu, atau untuk membolehkan apa yang tidak boleh, ataupun sebaliknya. Berilhamkan cerita ‘Yes Man’ yang saya pernah tonton. Kadang-kadang kita boleh ambil ibrah dari cerita-cerita sebegini. Apa yang baik kita serapkan dalam jiwa, apa yang buruk kita tolak jauh-jauh. Dalam cerita itu dikisahkan tentang seorang lelaki yang sentiasa beralasan dengan diri sendiri. Sentiasa merasa diri lemah, tidak berguna, tidak produktif, tidak terkedepan,bekerja dalam company sama sudah lama tapi tidak pernah naik pangkat sehinggalah dia pergi ke satu ceramah motivasi dimana penceramah itu mencabar diri beliau untuk menyatakan ‘yes’ pada semua perkara tanpa beralasan. Dia menyahut cabaran itu sehinggalah datang  segala kebaikan dan kelebihan kepada diri dia dan diselitkan sedikit konflik-konflik yang berlaku kerana dia terlampau pula menurut apa orang lain suruh.

Apa yang boleh disimpulkan di sini, dalam kehidupan kita sehari-harian sebagai hamba Allah, ada perkara yang kita tak boleh untuk beralasan dan perlu melaksanakannya dengan patuh dan taat. Dan ada perkara yang kita dibenarkan untuk ‘beralasan’ supaya tidak menjadi fitnah kepada diri sendiri dan agama.

Sebagai contoh, dalam urusan melaksanakan perkara-perkara wajib. Kita semua tahu ini tiada kompromi. Tidak sepatutnya datang alasan seperti

‘belum sampai seru’,

‘saya jahat tak baik macam awak’,

‘buat baik pun belum tentu masuk syurga’,

‘nanti dah tua bertaubatlah’,

‘buang masa’

‘banyak lagi harta saya nak kejar’

‘mereka tidak pernah merasa mewah dan kaya-raya, sebab itu tak faham kenapa kita perlu bekerja keras untuk kemewahan’

‘orang sekarang memandang kerjaya, pangkat dan kedudukan, mana ada orang pandang ustaz ustazah ni..’

dan banyak lagi alasan-alasan yang diberikan manusia untuk menolak perintah Allah swt. Namun Allah juga ada jawapan kepada mereka yang suka beralasan ini;

At-Taubah 9:24

Say: If your fathers, your sons, your brothers, your wives, your kindred, the wealth that you have gained, the commerce in which you fear a decline, and the dwellings in which you delight … are dearer to you than Allah and His Messenger, and striving hard and fighting in His Cause , then wait until Allah brings about His Decision (torment). And Allah guides not the people who are Al-Fasiqun (the rebellious, disobedient to Allah).

Itu contoh dalam perkara wajib yang khusus. Masuk pula perkara umum seperti belajar, makan, minum, tidur, etc. Ramai manusia yang beralasan untuk melaksanakannya dengan berlebih-lebihan atau pun kurang. Contoh yang paling dekat tidur. Alasan untuk tidur banyak, mata mengantuk, badan letih kerja seharian, sedangkan  boleh sahaja tidur seketika sekadar untuk menghilangkan lelah. Ataupun bila belajar, sebenarnya malas, tapi beralasan kepala sudah pening, badan tak mampu nak bertahan, nak rehatkan otak kejap, sibuk dengan urusan-urusan lain, etc.

Paling terkesan dalam urusan dakwah. Bagi memastikan umat yang ada ini tidak terus jauh ketinggalan, mereka yang  dipertanggungjawabkan sepatutnya tidak lemah ditengah jalan.  Tidak sepatutnya datang alasan yang pelbagai untuk membantutkan urusan dakwah kita sehari-harian kerana dikhuatiri kemungkinan futur bila terlampau banyak beralasan dalan berdakwah. Orang yang hatinya dekat dengan Allah, sentiasa merasakan tiada yang mustahil dalam dunia ini kerana tiada apa yang mustahil bagi Allah swt.

Alangkah indahnya bilamana manusia semua menurut perintah Allah swt tanpa perlu banyak beralasan. Allah suruh buat macam ini ikut, Allah suruh tinggalkan perkara ini ikut. Antara beralasan dan banyak bertanya saya rasakan banyak bertanya lebih baik kerana bila banyak bertanya di situ ada peluang untuk membuatkan mereka berfikir sejenak dengan jawapan yang diberikan. Tapi bila manusia beralasan, makanya dalam kepala telah di’set’kan untuk menyatakan ‘tidak’, maka susah untuk mengubahnya.

Ramadhan sudah semakin hampir. Mengikut kiraan ada lagi seminggu. Marilah sama-sama kita berusaha setkan minda lebih awal untuk menjadikan ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya tanpa banyak alasan!.Rebut peluang yang hanya datang setahun sekali ini kerana kita tidak pasti adakah kita layak untuk menjadi tetamu ramadhan untuk tahun akan datang.

p/s: malu bertanya sesat jalan~

Wallahualam

-Ummu Thana’-Irbid, Jordan

24 Tahun

June 29, 2010

”]

Selamat Hari Lahir istimewa buat Abu Thana’..moga hari ini lebih baik dari semalam..moga dirimu sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah swt.=)

MAAFKANKU WAHAI SUAMI

Kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta

Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena

Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti

Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku tolak sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu…
Namun cabaran terlalu

Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu

Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku…
kau pelindung ku

Kadang-kadang berjauhan dengan mu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita…
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini…
Maafkan aku wahai suami!

petikan diambil dari sini.

‘Bercinta hingga ke syurga’

-Ummu Thana’-Mangalore,India

Peka dan jujur..

June 3, 2010

Bismillahirrahmanirrahim..

Sedikit terlewat mencoret sesuatu di sini..di dalam kekalutan dan kesibukan menghabiskan hari-hari akhir final year..

Menghembus nafas lega dan penat selepas merawat patient di klinik. Terasa mahu melihat handphone di dalam beg. Walau lazimnya semasa posting adalah masa larangan untuk melihat dan memegang hanphone, tapi gerak hati mahu mencuri-curi juga..

1 new msg from adik syg..telahan hati pasti berkaitan peperiksaan atau perjumpaan mingguan yang kami adakan.

“mohon doakan yang terbaik buat saudara-saudara kita,setakat ini 2 syahid dan 30 yang lain cedera diserang tentera Israel Laknatullah di perairan antarabangsa untuk misi kemanan LL4G,solat hajat dan doakan yang lain selamat”..lebih kurang mesej berbunyi.

Terduduk, terpana di situ. Terkebil-kebil seketika menghadam kekejaman dan kezaliman Israel melayan manusia yang ingin berbuat baik sebegitu rupa. Di mana letaknya akal fikiran mereka??..Bergenang air mata menahan kemarahan. Mencari satu sudut untuk duduk dan bertenang. Dalam hati tidak henti-henti berdoa semoga Allah terus melaknat Zionis dan tentera-tentera mereka dan semoga Allah menyelamatkan saudara-saudaraku yang lain. Beristighfar sambil mencari rasional disebalik kelakuan keji Zionis kepada manusia yang tidak berdosa.

Pulang dari kelas terus meluru membaca berita terkini. Kekejaman yang Zionis lakukan kini pada LL4G sudah amat melampau. Alasan yang diberikan sungguh tidak logik. Betapa takutnya mereka pada pertolongan-pertolongan luar yang datang membantu palestin. Diselitkan juga berita Gaza terus diserang despite segala perjanjian keamanan yang termeterai, lapangan terbang antarabangsa mereka yang sudah sangat daif seperti tidak kelihatan langsung lapangan terbang terus dibom buat kali kedua menyakitkan hati ini yang membaca. Kenapa jahat sangat mereka ini??Penipuan-penipuan yang wujud, kejahatan-kejahatan yang terserlah sangat-sangat menyedihkan.

Kadang-kadang kita lupa. Dalam kesibukan seharian, kita terleka seketika akan nasib saudara-saudara kita di sana. Meletakkan diri di zon selesa dengan segala-galanya ada dikiri-kanan menambahkan kelekaan. Baru terasa hikmahnya Allah nyatakan bahawa kesenangan itu juga ujian. Kehidupan sebagai seorang pelajar yang sibuk dengan tugasan-tugasan yang pelbagai, ditambah lagi dengan exam yang menjengah hampir setiap bulan, keperluan menyediakan diri sebaiknya setiap kali sebelum pergi posting setiap hari demi menghadapai soalan-soalan dari lecturer menyebabkan kita lupa, kita leka dengan apa yang menimpa saudara-saudara kita di sana. Mereka juga membutuhkan doa kita yang bukan sedikit. Sumbangan kita yang bukan calang-calang dan juga perhatian dari orang-orang yang mereka anggap saudara seagama.

Pengajaran yang terkandung dari Allah tentang saudara-saudara kita di Palestin dan juga Zionis bukan sedikit. Malahan kita patut bersyukur Allah takdirkan ada golongan manusia seperti mereka diwujudkan di atas muka bumi ini. Sebagai renungan yang bermakna buat kita. Contohi apa yang patut dan buang apa yang patut. Satu yang sangat berpegang teguh dengan agama Allah, berjuang berhabis-habisan dengan semangat perjuangan seperti para sahabat mengalir dalam darah dan jiwa mereka, satu lagi amat berpegang teguh untuk menjatuhkan Islam. Perkongsian seketika dengan sahabat saya semasa saya tumpang lunch break berehat dirumahnya mengajak kami untuk refleksi kembali ayat-ayat Allah dari surah Al-Isra’ 1-16. Kembali membasahkan hati yang leka seketika dengan kenyataan dan hakikat yang berlaku supaya diri tidak goyah dengan keadaan. Supaya dapat terus yakin bahawa janji-janji Allah itu benar. Bahawa ayat-ayat Allah itu benar, bahawa apa yang berlaku itu benar. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersembunyi.

“Barangsiapa berbuat sesuai dengan petunjuk (Allah), maka sesungguhnya itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri; barangsiapa tersesat maka sesungguhnya (kerugian) itu bagi dirinya sendiri. Dan seseorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, tetapi kami tidak akan menyiksa sebelum Kami mengutus seorang Rasul. [Ayat 15 surah Al-Isra’]

Jujur pada diri sendiri di hadapan Allah. Andai katapun kita tidak mampu jujur sesama manusia, tapi dengan diri sendiri tidak begitu. Buat apa sahaja yang kita rasakan baik untuk diri kita asalkan semua itu tidak terkeluar dari garis panduan yang Allah berikan. Bila berlaku derita, fikirkan mereka yang lebih menderita dari kita iaitu saudara-saudara kita di sana, bila terlampau senang, fikirkan mereka yang tidak mampu untuk merasa apa yang kita rasakan supaya kita mampu untuk bersederhana.

Semoga semangat perjuangan terus mengalir dalam darah dan jiwa-jiwa kita. Semoga kita tidak terus leka dengan dunia yang dikejar-kejar. Semoga hati terus kekal usaha untuk tsabat di jalanNya. Amin ya rabbal ‘alamin.

p/s: Semoga semua perasaan marak menyala-nyala untuk Palestin tidak hangat-hangat tahi ayam. Semarak bila berlaku kes sebegini dan terpadam bila lenyapnya kes di telan masa..

-Ummu Thana’-Mangalore,India

Nanti cepat tua..

May 26, 2010

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah

Jangan marah-marah, nanti cepat tua~..orang tua-tua selalu cakap. Dengar je, kalau orang yang pentingkan awet muda, terus tak jadi nak marah. Sejuk sikit.

Saya memang sangat admire mereka yang sentiasa mampu untuk berfikiran positif dalam apa jua keadaan. Saya ulang kenyataan, sentiasa berfikiran positif. Bukan sekejap-sekejap, bukan 60%,70%,80%, tetapi hampir 100%. Setakat ini, hanya segelintir manusia yang saya jumpa atau pernah kenal, yang mampu bertindak sedemikian bila ada sahaja badai yang melanda. And obviuosly I’m out of that click. Saya kadang-kadang sahaja mampu berfikiran positif. Kadang-kadang negatif. Samada seimbang atau tidak, itu tidak dapat dikenalpasti.

Berfikir secara positif bukanlah bermaksud umpama kita ini terlampau lemah sampaikan sanggup biar orang pijak kepala kita. Tidak. Tetapi berfikiran positif adalah bilamana datang sahaja satu-satu masalah, terus usaha cari jalan penyelesaian dengan tenang tanpa marah-marah atau mengamuk tak tentu pasal. And I know, as a human being, memang susah untuk sentiasa positif dalam hidup. Lebih-lebih lagi bila yang buat hal adalah mereka yang seringkali buat hal dengan kita. Dah tak mampu nak positif lagi dah. Penat.

But I do not really like people who always think negative about others without even knowing his/her own mistakes. Hazimah kata memang ada manusia macam ini dalam dunia ini. Mereka buat macam itu sebab benda tu dah jadi subconscious mind(ini budak MBBS cakap, saya tak belajar). Jadi, bila kita tegur memang umpama masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. If it happens once in a while, still tolerable. But not too much. Saya tahu saya ini bukan siapa-siapa untuk meng-judge siapa-siapa kerana saya pun siapa-siapa kan. Let bygones be bygones. Well said. And not worth it if you keep on thinking about it. Tak membina otak dan minda.

Seperti apa yang kami belajar pengisian yang lepas, Al-Hilmi. Even Rasulullah saw sendiri, bila diminta untuk mendoakan kebinasaan kepada orang-orang musyrik dan laknatkan mereka, apa Rasulullah saw jawab?

Nabi saw Bersabda; Sebenar-benarnya saya diutus untuk menjadi rahmat, bukan untuk melaknat.

Berfikiran positif lah tuh yang Nabi ajar pada kita. Walau apa jua keadaan, bukan sampai kepada tahap mencaci-maki atau bergaduh-gaduhan. Laksanakan apa yang patut dilaksanakan secara rasional. Jadilah seorang yang pemaaf. Orang yang selalu memohon maaf dan sentiasa memaafkan. Ikut juga keadaan. Umi kata kalau terlampau banyak meminta maaf  dalam keadaan kita tak pasti kita salah ke tidak, nanti orang fikir kita lemah sangat dan memang kita banyak salah sedangkan kita tak salah pun sambil orang itu tidak sedar kesalahan dia dan seronok memijak kepala kita.

Sebenarnya bila kita usaha untuk tahu apa kebaikan yang kita mampu dapat dengan sentiasa tenang dan berfikiran positif ini, kita akan sentiasa dapat usaha;

1. Mendisiplinkan diri dan menilai sejauh mana kita mampu menahan kemarahan.[ Aali-Imran:133-134]

2. Menjadi penyebab kepada ketundukan musuh. [Fusshilat:34-35]

3. Menunjukkan petanda wujud keupayaan yang terpuji pada manusia.

[Hadith dari Ibnu Mas’ud r.anhuma,Nabi saw bersabda; Pada kamu, apakah maksud pemenang pertarungan?Orang yang tidak mampu dikalahkan oleh orang lain, jawab mereka. Nabi saw bersabda; Pemenang pertarungan yang sebenarnya ialah orang yang mampu menguasai dirinya ketika marah. -Riwayat Muslim]

4. Melindungi diri daripada melaknat diri sendiri.

[Nabi saw bersabda; Sesiapa yang melaknat sesuatu yang tidak layak dilaknat, laknat itu akan kembali menimpa dirinya.- Riwayat At-Tirmizi]

5. Menunjukkan betapa dalamnya Iman sendiri.

[Nabi saw bersabda; Bukanlah seorang mukmin yang suka mencela, suka melaknat, mulut kotor dan celupar- Riwayat At-Tirmizi]

Muhasabah..muhasabah..muhasabahlah wahai diri ini!..

It is so true kalau nak refleksi diri, tengok apa kita buat bila tengah bengang atau marah. Kalau kita mampu diam dan menahan diri, which in other word bersabar, maka Alhamdulillah, level Iman kita ketika itu mungkin sedang meningkat naik. Namun jika ringan sahaja mulut mengeluarkan kata-kata yang tidak elok, atau lebih tak best siap menzahirkan dengan perbuatan, mungkin Iman tatkala itu lebih nipis dari kulit bawang. Tak tahulah nipis macam mana lagi. Kalau boleh bayang kita nak buat ujikaji sains dulu nak tarik sehelai kulit bawang bukan main susah supaya tak koyak dan boleh nampak sel-sel dalam bawang tu.

Anyway, Just a sharing untuk mereka yang mahu berfikir~

Wallahualam

-Ummu Thana’-Mangalore, India.

Untuk kita semua..

May 16, 2010

“Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu,tetapi janganlah kamu lupakan bahagiannmu di dunia dan berbuat baiklah(kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di bumi. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerusakan.” [Al-Qasas: 77]

-Ummu Thana’-Mangalore, India

Lagi tentang kerjaya..

May 8, 2010

Kerjaya Pegawai Perubatan

Kerjaya Pegawai Pergigian

p/s:  Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

Yang pasti..

April 16, 2010

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Nukilan kali ini berilhamkan dari post Ukhti Zamharirah. Tulisan yang saya rasa mungkin ada yang pernah membacanya dan mengambil iktibar. Tulisan yang membuatkan hati ini bergetar ketika membacanya. Tulisan yang membuatkan diri berasa lemah sebagai manusia. Tulisan yang Alhamdulillah membuka mata. Dan benarlah sesugguhnya apa yang kita lalui dalam kehidupan ini, jika tidak disandarkan kepada Allah swt, akan sentiasa terasa susahnya yang takkan berpenghujung. Ujian yang kita rasakan sungguh berat sampaikan dah tak tertanggung, ada mereka yang lagi hebat ujiannya dari kita. Kebahagiaan, kesenangan, keseronokan, ketenangan juga adalah bentuk-bentuk ujian dari Allah swt. Jangan kita terhadkan pemikiran bahawa ujian adalah bentuk yang sentiasa membawa kepada penderitaan, kesengsaraan, kemurungan, ketidakpuasan atau sebarang bentuk kelemahan.

Kita hidup dalam ketidakpastian. Walau sehebat mana pun kita yakin dengan sesuatu perkara, ianya tetap kita tidak pasti akan berlaku sehinggalah perkara itu Allah izinkan untuk berlaku. Kerana setiap perkara itu berada dalam pengetahuan dan genggaman Allah swt. Kita sebagai manusia hanya mampu berusaha, berdoa, bertawakkal,bersabar dan redha dengan segalanya. Disnilah datang kelebihan melafazkan perkataan InsyaAllah dalam setiap apa sahaja yang kita nyatakan.

Umpama dalam mendidik seorang mad’u. Sehebat mana pun usaha kita, andai kata Allah tidak izinkan tergerak hati mereka untuk berubah, maka mereka tidak akan berubah. Bukan bermakna usaha kita adalah sia-sia di sisi Allah swt, tapi membawa makna yang lebih besar bahawa hati-hati manusia itu Allah swt yang pegang dan bukannya kita. Kerana kita hanyalah hamba, hamba yang hanya perlu menurut perintah, bukan hamba yang mampu untuk menghukum, bukan hamba yang mampu mengubah. Kita hanya ajen perubahan yang bergerak saban hari tanpa kenal henti demi melihat sinaran cahaya kegemilangan itu bersinar kembali.

Ketidakpastian yang kita alami meletakkan sepenuh kepercayaan hanya kepada Allah swt. Meletakkan hak mutlak penentu hidup kita hanya kepada Allah swt. Bayangkan dalam keadaan kita tidak mampu untuk berbuat apa-apa, tapi bila kita sematkan dalam hati dan akal fikiran bahawa Allah Maha Berkuasa ke atas sesuatu, sudah cukup memberi kita kekuatan bahawa Allah itu ada sentiasa bersama dengan kita. Melemahkan diri dengan segala kesulitan yang ada bukan jalan penyelesaiannya. Tapi carilah pintu-pintu kecil yang ada disekeliling kita untuk melihat, mendengar dan menafsir apa sahaja bentuk hikmah yang mungkin tersedia di depan mata. Harapan untuk diri sendiri dan semua para daie yang mengaku sedang berada di Jalan Allah swt ini supaya tidak cepat melatah dengan ujian yang menimpa diri. Jadikan semua itu sumber kekuatan untuk kita bangkit lebih maju bergerak kehadapan kerana ingatlah, Allah swt tidak memberi ujian hebat kepada semua hamba-hambaNya. Hanya kepada mereka-mereka yang terpilih sahaja.Tidak kira itu adalah ujian yang kita cari sendiri atau ujian yang memang Allah berikan tanpa kita cari-cari. Hakikatnya setiap ujian itu datang dari Allah swt juga. Andai kata kita mampu melepasi ujian ini dengan sabar, maka kita berjaya dimata Allah swt. Andai kata kita tersungkur dengan ujian yang menimpa, maka kita telah gagal sebenarnya dihadapan Allah swt. Malulah kepada diri sendiri dan kepada Allah swt.

Untuk semua pembaca, saya selitkan kata-kata penguat yang mungkin direka oleh manusia, tapi diharapkan dapat membantu untuk terus kuat. Hakikat sebenar, penguat sejati adalah bila kita kembali kepada Allah swt, kembali pada ayat-ayat Allah swt. InsyaAllah. ^_^

We never get what we want,
We never want what we get,
We never have what we like,
We never like what we have.
And still we live & love.
That’s life…

The best kind of friends,
Is the kind you can sit on a porch and swing with,
Never say a word,

And then walk away feeling like it was the best conversation you’ve ever had.

It’s true that we don’t know

What we’ve got until it’s gone,

Giving someone all your love is never an assurance that they’ll love you back!
Don’t expect love in return;
Just wait for it to grow in their heart,
But if it doesn’t, be content it grew in yours.

It takes only a minute to get a crush on someone,
An hour to like someone,
And a day to love someone,
But it takes a lifetime to forget someone..

Don’t go for looks; they can deceive.
Don’t go for wealth; even that fades away.
Go for someone who makes you smile,
Because it takes only a smile to

Make a dark day seems bright.
Find the one that makes your heart smile!

May you have
Enough happiness to make you sweet,
Enough trials to make you strong,
Enough sorrow to keep you human,
And enough hope to make you happy.

Always put yourself in others’ shoes.
If you feel that it hurts you,
It probably hurts the other person, too.

The happiest of people
Don’t necessarily have the best of everything;
They just make the most of everything that comes along their way.

Happiness lies for

Those who cry,
Those who hurt,

Those who have searched,
And those who have tried,
For only they can appreciate the importance of people
Who have touched their lives.

When you were born, you were crying
And everyone around you was smiling.
Live your life so that when you die,
You’re the one who is smiling

And everyone around you is crying

Buat DIA yang bernama sahabat.
Sentiasa ingat,bila engkau ditimpa ujian oleh Allah, ada rahsia
disebaliknya yang Allah SWT sahaja yang lebih mengerti.Ketika itu kau
adalah insan yang tepilih untuk menerimanya, maka carilah kekuatan
dalam dirimu. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta,
memohon-mohon kepada Allah swt.KERANA Allah sekali-kali tidak pernah
jemu mendengar rintihan hambaNya,Allah itu Maha Mendengar.Dekatkanl ah
dirimu dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam,yang memegang
hati-hati kita.
SESEKALI BILA DATANG GELISAH DIHATIMU KERANA UJIAN ITU…….
Alihkan pandangan matamu ke arahLAUT,airnya cantik membiru lambang
ketenangan.Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di
dalamnya.Begitu juga dengan kehidupan kita,riang dan ketawa tetapi
hanya Allah yang mengetahui rahsia disebaliknya. .
SESEKALI BILA DATANG KECEWA DIHATIMU KERANA UJIAN ITU…….
Alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI,airnya tetap setia mengalir biarpun
berjuta batu yang menghalangnya. Jadikanlah dirimu seperti air yang
tidak pernah putus asa dari rahmat Allah itu.
SESEKALI BILA DATANG HIBA DIHATIMU KERANA UJIAN ITU…….
Alihkan pandanganmu ke arahLANGIT,di sana tersimpan segala rahsia
penciptaan Rabbul Jalil Yang Maha Berkuasa.Sedar dan sentiasa ingatlah
bahawa Allah sentiasa bersamamu.Allah memilihmu kerana Dia amat
mencintaimu dan pasrahkan dirimu kepadaNya kerana hanya Allah sahaja
yang lebih tahu akan rahsia ujian yang menimpamu.
SESEKALI BILA DATANG KESEPIAN KERANA MERASA DIRIMU KESEORANGAN KERANA UJIAN ITU…….
Bayangkanlah wajah saudara-saudaramu di atas jalan dakwah ini, ingatlah
bahawa kami sentiasa bersamamu dalam doa rabitah kami…….

Wallahualam

-Ummu Thana’-Mangalore, India

Visiting..

April 14, 2010

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah.

Hari Isnin lepas saya dan batchmates posting telah mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat pembersihan air (Water Purification Plant) sempena posting Community Dentistry. Excited bukan main lagi sebab dah lama tak rasa lawatan ramai-ramai macam budak sekolah. Tempatnya agak jauh dari kolej. Mengambil masa lebih kurang 30 minit perjalanan. Sebelum pergi, masing-masing sibuk plan nak bawa snacks apa untuk makan. Saya sempat kaut apa yang ada di rumah sahaja.

Kami bertolak sekitar 10 pagi lepas lecture pagi. Naik bus kolej yang boleh memuatkan 30 orang dalam satu bas. Ada dua orang guru pengiring (dah macam ayat buat laporan lah pula). Cuaca sangat panas. Memandangkan bas kami disini bukan macam bas di malaysia yang ada aircond, terpaksalah menahan peluh2 yang keluar. Tapi masa perjalanan, disebabkan bas open air aka bukak tingkap, maka rasa berangin itu lagi bes dari duduk dalam aircond. Dalam bas budak-budak ni main teka nama movies. Saya tengok je sambil tolong cheer. Tak reti pun nak main. Lagaknya memang macam budak tadika pergi lawatan.

Excited

Local friends

Cikgu-cikgu dan driver bus..(gamba curi2 ambil)

Pintu masuk..camera kena simpan takat ni

Nak tangkap gamba bas sebenarnya..

Sampai Water Plant tu, tak boleh ambil gambar. Kalau boleh ambil, ingin juga saya selitkan satu-dua keping di sini. Tapi mungkin demi menjaga keselamatan tempat tersebut, mengambil gambar adalah dilarang. Cantik juga tempatnya. Rasa jugalah secure sebenarnya air di Mangalore ini at least. Kata orang yang bawa kami tour tempat tu, air yang di-purify di situ boleh menampung seluruh penduduk Mangalore. Sumber air di ambil dari sungai berdekatan. Tak ingat pula nama sungainya. Satu-satu step pembersihan ditunjuk. Sebijik macam yang kami kena hafal dalam buku untuk jawab periksa. Maka, cikgu pun tak melepaskan peluang untuk tanya banyak soalan sambil lawatan tersebut. Ada yang boleh jawab, ada yang tak boleh jawab tu, senyum sumbing jelah kat situ. Hi Hi.

Namun kepanasan yang melanda menyebabkan baru 10 minit jalan, semua dah tak tahan nak balik. Padahal masa dalam bas semua excited. Berpeluh-peluh hanya Allah je yang tahu. Tisu tu sampai berkeping-keping pakai untuk lap peluh. Ada jugak yang bawa towel kecik untuk lap peluh. Nasib baik tak lama sangat. Lebih kurang sejam jalan-jalan dalam tu, dah boleh balik.

Kesimpulannya, selepas lebih empat tahun tak buat lawatan sambil belajar, seronok juga bila dapat macam ni kat sini. Secondly, lawatan ini rasanya memang betul-betul dapat membantu saya mengingat dengan lebih baik apa yang cikgu ajar dalam kelas. Al-maklumlah, subjek Community Dentistry ni, agak tough sebab kena banyak hafal statistic,nama, tahun, principles, benda2 teknikal yang kadang-kadang kita rasa tak penting pun, tapi sebenarnya sangat penting untuk kerjaya masa akan datang.

p/s: Cikgu-cikgu kami semua cakap batch kami batch paling nakal mereka pernah face. Tak pasti kenyataan itu tipu atau benar. Yang pasti ada sorang cikgu ni cakap, tinggal dua bulan sahaja lagi nak habis, please be sincere to yourself. Lepas dah habis nanti, nak buat nakal cemana pun, silalah. Cikgu takkan marah dah. Diorang kata kelas kami ada dua orang penagih dadah. Kebenaran berapa percent, tak pasti. Cikgu semua pening kepala dengan batch kami. Hu Hu.

Wallahualam

-Ummu Thana’-Mangalore, India